Fri 25 Jan 2008
Rancangan Motivasi Murid TV9
Posted by Osman Affan under Cerita, Program Motivasi
Semalam saya bersama 3 krew daripada TV9 bertungkus-lumus menyiapkan 5 episod motivasi dan teknik belajar untuk rancangan ‘Motivasi Murid’ TV9. Rancangan ini adalah sebahagian daripada program-program tajaan Bahagian teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Oleh kerana saya akan sibuk beberapa hari ini terutamanya dalam persiapan untuk program di UITM Sarawak, rakaman perlu dihabiskan semalam juga walaupun saya cuma tahu tentang waktu rakaman itu beberapa jam sebelumnya. Kelam kabut juga saya buat persiapan terutamanya topik apa yang hendak dipilih.
Akhirnya saya memilih beberapa topik yang sudah saya paparkan bersama anda di blog ini. Antara topik-topik itu ialah:
- 7 Petua pandai Bahasa Inggeris
- 7 petua Skor A
- 7 Petua mudah ingat apa yang dipelajari
- Teknik menghapuskan halangan minda
- 7 Teknik motivasi diri menjelang peperiksaan
Seronok juga dapat kongsikan petua-petua ini dalam bentuk rakaman pula. Mungkin ia lebih berkesan.
Proses rakaman berakhir pada pukul 10 malam. Hmm… boleh bayangkan betapa penatnya buat rakaman 5 episod, 30 minit setiap satu, berterusan….cuma berhenti untuk sembahyang sahaja. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan baik. Terima kasih kepada Yaya and Crew atas kerjasama rakaman semalam. Terima kasih juga kepada Dr Asmadi yang membuat rakaman ini satu kenyataan buat saya. ![]()























