Motivasi Belajar Osman Affan

Buku Tip Belajar Saat Akhir
Alhamdulillah, saya dimaklumkan bahawa buku terbaru saya Tip Belajar Saat Akhir akan masuk ke setor PTS esok (Selasa). Seperti biasa, ini merupakan satu masa yang sangat ditunggu-tunggu oleh seorang penulis. Betapa seronoknya melihat apa yang telah diusahakan selama beberapa minggu menjadi sebuah buku di depan mata.

Buku ini adalah mengenai teknik bagaimana untuk bersedia bagi menghadapi peperiksaan apabila berada pada saat akhir. Ada beberapa soalan dengan nada sumbang  bertanya kepada saya, “bukankah ini akan menggalakkan pelajar belajar pada saat akhir?”

Jawapan saya, pertama, jika tidak ada buku ini pun, pelajar sudah belajar dan suka belajar pada saat akhir. Kedua, buku ini adalah jawapan saya kepada ratusan soalan yang diajukan kepada saya oleh pelajar terutamanya pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi tentang teknik belajar pada saat akhir.

Apa yang perlu kita ketahui ialah bukan semua pelajar yang belajar pada saat akhir ialah pelajar yang malas belajar. Ada pelajar terpaksa belajar pada saat akhir kerana sibuk dengan aktiviti kurikulum, sukan, dan perkara-perkara yang tidak boleh dielakkan. Malah ramai juga pelajar di peringkat sarjana terpaksa belajar pada saat akhir kerana masih bekerja. Ini mengingatkan pengalaman saya sendiri semasa sibuk menjalankan program SmartStudy ketika masih menyelesaikan Master of Education (Counseling & Guidance) di UIA Gombak dahulu.

Di dalam buku ini, bagi saya, isi dan teknik yang paling penting ialah teknik di mana pelajar boleh tahu di mana harus mereka bermula jika peperiksaan sudah begitu hampir. Ini akan memberi mereka peluang bagi mengatur strategi untuk mendapat keputusan peperiksaan yang lebih memuaskan.

Terima kasih kepada Tim PTS Millenia terutamanya kepada Cikpuan Shikin dan Tuan Ikram di atas bantuan dan sokongan yang diberi kepada saya sepanjang usaha menyiapkan buku ini. Tidak lupa juga kepada anda semua yang sentiasa menyokong dan membaca bahan-bahan bacaan SmartStudy.

Selamat membaca.

Program Mind Power Bersama 400 Atlet Negara MSN Bukit Jalil
Alhamdulillah, pada 25 Februari lalu, saya telah diberi peluang dan kepercayaan untuk mengendalikan satu program buat 400 atlet negara di MSN Bukit Jalil. Program yang bertajuk Mind Power ini adalah mengenai bagaimana caranya atlet-atlet negara kita boleh menggunakan kuasa dan keupayaan minda mereka dalam menangani cabaran seharian. Fokus utama program ini juga adalah untuk memberi satu perspektif baru dalam cara berfikir untuk mencapai matlamat dan kejayaan.

Program ini adalah satu program yang sangat bermakna buat saya. Selain daripada dapat berhadapan atlet-atlet yang mewakili negara dalam pelbagai kejohanan kebangsaan dan dunia, saya juga akhirnya dapat berkongsi pelbagai teknik minda khusus yang boleh digunakan oleh ahli sukan. Sebenarnya, banyak hasil pembacaan saya dalam bidang psikologi yang telah saya aplikasikan kepada teknik pembelajaran ada kaitan dengan teknik yang digunakan oleh ahli sukan.

Sebagai contoh, teknik visualisasi untuk menghafal dan menimbulkan semangat belajar, banyak digunakan oleh ahli sukan bertaraf dunia seperti pemenang-pemenang pingat emas olimpik dan juga nama-nama besar seperti Ronaldinho dan Tiger Woods. Jadi dalam program kali ini dapatlah saya kongsikan dengan 400 atlet ini tentang teknik-teknik minda tersebut.

Selain daripada Mind Power, program ini juga menyelitkan beberapa topik SmartStudy. Ini berikutan majoriti daripada atlet-atlet kita ini adalah pelajar di peringkat sekolah, kolej dan juga universiti. Jadi beberapa teknik belajar berkesan boleh membantu mereka untuk berlatih dengan bersungguh-sungguh tanpa menjejaskan prestasi belajar mereka.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan MSN terutamanya Puan Zaiton Othman yang telah bertungkus-lumus berusaha untuk menjadikan program ini satu kenyataan. Ucapan terima kasih khas buat Puan Huda yang banyak bekerjasama dengan pihak saya bagi merancang perjalanan program ini.

