Tue 10 Jun 2008
MotivasiBelajar.com di majalah e-Baca terbitan Karangkraf
Posted by Osman Affan under Cerita, Jawapan, Teknik Belajar
Terima kasih saya ucapkan kepada kak Ida, pengendali ruangan Bersama Kak Ida majalah e-Baca terbitan Karangkraf, kerana memberi alamat www.OsmanAffan.com dan blog ini sebagai sumber rujukan dalam satu soal jawab keluaran bulan Jun ini. Terima kasih juga kerana menghubungi saya mengenai perkara ini. Di sini saya tuliskan semula hasil tulisan Kak Ida. Untuk membaca lagi hasil tulisan beliau, anda boleh rujuk pada majalah E-Baca keluaran Karangkraf setiap bulan atau lawati http://www.karangkraf.com/e-majalah/ebaca/.
Soalan oleh adik Amirul Hafifi Hamzah:
“Hai Kak Ida, saya pelajar tahun enam Sekolah Kebangsaan Mohd Arif Abdullah. Saya mempunyai masalah untuk menghafal nota-nota yang diberikan oleh cikgu dan surah-surah Al-Quran. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk lari daripada masalah ini? Harap Kak Ida boleh memperjelaskannya.”
Jawapan Kak Ida:
“Hai Amirul, jangan risau jika Amirul merasa sukar untuk menghafal. Masalah ini bukan berpunca daripada daya ingatan yang lemah tetapi mungkin selama ini adik cuba menghafal tulisan, bukannya gambar. Untuk itu, adik perlu menukar cara menghafal dengan menukarkan semua nota ke dalam bentuk gambar. Teknik begitu lebih memudahkan. Teknik pengulangan juga banyak membantu. Ada pepatah Inggeris menyatakan Repetition is the mother of all skills - bermaksud pengulangan ialah ibu kepada segala kemahiran. Ini bermakna, setelah guru adik mengajar dan adik memahaminya, adik perlu membacanya kembali dalam tempoh 48 jam. Jika tidak, adik akan lupa 90% daripada apa yang telah dipelajari. Untuk mengetahui lebih tip dalam menghafal dan cara bijak belajar, adik bolehlah melayari laman sesawang www.OsmanAffan.com atau www.MotivasiBelajar.com .”
Seperti kata Kak Ida tadi, jika anda berminat untuk membaca lebih lanjut mengenai teknik memori, sila klik pada pautan di bawah.
http://www.osmanaffan.com/hafal.htm atau
http://www.osmanaffan.com/hafal1.htm
Selamat membaca. ![]()
























February 7th, 2009 at 12:45 pm
assalamualaikum,kak ida.saya mempunyai satu sikap yang boleh dikategorikan dalam perkara yang tidak baik.masalah saya ialah malas mengulangkaji pelajaran.satu lagi,saya tidak tahu bagaimana ingin mengulangkaji pelajaran walaupun sudah berada di tahun 6.ada guru saya menyuruh saya untuk membaca nota yang telah dibuat.ada guru saya menyuruh saya membuat nota ringkas.saya sungguh keliru.saya juga mempunyai masalah apabila belajar tentang sains.sejak kebelakangan ini saya sering mendapat keputusan c dalam matapelajaran sains.bak kata guru saya, kita tidak akan ingat apa yang diajar oleh seseorang guru jika kita belajar untuk menghafal,tetapi kita akan ingat apa yang diajar oleh guru jika kita belajar untuk memahami.tetapi,sampai sekarang saya tidak memahami pelajaran sains darjah 5.saya tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran pada awal tahun ini kerana saya sibuk dengan pertandingan dan perlawanan yang akan saya tandingi tidak lama lagi.pertandingan yang akan saya tandingi ialah hafazan dan mungkin juga bercerita.pertandingan ini harus menggunakan daya ingatan yang kuat untuk menghafal.manakala perlawanan catur pula memerlukan kemahiran berfikir dengan bijak.oleh itu,saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelajaran.tolonglah saya kak ida.saya harap kak ida dapat menyelesaikan masalah saya ini dengan segera.