Wed 24 Dec 2008
Mood cuti…
Posted by Osman Affan under Cerita
Esok cuti Krismas. Majoriti sahabat saya yang bekerja kelihatan ceria dengan kehadiran cuti umum ini. Saya juga ceria. Mungkin bukan kerana cuti Krismas tetapi kerana ibu saya ada bersama saya di Kuala Lumpur. Maklumlah, musim cuti sekolah, ramai saudara mara di sebelah Kuala Lumpur akan berkahwin. Beberapa hari lagi ayah dan adik-adik saya pula akan tiba ke Kuala Lumpur. Meriahlah nampaknya rumah saya nanti.

Namun ketika ini saya berada di KLIA Sepang, menunggu penerbangan ke Kota Bharu Kelantan. Esok saya dijadualkan akan menjalankan program SmartStudy Learning Skills bersama mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Hmmm…. ada yang tanya saya, mereka ni tak bercuti ke?
Ini adalah kali pertama saya akan menjejakkan kaki ke UMK. Sudah beberapa kali saya ke Kelantan untuk menjalankan program tetapi belum ada rezeki untuk singgah di UMK. Jadi inilah peluangnya.
Kepada anda yang bakal bercuti dan balik kampung esok, saya ucapkan selamat bercuti dan selamat pulang ke kampung.