Kepada semua peserta, saya ucapkan selamat berjaya. Moga apa sahaja yang diidamkan akan menjadi satu kenyataan. Selamat mengharumkan nama negara.

Berikut adalah beberapa maklumbalas daripada atlet-atlet negara kita ini.

“En Osman Affan is the BEST! Penyampaiannya sungguh jelas dan padat. Para peserta tidak berasa bosan dan tidak kering gusi bergelak ketawa. Peserta pulang dengan membawa ilmu.” ~Nur Fidrah Noh~

“Satu idea baru yang dipelajari terutama dalam aspek peningkatan sukan.” ~Azlan Johari~

Dalam program ini, sangat banyak tip-tip yang saya pelajari tentang memori. Kalau boleh buat lagi.” Azlida Arshad, Team Lawn Bowls~

“En Osman orang yang sangat bijak dalam mengubah pemikiran manusia. Good job En Osman! Tabiklah.” ~NorJannah Hafiszah Jamaludin~

“Program ini sangat-sangat best dan En Osman sangat bagus dalam menarik minat kami untuk mendengar ceramah beliau. Terima kasih banyak-banyak.” ~Mohd Faris Haziq Shuhaimi~

“Rasa tidak bosan dengan ceramah kali ini, best dan dapat banyak manfaat dan ilmu dalam program kali ini.” ~Yee Siew Foong~

“Taklimat yang memberi kesan terhadap atlet-atlet.” ~Norliana Mohd Rusni~

“Program ini telah membuka kotak fikiran saya untuk lebih maju dan berjaya. Memang mengejutkan saya.” ~Mohamad Faiz Farhan Abd Wahab~

“Sangat-sangat menarik minat untuk didengar.” ~Sarita~

“Program yang En Osman jalankan amat menarik minat saya malah saya berasa sangat seronok dan tiada rasa mengantuk. Saya rasa En Osman salah satu penceramah yang tidak mengantukkan seperti segelintir penceramah yang lain.”~Nur Amirah Mohamed~

“En Osman seorang yang faham situasi para peserta. Peserta tertunggu-tunggu untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang seterusnya.” ~Elyune~

“Terima kasih, dengan ilmu yang diberikan oleh En Osman amat berguna dan tak rugi menghadiri seminar ini.” ~Fairul Izwan Abd Muiz~

Saya dapat mengenali diri dengan lebih baik. Dapat cara untuk mempertingkatkan hidup saya.” ~V.Jaya Seelan~

“Kursus yang BEST! Cara En Osman sangat professional. Kalau diberi peluang untuk sertai kursus ini lagi saya akan sertai. BEST!” ~Mohd Zul Fadzli Alias~

“Program ini sangat bermakna untuk diri saya.” ~Mohd Azlan Yusof~

“Cara yang berkesan untuk belajar dan mengukuhkan memori saya terutama sekali bagi saya yang juga adalah pelajar kejuruteraan (banyak melibatkan nombor).” ~Siti Shazwani, Team Tenpin Bowling~

“Saya berharap program seperti ini diadakan sekerap mungkin.” ~Sharmila Thiagarajan~

“Thanks En Osman, I learn a lot in this programme. I will fight for myself, never give up, I will list down the things that I want in 5 years time and i will achieve them. Thanks.” ~Yap Jeng Tzan~

“Thank you very much, and I learn a lot from this bengkel especially tulis matlamat and the ‘Gaya Belajar’. Please come again. Thank you.” ~Lim Yoke Wan~

“Boleh perbaiki diri sendiri dan segala kelemahan yang ada pada diri ini kerana apa yang En Osman katakan amat bagus dan boleh diguna pakai.” ~Fatin~

“Belajar sesuatu yang baru, rasa mengantuk hilang sama sekali.” ~Farah Ayuni Yahya~

“The way you talk was exciting and at the same time meaningful. I enjoyed to the max. Thank you Sir!” ~Nisha~

“Mind Power mengajar saya menetapkan matlamat pada masa sekarang dan masa hadapan. Seperti saya, sudah sedar apa yang perlu dilakukan untuk mencapainya.” ~Looi Lai Yan~

“Tajuk yang disampaikan oleh En Osman memang berkesan dan ia membuka minda kami.” ~Anis Nadia Jefri~

“Program ini seronok, enjoy dan happy sebab pengajarannya berunsur lawak dan seterusnya membakar semangat saya untuk lebih berjaya.” ~Arisha Farra Erwin~

“Dalam program ini saya dapat belajar pelbagai teknik untuk memperbaiki diri saya.” ~Lo Choon Sieng~

Bagaimana mengelakkan tergagap semasa berucap?
Pelajar kita sering segan@malu ingin kan bertanya sesuatu ketika pembelajaran… Bagaimanakah kita ingin menyakin diri kita?

