PSMB

Bermula Isnin lalu (8 September) hingga esok (Jumaat, 12 September), saya dan beberapa rakan trainer mengikuti program anjuran Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) yang bertajuk ‘Train The Trainer’. Tujuan utama mengikuti program ini sudah tentunya adalah untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai ‘Certified Trainer’ daripada PSMB ini. Dengan pengiktirafan ini, saya dan rakan trainer boleh menjalankan program-program kami untuk syarikat-syarikat swasta yang mempunyai peruntukan daripada PSMB.

PSMB

Asalnya, selepas menghadiri program bersama Malaysian Institute Of Management pada pertengahan Julai (laporannya ada di sini http://www.motivasibelajar.com/soft-skills/bengkel-3-hari-bersama-malaysian-institute-of-management-mim.html), saya meletakkan azam untuk mengikuti program PSMB ini. Jadi saya panjangkan idea ini kepada Tuan Shamsuddin Kadir. Entah macam mana, beliau mahu turut serta. Kemudian kami panjangkan lagi idea ini kepada beberapa rakan trainer kerana bagi kami bulan Ramadhan adalah masa yang sesuai untuk mengikuti program disebabkan ada lebih masa yang terluang. Dipendekkan cerita, akhirnya daripada idea pergi training seorang diri, saya pergi dengan 5 rakan trainer yang lain iaitu Tuan Shamsuddin Kadir, Tuan Fadzli Yusof, Tuan Azzam Sabtu, Tuan Sabtu Ali dan YM Dr. Tengku Asmadi.

Setakat ini program ini sangat menyeronokkan buat kami. Selain daripada banyak belajar ilmu baru secara tersusun dan sistematik, kami mempunyai banyak peluang untuk bertukar-tukar idea sesama sendiri dan sesama rakan trainer daripada syarikat lain. Banyak idea baru yang saya perolehi. Banyak perspektif baru yang saya lihat. Banyak azam baru yang terdetik di hati saya. Ini membuatkan bulan Ramadhan tahun ini sangat berbeza daripada tahun-tahun yang sudah.

PSMB

Insyaallah saya akan ceritakan sedikit apa yang telah saya pelajari melalui kursus ini minggu depan. :)