Sun 6 Apr 2008
SmartStudy bersama Perbadanan Pembangunan Produktiviti Negara (NPC Sarawak)
Posted by Osman Affan under Cerita, Program Motivasi
No Comments
Ketika menulis ini, saya masih lagi berada di lapangan terbang Kuching bagi menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur. Sudah tiga hari saya di Sarawak bagi menjayakan program SmartStudy Learning Skills anjuran NPC Sarawak (kini dikenali sebagai MPC). Program ini dihadiri lebih 100 pelajar daripada 2 sekolah menengah anak angkat NPC.
Sungguh bertenaga pelajar-pelajar di Kuching Sarawak ini. Saya sendiri tergelak melihat kekuatan tenaga yang mereka tonjolkan sepanjang program. Kuat bukan bermakna kekuatan fizikal, tetapi kekuatan semangat ingin belajar dan kekuatan untuk fokus sepanjang program 2 hari dijalankan. Tugas saya untuk berkongsi teknik-teknik motivasi diri dan teknik belajar menjadi begitu mudah sekali.
Di dalam program ini, saya kongsikan teknik-teknik terbaru SmartStudy Learning Skills. Teknik yang paling diutamakan ialah teknik memori dan teknik pengurusan masa. Inilah teknik yang sering menjadi keperluan utama pelajar.
Saya ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan NPC terutamanya Puan Norliza kerana menjemput saya ke Kuching untuk menjayakan program ini. Semoga program ini benar-benar mendatangkan hasil sebagaimana yang diinginkan.
Tahniah juga kepada semua peserta. Semoga doa-doa saya dan anda sepanjang program dimakbulkan.






