Apabila kita membuat pembentangan di depan, dalam sesuatu subjek B.I@B.A… bagaimana nak mengelakkan kita tergagap?

Daripada: B.A.

Assalamualaikum. B.A., terima kasih kerana menghantar mesej dan soalan ini kepada saya. Seringkali juga saya terima soalan ini apabila saya kendalikan program SmartStudy dan Presentation Skills untuk pelajar di peringkat kolej dan universiti.

Pertama tentang keyakinan diri untuk bertanya. Menurut pengalaman dan pemerhatian saya, ada beberapa sebab pelajar malu dan tidak yakin bertanya. Antaranya

Tidak bersedia. Maksudnya, semasa di dalam kelas atau kuliah, pelajar ini tidak ada apa-apa persediaan langsung atau mungkin juga tidak membaca apa yang disuruh oleh pensyarah. Akibatnya, bimbang jika soalan menampakkan dengan jelas yang dia tidak bersedia. Jadi, tidak yakin dan malu untuk bertanya.

Takut tersoal soalan bodoh. Maksudnya, bimbang soalan menunjukkan betapa bodohnya dia. Soalan mudah pun tidak tahu jawapannya. Bagi saya, takut bertanya soalan bodoh adalah satu tindakan yang terbukti bodoh. Jangan terlalu takut apa yang orang fikirkan, tanya sahaja. Tentu ada ramai juga pelajar di dalam kelas yang sama mahu tahu jawapan kepada soalan bodoh tersebut. Apabila ramai yang ingin tahu jawapan kepada soalan yang bodoh, tukang bertanya itu tentulah orang yang bijak bukan?

Duduk terlalu jauh di belakang dewan atau kelas. Apabila duduk dibelakang, keyakinan diri untuk bertanya semakin tercabar. Rasa malu juga semakin meningkat. Ini kerana apabila kita buka mulut dan bertanya, semua mata akan tertumpu kepada kita. Ia membuat kita rasa tidak selesa dan malu. Jadi, duduk di depan. Tidak perlu terlalu kuatkan suara dan pelajar di belakang tidak nampak muka orang yang bertanya. Jadi selesailah masalah malu kan?

Paling penting apabila mahu bertanya, pastikan apa yang mahu ditanya itu adalah sesuatu yang kita benar-benar mahu tahu. Jangan tanya sesuatu hanya kerana rasa ada kewajipan bagi bertanya. Jangan lupa juga, tanya dengan nada sopan dan merendah diri.

Mengenai tergagap semasa berucap, saya ingin nyatakan bahawa itu adalah perkara biasa. Penceramah professional sekalipun ada tergagap dalam proses menyampaikan sesuatu. Apa yang membuat mereka berbeza ialah mereka boleh kawal semula keadaan apabila mereka tergagap.

Panjang ceritanya bagaimana mahu mengelakkan masalah gagap ini. Namun satu tip mudah dan pantas untuk kali ini, JANGAN FIKIR TENTANG GAGAP! Fikir bagaimana mahu berucap dengan lancar. Mulai hari ini, jangan tanya soalan kepada diri sendiri “macam mana nak elak gagap?” tetapi tanya “macam mana nak berucap lebih lancar?”

Saya pernah tulis di blog ini beberapa ketika dahulu, apabila kita asyik fikirkan tentang kesilapan yang dilakukan semasa berucap, kita akan lebih cenderung untuk mengulanginya. Maksudnya, kalau kita asyik teringat tentang masalah gagap semasa berucap, kita pasti akan hadapi masalah itu semasa memberi ucapan. Jadi, fikirkan sebaliknya.

Selamat berjaya B.A.

Tidak ada buku kerja di Universiti.
Salam En Osman,

saya menuntut di Mansoura University, Egypt dan mengambil bidang pergigian.

Masalah utama saya adalah, lectures nya semua dalam bahasa arab, jadi kami, pelajar pergigian tend to skip lectures disebabkan tak faham dengan apa yang Dr. ajar di depan. Walaubagaimanapun kami ada buku teks dalam English, untuk membantu.

Sepanjang bersekolah di Malaysia, saya dah biasa beli buku kerja banyak2, jadi untuk meningkatkan output saya, saya memang akan cuba buat sebanyak latihan dan soalan yang saya mampu.

