Sat 10 May 2008
Untung RM1, rugi RM100
Posted by Osman Affan under Cerita
Hmmm… hari ni saya hendak bercerita sedikit. Alkisahnya, semalam saya berada di pejabat saya untuk menyiapkan sedikit kerja sambil menunggu kereta saya masuk bengkel. Saya diberitahu oleh staf saya yang sinki bilik air di pejabat saya bocor. Jadi saya pun telefon la satu nama tukang paip yang saya ambil di satu kertas yang terlekat di satu tiang berhampiran pejabat saya.
Dipendekkan cerita, tukang paip itu datang, lihat kerosakan dan terus keluar membeli barang untuk membaikinya. Laju sahaja gerak geri tukang paip ni. Langsung tak beritahu saya berapa anggaran membaikinya. Ini membuat saya sedikit berdebar kerana selalunya (ikut pengalaman saya) ini tanda-tanda usahawan yang akan mengetuk dengan harga tinggi. Kurang 15 minit kerja itu pun siap.
Tukang paip ni cuma membeli satu bahagian bawah sinki tu yang saya tahu harganya kurang RM10. Saya tahu kerana awal tahun lepas saya ada baiki sinki yang satu lagi (ada dua sinki di pejabat saya). Kos yang dikenakan kepada saya ketika itu cuma RM25 kerana kerosakan sangat kecil dan kerjanya sangat mudah.
Setelah tukang paip ini selesai, saya tanya, ‘berapa ye?’. “RM70 bang.” Katanya. Hmmm…. berkali ganda juga tingginya. Saya tanya, ‘tak boleh kurang ke?’ sebab saya tahu berapa caj yang biasa untuk kerosakan begitu. ‘RM60 la bang’. Saya pun bayar. Tukang paip tu pun cepat-cepat berlalu.
Bagi saya, ini adalah contoh untung RM1 dan rugi RM100. Tukang paip ini mahu untung lebih besar dan cepat dengan kenakan harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai kerja. Jadi, dia dapat keuntungan itu sekarang. Sayangnya, kerana saya tahu berapa harga sebenar yang dia patut kenakan, saya tidak akan menggunakan khidmatnya lagi. Siapa tahu, saya mungkin perlukan khidmatnya hingga 10 tahun akan datang? Bukankah tukang paip ini akan rugi di masa akan datang?
Hehe. Mesej cerita saya sebenarnya bukan mengenai duit. Mari kita lihat situasi yang saya dengan pelajar atau orang dewasa. Oleh kerana mahu untung cepat, ramai yang tidak mahu mengeluarkan duit untuk pelaburan minda. Bila mahu beli buku, terasa rugi RM10, RM20 atau RM30. Nak untung, tak payah beli dan lebih baik beli prepaid handphones atau lebih baik pergi makan dengan restoran makanan segera. Benar…. untunglah sekarang. Tetapi dalam jangka masa panjang?
Oleh kerana mahu untung masa dan untung duit, ramai yang memilih untuk TIDAK pergi kursus atau seminar bagi mempelajari ilmu baru. Mahu keluarkan RM100, RM200 atau RM300 terasa macam mahu memotong jari sendiri. Mahu untung, tak payah keluarkan duit itu dan gunakannya untuk beli jam baru, baju cantik, perhiasan kereta, beg tangan baru, handphone baru dan sebagainya. Lebih untung kan? Tetapi berapa lama barang-barang itu bertahan? Bolehkah barang-barang itu bertahan selama 5 tahun?10 tahun? 20 tahun?
Fenomena takut untuk berbelanja ke arah pendidikan agak menakutkan sebenarnya. Saya baru dengar cerita daripada seorang sahabat yang mengatakan guru-guru pun ada yang terlalu takut untuk berbelanja ke arah perkembangan minda mereka. Nak keluarkan RM20 untuk kursus pembangunan diri pun tidak mahu. Hmmm… pelik juga bunyinya tetapi saya tidak terlalu hairan. Sebabnya, setiap kali saya buat program di sekolah, saya selalu perhatikan gelagat guru yang yang ada di dalam dewan. Cuba teka, adakah guru-guru akan duduk sama cuba belajar apa yang saya sampaikan kepada pelajar atau guru-guru akan sibuk berborak sesama sendiri di belakang (hingga kadang-kadang mengganggu program)? Bak kata Nabil Raja Lawak Astro “Ha lu pikir la sendiri!” hehe.
