Thu 22 Oct 2009
Rakaman Reflection & Anakku di Traxx.fm dan Salam.fm
Posted by Osman Affan under Cerita
No Comments
Semalam saya berada di wisma radio RTM untuk merakamkan beberapa lagi slot untuk segmen Reflection di siaran Traxx.fm dan juga beberapa episod untuk rancangan Anakku di siaran Salam.fm.
Setakat ini, saya sudah merakamkan lebih kurang 13 episod segmen Reflection, 10 minit setiap 1 episod yang di siarkan biasanya pukul 7.45 malam Traxx.fm. Segmen Reflection merupakan segmen kelolaan Jakim dan biasanya menyentuh persoalan agama. Peranan saya pula ialah membincangkan beberapa topik dan saya cuba kaitkan pengetahuan psikologi dan cuba Agama Islam. Kedua-duanya mempunyai kaitan yang amat rapat sebenarnya meskipun kadangkala sukar untuk melihatnya.
Di dalam rancangan Anakku pula, saya telah rakamkan lebih kurang 8 episod, 12 minit setiap 1 episod. Antara topik-topik yang saya bincangkan ialah bagaimana untuk berkomunikasi dengan anak-anak dan bagaimana untuk memupuk semangat dan keyakinan diri dalam anak-anak.
Semasa membuat rakaman semalam, saya berpeluang buat pertama kali bertemu dengan penyanyi terkenal tanahair iaitu Nora. Beliau ketika itu juga sedang merakamkan segmen Pesona untuk siaran Salam.fm.
Terima kasih saya ucapkan kepada Puan Norlida daripada Jakim dan pengelola untuk Traxx.fm dan terima kasih kepada Puan Hasnida yang mengelolakan rancangan Anakku untuk Salam.fm. Semoga perkongsian yang telah dirakamkan dapat memberi manfaat dan faedah kepada para pendengar.






