Tetapi di Mansoura ni, ye lah, nama pun Universiti kan,

takda buku kerja! Jadi, saya rasa kekok sikit nak belajar memandangkan style saya belajar dari nak menghadapi UPSR sampailah ke SPM, berbantukan buku buku kerja.

Even di matriks dulu pun ada buku kerja.

Jadi macam mana saya nak meningkatkan output saya?

Apa yang saya buat selama belajar di sini adalah, baca notes ulang2 kali, baca buku teks ulang2 kali, dan saya cuba ingat, dan saya tulis balik, ulang2 kali.

Tulis berulang2 kali tu aje lah cara output saya di sini.

Setakat ni kami tak ada peperiksaan Mid Sem 1, jadi IQ kami semua sebenarnya belum diuji lagi. Kami punya peperiksaan 100% selepas Sem 2 habis nanti, which is our final.

Any suggestions maybe?

Salam. F.N.

Terima kasih kerana menghantar mesej kepada saya. Menarik soalan ini. Sangat jelas masalahnya dan sangat tepat cara penyampaiannya. Jika ditanya pendapat saya mengenai soalan ini, beginilah jawapannya. Ada beberapa perkara penting yang perlu saya sampaikan.

Pertama, jangan ’skip lectures’. Benar, susah hendak faham malah selalunya tidak faham langsung. Namun kalau F.N. tetap hadir dan berusaha untuk faham, akan bertambah satu lagi kemahiran dalam diri F.N. iaitu kemahiran bahasa dan kemahiran memahami apa yang sedang disampaikan. Langsung tidak rugi saya percaya. Tambahan pula, jauh F.N. belajar sampai ke Egypt untuk belajar, alangkah ruginya kalau terlepas peluang berdepan dengan orang yang mempunyai ilmu.

Tambahan lagi, saya sedar kebanyakan pelajar yang ‘rajin belajar’, percaya bahawa mereka dapat belajar lebih banyak jika mereka belajar sendiri. Hakikatnya, belajar sendiri dan belajar dihadapan seorang guru adalah sangat jauh berbeza. Mesej yang disampaikan oleh seorang guru atau pensyarah bukan sahaja boleh diterima melalui bahasanya tetapi melalui gerak geri tubuhnya dan juga memek mukanya. Kita namakan perkara ini body language kan? Itu pun belum dikira berkat seorang guru yang boleh dilimpahkan kepada pelajarnya. Pendek kata, sangat besar faedah belajar dengan cara berdepan dengan guru.

Jadi, saya amat mengesyorkan F.N. hadir ke kuliah. Kuatkan penguasaan bahasa dan timbulkan rasa seronok berada di hadapan orang yang berilmu.

Kedua, kita bercerita sedikit tentang output learning. Menurut apa yang saya faham, pembelajaran output ialah di mana kita cuba keluarkan semula daripada minda kita apa yang telah dipelajari. Sebagai contoh, setelah kita habis membaca satu bab, kita tutup buku, dan sebutkan atau tuliskan semula apa yang telah kita faham atau ingat daripada pembacaan tadi. Ini dilakukan tanpa membuka buku itu semula. Aktiviti ini akan menunjukkan kepada kita sebanyak manakah kita boleh keluarkan semula apa yang baru kita pelajari.

Aktiviti ini juga menunjukkan kepada kita bahawa sebahagian besar yang kita baru baca dan pelajari tadi sebenarnya hanya singgah di memori jangka pendek sahaja. Ada lagi perkara lain yang perlu dilakukan untuk membuat kita lebih mudah keluarkan apa yang telah dipelajari daripada minda.

Apa yang F.N. tuliskan mengenai baca berulang-ulang kali dan tulis berulang-ulang kali itu sebenarnya masih lagi cara pembelajaran input. Kita tulis dan baca berulang kali supaya ia masuk dan lekat di dalam minda kita bukan? Jadi ia masih lagi tidak melatih diri F.N. untuk ingat dengan baik atau masih lagi tidak menguatkan kebolehan F.N. bagi menjawab soalan dengan baik di dalam peperiksaan.

Jadi mari kita bincangkan bagaimana mahu meningkatkan pembelajaran output walaupun tidak ada buku kerja di sana. Sebelum itu, cuba fikirkan, buku kerja tu sebenarnya buku apa ya?

Mungkin ramai yang mahu menjawab soalan saya itu. Secara mudah, buku kerja selalunya penuh dengan soalan bukan? Soalan apa? Soalan mengenai topik atau subjek yang kita pelajari. Di peringkat sekolah rendah dan menengah, pelajar diberi kemudahan dengan adanya buku-buku sebegini. Mereka tidak perlu berfikir kerana semua soalan telah disediakan. Semakin banyak soalan mereka jawab, semakin baik keputusan peperiksaan mereka.

