Universiti Darul Iman

Semalam saya berada di Terengganu bagi menjayakan program ‘Membina semangat dan keyakinan diri’ bersama mahasiswa dan mahasiswi Universiti Darul Iman Terengganu. Program ini agak berbeza bagi saya kerana fokus utamanya ialah untuk mendedahkan pelajar kepada teknik-teknik yang mampu menaikkan semangat dan keyakinan diri mereka.

Apa yang saya sedar ialah agak ramai pelajar di peringkat pengajian tinggi yang mengalami masalah keyakinan diri. Masalah keyakinan diri datang bukan sahaja semasa menjawab soalan peperiksaan tetapi juga semasa proses pembelajaran dan semasa bergaul dengan orang-orang yang baru dikenali.

Universiti Darul Iman

Jika anda ialah pelajar di peringkat universiti, mungkin anda pernah lihat kawan-kawan yang menghadapi masalah untuk mengangkat tangan dan bertanya di dalam kelas. Mungkin anda pernah lihat kenalan anda yang begitu takut untuk bersuara atau menyatakan pendapat. Mungkin juga anda pernah lihat pelajar yang terlalu takut untuk ’salah’ hingga tidak mahu mencuba. Lebih membimbangkan jika……anda sendiri yang memiliki masalah-masalah ini!  :)

Program bersama pelajar UDM ini dihadiri oleh lebih kurang 200 pelajar. Seperti biasa, program begini amat menyeronokkan bagi saya. Harapnya itu jugalah yang dirasakan oleh peserta saya. :)

Universiti Darul Iman

Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Puan Rosni dan Puan Hayati yang telah bertungkus-lumus untuk memastikan kejayaan program ini. Hati saya memang sentiasa tenang dan gembira setiap kali meluangkan masa di Universiti Darul Iman ini. Kepada para peserta program, semoga beberapa tips keyakinan diri yang saya kongsikan dapat digunakan dan diamalkan dengan baik. Selamat berjaya! :)