Anggun PesonaSebentar tadi saya baru sahaja selesai merakamkan satu episod pendek rancangan Anggun Pesona yang bakal ditayangkan di RTM2 pada awal tahun 2009 ini. Tajuk yang dibincangkan ialah Keluarga dan Kerjaya.

Segmen pendek ini membincangkan tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh kaum wanita yang bekerja. Antara soalan yang diajukan kepada saya ialah tentang impak menggunakan pembantu rumah kepada pembangunan mental anak-anak dan apakah jenis tekanan yang biasanya melanda kaum wanita yang bekerja.

FamilyHmmm… nampak macam mudah sahaja isu ini. Namun apabila saya lihat betapa kuatnya isteri saya bekerja untuk memastikan rumah dan anak-anak terurus, saya percaya ini bukan satu isu yang mudah. Isteri saya tidak bekerja sepenuh masa. Beliau cuma membantu saya menguruskan pusat tuisyen (dengan bantuan beberapa orang guru tetap) dan kadangkala menjawab panggilan telefon. Kerja sepenuh masa beliau ialah membesarkan dua ‘hero‘ saya di rumah. Kedua-dua hero ini pula mempunyai kelebihan seperti juga hero-hero milik sesiapa iaitu suara yang kuat dan nyaring dan tidak pernah mahu duduk diam.

Pernah sekali saya perlu jaga kedua-dua hero ini kerana isteri saya mahu pergi ke klinik. Saya perlu jaga tidak sampai pun satu jam. Tetapi….. ish ish… penatnya macam sehari berdiri di tengah panas. Rasanya saya berdiri berceramah sepanjang hari pun tidak sepenat itu.

Danish & Darwish 

Sebab itulah saya benar-benar hargai pengorbanan isteri saya ini yang kadang-kadang nampak macam dah lali dengan kecergasan kedua-dua hero saya tadi. Saya percaya, kelebihan seorang wanita dan seorang isteri untuk menguruskan anak-anak dan rumahtangga beginilah yang membuat mereka kelihatan ANGGUN dan memPESONAkan. :)