Namun di peringkat universiti, pelajar perlu belajar berfikir sendiri untuk menghasilkan soalan-soalan ini. Jika pelajar boleh hasilkan soalan sendiri, ia sama seperti mereka menghasilkan buku kerja mereka sendiri.

Jadi untuk F.N. saya cadangkan supaya senaraikan sebanyak soalan yang mungkin tentang topik yang sedang dipelajari. Contohnya, jika sedang membaca bab 1 (mana-mana subjek), soal diri sendiri

Bab ini berkenaan apa?

Apakah fokus utama dalam bab ini?

Apakah kata kunci atau isi penting dalam bab ini?

Fakta manakah yang penting dan mungkin disoal dalam peperiksaan nanti?

Banyak lagi soalan yang perlu disenaraikan. Jika masih buntu soalan apa yang penting dan patut difikirkan, rujuk soalan tahun-tahun lepas yang biasanya boleh didapati di perpustakaan. Mungkin F.N. boleh rujuk kepada sesiapa yang lebih tahu bagi mengetahui di mana soalan-soalan ini boleh diperolehi. Soalan-soalan lepas ini boleh membantu F.N. mendapat gambaran apakah maklumat penting yang perlu diingat dan apakah bentuk soalan yang bakal keluar. Ini akan membuat F.N. lebih bersedia dan lebih fokus semasa belajar.

Akhir sekali, jangan lupa dapatkan lagi teknik-teknik belajar yang berkesan. Perlu diingat, skor di peringkat sekolah rendah dan menengah sangat berbeza dengan skor di universiti. Saya faham benar perkara ini kerana saya sendiri pernah alami masalah yang sama. Buat masa ini, saya cadangkan F.N. baca beberapa artikel yang telah saya tulis di www.osmanaffan.com/kompilasi.htm. Baca artikel yang berkenaan dengan cara mudah ingat apa yang dipelajari dan mudah ingat apa yang dibaca.

Saya ucapkan selamat berjaya kepada F.N. Tidak terlewat untuk saya ucapkan tahniah kerana berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Banggakan Agama, ibu bapa dan banggakan negara!

7 Tips Pengurusan Masa & Produktiviti daripada Brian Tracy - Tip 5
Tips yang kelima ialah ‘Bunch your task’. Ia bermaksud kita dicadangkan untuk melakukan beberapa kerja yang hampir sama pada satu masa.

Untuk tips ini, saya hadapi sedikit kesukaran untuk mencari contoh yang sesuai. Namun saya percaya ia ada kaitan dengan tip yang kedua iaitu ‘Work faster’. Dalam penerangan yang diberikan oleh Brian Tracy, beliau satu contoh iaitu semasa kita menulis surat (urusan pejabat), buat juga kerja-kerja yang boleh dilakukan pada waktu yang sama seperti mengisi borang, menyusun sistem fail dan menyediakan kertas kerja.

Ini bermaksud, semasa melakukan kerja, kita perlu belajar untuk melakukan beberapa kerja (dalam kategori yang hampir sama) dalam satu masa. Apa yang berlaku ialah pada mulanya kita akan rasa sedikit keliru atau pening kerana banyak perkara kita lakukan pada satu masa. Namun adakah anda pernah mengalami situasi di mana anda sedang menulis email, telefon berbunyi dan kawan anda meminta sesuatu. Tanpa berhenti menulis email, anda jawab telefon dan berikan kawan anda tadi apa yang diminta. Ini satu contoh mudah bagaiman tips ini dipraktikkan.

Jika kita bersungguh-sungguh mempraktikkan tip ini, kita akan dapati bahawa kelajuan atau keberkesanan kita dalam melakukan sesuatu akan meningkat. Saya berpengalaman melihat beberapa orang berjaya melakukan beberapa perkara dalam satu masa. Oleh kerana mereka sudah biasa mengamalkan tabiat kerja begitu, banyak kerja yang dapat mereka siapkan dalam satu masa. Minda mereka kelihatan begitu cergas dan kerja-kerja yang mereka lakukan kelihatan mudah utnuk disempurnakan. Hasilnya, kerja siap, kualiti terjaga dan banyak lagi perkara lain yang boleh mereka lakukan.

