Osman Affan sekeluargaPagi semalam (Isnin 14 April) saya sekeluarga tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sabah. Saya berada di sini kerana ada sedikit urusan untuk program akan datang dan sambil itu mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga saya. Ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu.

DanishKali pertama ialah pada April 2005 di mana saya dan sekumpulan pelajar post-graduate daripada UIA Gombak mendaki Gunung Kinabalu. Hmmm… bangga dan seronok juga bila dikenang saya yang sudah tidak berapa cergas ini berjaya mendaki hingga ke puncak Gunung Kinabalu itu. :) Ini pula merupakan pengalaman pertama isteri saya ke sini. Sabah merupakan negeri terakhir dalam senarainya yang berjaya dilawati.

DarwishAlang-alang berada di sini, sempat juga berjalan ke beberapa tempat. Semasa saya datang pada tahu 2005 dulu, tidak banyak tempat dapat dikunjungi kerana sibuk dengan aktiviti hendak memanjat gunung.

Dalam seronok berjalan, anak-anak saya pula asyik tidur. Mereka masih kecil, kalau sudah dewasa sedikit dan faham keseronokan melawat ke tempat baru, pasti mereka tak boleh tidur.