Mon 27 Oct 2008
Program Kepimpinan Siswa bersama Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
Posted by Osman Affan under Cerita, Program Motivasi
[7] Comments
Pada 23-24 Oktober (Khamis & Jumaat) lalu, saya bersama beberapa rakan trainer menjayakan satu program kepimpinan siswa bersama barisan pemimpin pelajar di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS). Program ini disertai lebih kurang 120 pelajar yang terdiri daripada pemegang-pemegang jawatan dalam persatuan atau pertubuhan universiti.

Apa yang sangat menarik dalam program ini ialah ini adalah kali pertama khidmat saya dan beberapa rakan trainer lain digabungkan di dalam satu program. Ia bermaksud, inilah kali pertama (bagi saya mungkin) modul kepimpinan dihasilkan dan digabungkan daripada lebih 8 orang trainer berpengalaman. Kemudian ia dijalankan pula bersama oleh pembuat modul-modul ini semua.

Antara trainer yang terlibat dalam program ini ialah
- Sifu Puan Ainon Mohd – PTS Publishing Group
- YM Dr. Tengku Asmadi – MAP Training
- Tuan Fadzli Yusof – RK Training
- Tuan Abdul Razak – RK Training
- Tuan Hj Sabtu – IIR Consultancy
- Tuan Azzam Sabtu – IIR Consultancy
- Tuan Shamsuddin Kadir – Ultra Mind Resources
- Puan Norlela Zubir – Yuzuki Melaka Sdn Bhd
- Tuan Zamri Mohamad – Penulis bebas, jurulatih penulisan dan pengurusan
- Osman Affan - Creative Questions Enterprise.

Di dalam program ini, para pelajar didedahkan kepada beberapa tajuk penting yang mereka perlukan sebagai pemimpin. Pemimpin yang digambarkan bukan sahaja pemimpin dikalangan pelajar malah mereka ini merupakan bakal-bakal pemimpin di masa akan datang. Antara topik yang dibincangkan ialah bagaimana cara untuk berfikir dengan kreatif, kemahiran berkawan dan berkomunikasi, menjadi bakal hartawan, kaedah pembentangan terbaik dan sebagainya.

Saya diamanahkan untuk mengendalikan slot kaedah pembentangan iaitu slot yang membincangkan tentang Presentation Skill. Buat beberapa orang rakan trainer, ini adalah kali pertama mereka melihat saya beraksi semasa membuat presentation. Harapnya mereka tidak terlalu terkejut jika ada sedikit gaya ‘gila-gila’ dalam cara persembahan saya dan dalam cara saya mencuri perhatian pelajar untuk fokus dalam sesi saya.
Ini kerana ada rakan trainer dan krew memberi komen yang mereka rasa seperti melihat orang lain pula semasa saya membuat presentation.
Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, kerjasama dan maklumbalas yang diberikan oleh pelajar sangat memberangsangkan walaupun masa yang ada sangat singkat. Saya telah kongsikan dengan pelajar tentang satu teknik di mana jika mereka bentangkan sesuatu, bagaimana untuk menjadikannya mampu menarik perhatian penonton dan bagaimana untuk meninggalkan kesan di dalam hati penonton.

Jika anda tanya saya apakah yang saya faham tentang definisi seorang pemimpin yang baik? Saya akan kata, seorang pemimpin yang baik ialah tidak semestinya seorang yang paling kuat, bijak, bersemangat atau mempunyai rupa paras yang menawan. Seorang pemimpin yang baik ialah seorang pemimpin yang pandai menggunakan sumber-sumber yang ada di dalam kumpulan pimpinannya. Seorang pemimpin yang baik bijak menggunakan kekuatan ahli pimpinannya untuk membawa kumpulannya itu semakin mara ke hadapan.
Kepada semua rakan trainer saya ucapkan tahniah diatas kejayaan menjalankan program yang sudah dirancang sejak bulan Mac lagi ini. Terima kasih atas perkongsian dan tunjuk ajar yang diberikan. Kepada semua pelajar yang mengikuti program ini, saya ucapkan selamat berjaya dan semoga berjumpa lagi.
7 Responses to “ Program Kepimpinan Siswa bersama Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) ”
Comments:
Leave a Reply
Trackbacks & Pingbacks:
-
Pingback from Program Kepimpinan Siswa bersama Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) « Motivasi Minda : Blog Penulis Buku di Malaysia :: ZAMRI MOHAMAD
October 29th, 2008 at 5:12 am[...] Oktober 28, 2008 Program Kepimpinan Siswa bersama Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Posted by aliman under Diari Penulis Bebas | Label: Kolej Universiti Islam Selangor, KUIS | Pertemuan pertama 20 Mei 2008 serta siri seterusnya membawa kepada implementasi program lima bulan selepas itu. Baca di sini Para trainer terlibat. Tiada dalam foto, Tuan Fadzli Yusof, Tuan Fauzul Naim dan Puan Ainon. Gambar diambil dari sini Sebahagian peserta KUIS Catatan daripada Tuan Osman Affan. [...]























October 28th, 2008 at 3:45 am
Mohon izin disalin sebahagian entri ini ke blog saya.
ZAMRI MOHAMAD
http://www.motivasimindamu.blogspot.com
October 28th, 2008 at 2:49 pm
Silakan Tuan Zamri.
November 10th, 2008 at 11:37 am
Salam Tuan Osman. Maaf mengganggu. Saya perlukan pertolongan, bagaimana kita hendak menjana idea untuk menulis buku?
January 4th, 2010 at 12:28 pm
Assalamualikum..
Tuan Osman ape khabar?
maaf menggangu.. saya hendak tanya saya ni kaunselor pelatih dan sekarang saya telah diamanahkan oleh ketua saya untuk saya rangka satu program kepimpinan, jadi saya hendak minta bantu Tuan apa modul dan bagaimana modul yang sesuai yang boleh saya gunakan?
March 10th, 2010 at 2:01 am
boleh x en mmberikan saya salah satu modul kepimpinan tersebut.. tq
March 17th, 2010 at 12:29 pm
I guess that to get the business loans from banks you should present a great motivation. Nevertheless, one time I’ve got a short term loan, because I was willing to buy a house.