Sebagai pelajar, berlatih untuk buat sesuatu kerja dengan pantas dan berlatih  untuk buat beberapa kerja dalam satu masa. Semasa menunggu ibu bapa membayar harga barangan dapur di pasaraya, anda boleh melihat nota ringkas yang anda bawa dan menghafalnya. Semasa menulis nota, anda boleh sambil-sambil menguruskan dan mengemas tempat belajar agar ia kelihatan kemas dan bersih. Apa yang penting ialah anda sentiasa cuba melakukan lebih banyak perkara dalam masa yang singkat.

Satu pengalaman yang saya ingat hingga kini ialah pengalaman di mana saya bekerja di sebuah restoran milik warga Thailand di United Kingdom. Ini adalah pengalaman semasa saya melanjutkan pelajaran di dalam bidang perakaunan dan kewangan di Plymouth University. Antara tugas utama saya sebagai ‘kitchen boy’ ialah untuk memastikan pingan mangkuk siap dibasuh dan di susun dengan rapi. Bukan itu sahaja, saya mesti melakukannya dengan cepat kerana ketika restiran sibuk, sinki di dapur akan cepat penuh dengan pinggan kotor.

3 minggu pertama saya bekerja, saya asyik dimarahi oleh bos di dapur iaitu tukang masak utama. Namanya Neil, lelaki Thailand berumur lewat 30an, adik kepada tauke besar restoran. Dia asyik mengatakan yang saya bekerja dengan lambat. Katanya saya sangat lambat terutamanya semasa hendak menutup kedai. Fikir saya, mana tidak lambat, begitu banyak benda yang perlu dilakukan!

Namun satu malam, entah mengapa, mungkin dengan ‘mood’ yang baik agaknya, Neil buat keputusan untuk membantu saya menyiapkan kerja di dapur sebelum menutup kedai. Neil tanya saya, “you want to settle the sink or wash the kitchen floor?”

Saya tersengih. Tentulah kitchen floor, fikir saya kerana ia jauh lebih mudah dan cepat. Sudah pasti saya akan siap lebih cepat berbanding dengan Neil jika dia membasuh di sink.

“Kitchen floor,” jawab saya ringkas. Neil tersenyum dan berkata, “OK, do it now.”

Saya hampir-hampir mahu berlari untuk membasuh lantai dapur itu. Bukan mudah untuk saya dapat peluang kalahkan bos di dapur ini. Kalau dia kalah nanti, barulah dia faham kenapa saya lambat.

Sambil-sambil saya menyiapkan air panas untuk mop lantai, saya sangat terkejut melihat cara Neil membasuh di sink. Dia bergerak sungguh pantas, membasuh dan menyusun kuali-kuali dan pinggan-pinggan kotor di sink. Air yang digunakannya juga lebih panas semasa membasuh. Dalam imaginasi saya, saya seperti melihat seseorang yang ada 8 tangan sedang mencuci pinggan dan kuali di sinki. Timbul rasa kagum melihat cara beliau bekerja dan timbul juga rasa malu kerana benarlah kata beliau yang saya bekerja dengan sangat lambat.

Akhirnya, percaya atau tidak, Neil terlebih dahulu siap di sinki. Saya masih lagi terhegeh-hegeh mengeringkan lantai dapur yang telah dibasuh dengan air panas bercampur alat cuci. Mulai hari itu, saya mula berlatih untuk bergerak di dapur lebih pantas. Ia terasa lebih penat tetapi lebih banyak kerja boleh dilakukan. Sambil saya membasuh, saya juga mengasingkan sampah dan menyusun pinggan mangkuk yang sudah bersih di tempatnya. Dalam masa sama, saya sentiasa memasang telinga jika ada apa-apa arahan daripada Neil untuk saya lakukan.

Pengalaman saya ini dirasakan amat tepat dengan tip kedua dan kelima ini. Apabila saya lakukan beberapa kerja pada masa sama, minda saya terasa seperti sedang berlumba. Ia tidak membuat saya leka malah terasa begitu peka terhadap apa yang berlaku. Saya mula meniru gaya bekerja Neil hingga akhirnya saya berjaya mendapat pujian beliau dan beliau mengekalkan saya bekerja di situ sepanjang saya belajar di sana. Insyaallah, ada rezeki, pasti saya akan melawat kembali restoran ini.

Tanggal 16 Februari 2010
Syukur Alhamdulillah, hari ini, genaplah umur saya 34 tahun. Semakin hari semakin meningkat usia. Semakin hari semakin banyak rasanya yang telah saya lalui dan pelajari. Semakin hari semakin banyak nikmat dan kurniaan yang saya nikmati.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua sahabat dan kenalan yang tidak putus-putus menghantarkan mesej doa selamat ulang tahun kepada saya melalui sms, email dan juga facebook. Doa dan ingatan ini semua benar-benar menambahkan keceriaan pada hari yang amat bermakna buat diri saya ini.