Dalam masa sama, saya selalu ingatkan diri saya bahawa berbelanja ke arah pendidikan bukan bermaksud kita kena berbelanja besar hingga beratus-ratus atau beribu-ribu ringgit. Orang-orang yang takut berbelanja ke arah pendidikan selalu merungut tentang harga yang mahal dan tempat belajar yang jauh. Buku itu mahal, buku ini terlalu tebal dan buku itu pula terlalu nipis. Kursus di sana terlalu jauh, kursus di sini terlalu panas tempatnya.
Selagi mereka merungut, selagi itulah mereka kekal berdiri atau duduk di tempat mereka sekarang sebagai seorang perungut. Orang dah sampai ke bulan, dia masih merungut tentang harga buku yang mahal. Orang dah dapat ijazah, dia masih merungut tentang cikgu sekolah rendahnya yang terlalu garang dan tidak pandai mengajar. Apa agaknya akan jadi kepada mereka satu hari nanti?
Apa kata hari ini, kita buat satu rancangan untuk mendapatkan satu ilmu baru? Ilmu apa? Ilmu apa-apa sahaja yang boleh meningkatkan kebolehan dan kemahiran kita untuk masa depan. Kalau pekerja, mungkin teknik berkomunikasi atau teknik pengurusan kewangan. Kalau pelajar mungkin teknik menguruskan masa dan teknik bacaan pantas. Terpulang. Mari kita rancang sekarang.
Selamat merancang. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














May 19th, 2008 at 10:43 am
Menarik!!! Jangan takut untuk melabur dalam ilmu kerana anda pasti tidak akan menyesal…
May 20th, 2008 at 9:32 pm
betul,…kadang 2 apabila membeli barang barang yang tak berapa penting kita tanpa fikir panjang terus mengeluarkan duit tapi,bab ilmu kita terlalu berfikir dan lokek untuk mengeluarkan perbelanjaan.
May 21st, 2008 at 9:14 pm
Saya akui kadang2 agak kedekut terutamanya untuk membeli buku atau ebook..
Betul apa yang encik osman maklumkan di atas..
Ilmu itu lebih berharga dari duit..
Dan insyaallah ilmu akan menambahkan lagi kantung poket kita.,.
Thanks 4 tips
May 28th, 2008 at 4:44 pm
Razif, ibu Aishah & Zool,
terima kasih atas maklumbalas. Kisah takut berbelanja untuk pendidikan ni memang agak menakutkan. Semoga ibu bapa dan pelajar akan mendapat banyak pendedahan tentang kepentingan pelaburan ini untuk masa hadapan.
May 29th, 2008 at 3:21 am
tak dinafikan itu berlaku. yang aku bengang, cikgu2 wat potostat pun nak kecoh. Macamlah kita tak tau diorang leh claim duit tuh..
May 29th, 2008 at 10:21 am
Askum Tuan OA,
Saya amat tertarik dengan ceramah dan motivasi tuan kepada para pelajar. saya amat berminat menceburi didalam arena motivasi ini. Soalan saya, boleh x saudara OA memberikan sedikit tips untuk membolehkan saya menguasai ilmu motivasi dan kuanselling supaya saya dapat aplikasikan kepada para pelajar saya.
-zamri-
June 1st, 2008 at 7:42 pm
Kena bayar untuk tahu bagi masyarakat Malaysia sesatu yg nampak zalim dan rata-rata mereka akan fikir penjual ilmu menipu diorang.Ini adalah disebabkan faktor seperti apa yg penjual ilmu cuba tawarkan sudah diketahui oleh mereka.Masyarakat Malaysia ada sikap ego dalam hal ini.Ia berbeza jika penjual ilmu menyampaikan ayat seperti berikut “Anda tahu membuat blog dengan baik menggunakan wordpres tetapi kami akan ajar anda sampai pandai JADI seperti mana sama level dengan laman blog Malaysia Today”
Kesimpulannya masyarakat Malaysia perlu tahu siapa anda nak jadi guru kami? Jika anda sebagai penjual ilmu offer sesatu yg sukar untuk kami tolak dengan money back guaranty with NO question ask sebagai jaminan selepas kursus..dalam hal ni “Money is small matter if we can claim back when not satisfied with full amount of investment”