Tue 29 Apr 2008
Ronda-ronda bandar Kota Bharu Kelantan
Posted by Osman Affan under Cerita
No Comments
Petang tadi (lebih kurang pukul 6 petang) saya dan Ihsan selamat sampai ke bandar Kota Bharu Kelantan. Kami segera mencari tempat penginapan. Main redah je cari tempat penginapan ni sebenarnya kerana kami akan keluar awal pagi esok. Esok kami akan bertolak awal ke Pasir Mas untuk program bersama pelajar di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas.
Selepas mendapat tempat penginapan, saya dan Ihsan terus keluar untuk makan malam. Malas nak pandu kereta, kami berjalan kaki sahaja. Fuh…. berpeluh juga jalan sana-sini nak cari kedai makan. Bukan tak ada kedai makan, tak tahu nak makan kat kedai mana satu. Hehe…. biasa la…. masalah nak pilih satu hal, masalah semput masa berjalan pun satu hal jugak. Akhirnya dapat juga satu tempat makan yang menarik tidak jauh daripada Pasar Siti Khadijah.
Pada mulanya saya bercadang hendak menetap dua hari di KB ni tetapi kerana ada rancangan baru yang muncul, saya akan bertolak ke Kuala Terengganu sebaik sahaja habis program esok. Hmmm….. memang seronok bila berada dalam SmartStudy Adventure ni.






