Bagi saya, hari lahir bukanlah istimewa kerana sudah menjadi tradisi untuk ia diraikan. Ia istimewa kerana setiap tahun ini adalah tarikh yang saya pilih untuk melihat, mengkaji dan menilai semula apa yang telah saya lakukan atau tidak lakukan sejak hari lahir tahun lalu. Kadangkala hari lahir boleh menjadi hari yang mendebarkan apabila saya rasa tidak banyak perkara  yang saya capai.

Namun hari lahir kali ini masih istimewa terutamanya dengan kehadiran anakanda saya Hana Khalilah pada 14 Januari lalu. Ia juga istimewa kerana ada beberapa impian dan matlamat setahun yang saya inginkan telah tercapai. Maka dapatlah saya coretkan beberapa matlamat dan impian baru untuk tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang pula.

Sekali lagi, terima kasih di atas ucapan doa selamat dan salam ingatan daripada anda semua buat diri saya.

Kesian saya…Siapalah saya…
Pernahkah anda terdengar keluhan orang-orang yang bersimpati dengan dirinya sendiri? Orang-orang begini kelihatan seperti orang yang bertimbang rasa, baik hati dan mudah memahami orang lain. Jadi apabila ada sesuatu yang berlaku kepada mereka, mereka akan kata, ‘Tidak mengapalah, siapalah saya….”

Saya percaya bahawa orang-orang yang suka bersimpati dengan diri sendiri akan hadapi kesukaran  yang besar untuk mencapai kejayaan. Contoh-contoh orang begini

Apabila gagal perniagaan disebabkan pengurusan kewangan yang lemah, mereka kata, “aku ni memang tak ada bakat berniaga. Aku bukan macam usahawan jutawan tu..dia bolehlah…. belajar sampai universiti, aku belajar sampai tingkatan 3 je..Siapalah aku ni….”

Apabila dimarah bos kerana lewat datang kerja, mereka kata “Asyik aku je yang kena marah…mamat tu tak kena marah pun…ye lah….siapalah aku ni…kuli je….”

Apabila kena marah dengan guru kerana tidak siap kerja sekolah, mereka kata, “Kerja sekolah tak siap sikit pun nak marah-marah. Ye lah….siapalah aku…aku bukan anak emas dia….”

Apabila gagal menghubungi atau menelefon seseorang yang berilmu dan berjaya (untuk bertanyakan tentang ilmu tersebut), mereka kata, “Ye lah, siapalah aku…tak sama darjat, tak bolehlah nak jawab panggilan telefon aku….tak bolehlah nak berkawan dengan aku….”

Merendah diri itu bagus tetapi merendah diri dengan berkata begini cuma menunjukkan bahawa kita tidak mahu melihat situasi sebenar dan tidak mahu menyelesaikan masalah sebenar yang berlaku. Komen-komen contoh yang saya berikan di atas cuba menunjukkan bahawa kita ini adalah mangsa. Apabila kita rasa kita ini adalah mangsa, ia bermaksud kita rasa kita tidak bersalah. Kalau tidak bersalah, mengapa perlu ubah sesuatu? Mengapa perlu datang kerja awal bukan? Mengapa perlu siapkan kerja sekolah? Mengapa perlu mantapkan pengetahuan tentang pengurusan kewangan?

Tabiat terlalu simpati dengan diri sendiri ini sangat-sangat melemahkan keyakinan diri kita. Ia juga satu tabiat yang memalukan kerana kita sebenarnya tidak mahu mengaku kesilapan diri kita sendiri. Saya sering perhatikan yang orang-orang begini selalunya akan sentiasa mengulangi kesilapan yang mereka lakukan. Mengapa? Sebab mereka cepat menjadikan diri mangsa hingga langsung tidak berfikir tentang kesilapan yang mereka lakukan.

Sebaliknya, orang yang tidak mudah simpati dengan dirinya akan sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki sesuatu. Apabila dimarahi oleh bos kerana lewat, dia akan mohon maaf dan segera sedar bahawa datang lewat itu adalah salah. Jadi selepas itu dia akan sentiasa datang awal. Hasilnya, dia mungkin mendapat pujian atau sekurang-kurangnya dapat membaiki prestasi kerjanya.

Apabila gagal perniagaan kerana kelemahan pengurusan kewangan, dia akan segera sedar dan fokuskan usaha untuk memperbaiki kelemahan ini. Jadi, tidak ada lagi kelemahan dan perniagaan yang akan datang pasti akan lebih berpotensi untuk berjaya.

Apa kata hari ini kita semua elakkan daripada menjadi orang-orang yang suka bersimpati dengan diri sendiri. Orang begini suka merajuk, sangat sensitif terhadap teguran malah sensitif terhadap gurauan daripada orang-orang disekeliling dan hanya mahu melihat sesuatu menurut perspektif dirinya sahaja. Bukan sahaja dia akan hadapi kesukaran untuk berjaya malah saya percaya dia akan hadapi kesukaran untuk mendapat kawan-kawan yang baik.

Selamat tidak bersimpati dengan diri sendiri.

2010 - 2 hari ‘Have Fun With SmartStudy’
Pada tahun 2010 saya akan mula menjalankan Public Programme SmartStudy selama 2 hari. Program ini saya namakan ‘Have Fun With SmartStudy’. Di dalam program ini, pelajar akan dapat menguasai beberapa teknik penting Kemahiran Belajar iaitu

Teknik Memori SmartStudy.

Teknik melihat kekuatan dan potensi diri sendiri.

Teknik Pengurusan Masa SmartStudy.

Teknik Bacaan Pantas & Berkesan.

Teknik Berfikir Kreatif untuk pelajar.

Teknik Gaya Belajar Berkesan.

Teknik Menghapuskan Halangan Minda (Mental Block)

Saya amat menggalakkan anda yang berminat untuk melayari laman web www.SmartStudy.com.my yang telah saya isi dengan isi kandungan yang baru. Di sana anda akan mendapat gambaran mengapa seorang pelajar program Have Fun With SmartStudy memberi komen ini selepas mengaplikasikan teknik-teknik yang dikongsikan di dalam program.

“Program ini bagaikan menyuntik kembali semangat saya untuk mencipta kecemerlangan dalam pelajaran. Sesuatu yang sangat manis untuk saya kenang. Selepas kali pertama menghadiri program ini, saya berjaya mengubah diri menjadi pelajar yang paling cemerlang dalam kelas. Saya Berjaya berubah diri dari seorang yang ‘tiada apa-apa’ kepada seorang yang paling cemerlang. Pastinya ia sesuatu yang membanggakan! Terima kasih En. Osman Affan!- Nadia binti Hj Puri, Universiti Darul Iman.

Setakat ini saya sudah ada 3 tarikh dalam bulan Februari untuk program ini. Satu akan dijalankan di

Pusat Motivasi Smartstudy Kuala Lumpur  (6-7 Februari 2010)

TS Hotel, Taman Scientex Pasir Gudang Johor. (20-21 Februari 2010)

Sunway Hotel Georgetown, Pulau Pinang (27 - 28 Februari 2010)

Layari laman web www.SmartStudy.com.my untuk maklumat lanjut dan juga untuk mendaftar kerana tempat adalah terhad.

Minda Osman Affan di PTS Legasi
Hari ini saya berpeluang mengunjungi pejabat Editorial PTS yang baru di Batu Caves Gombak. Tujuan kunjungan saya adalah untuk menemui Tim PTS Millenia untuk buku terbaru saya “Tips Belajar Saat Akhir” dan Tim PTS Pro untuk buku saya “Panduan Mengajar Teknik Memori SmartStudy Di Sekolah“. Buku-buku ini semua dijadualkan untuk terbit pada pesta buku 2010 bulan Mac ini.

Selepas selesai perbincangan, saya dihadiahkan dengan satu Majalah terbitan PTS yang dihantar ke sekolah-sekolah. Sangat menarik rupa, isi kandungan dan persembahan majalah ringkas ini. Namun yang lebih menggembirakan hati saya ialah apabila membaca hasil temuramah Pegawai PTS dengan saya beberapa bulan lalu turut dimuatkan ke dalam majalah ini.

Bagi saya, ini adalah satu langkah PTS yang sangat-sangat saya hargai. Selain daripada menerbitkan buku saya, saya lihat PTS banyak melakukan aktiviti-aktiviti promosi secara langsung dan tidak langsung untuk menyebarkan lagi maklumat tentang buku hasil tulisan saya di pasaran. Ini menambahkan lagi semangat saya untuk menulis dan berkongsi teknik-teknik penting yang patut dikuasai oleh pelajar.

Bersama Tim PTS Pro pula, saya diajak untuk turut sama menulis dalam bidang teknik mengajar dan penambahbaikan ilmu guru. Topik ini semua sememangnya sudah berada sangat dekat di hati saya kerana itulah yang saya cuba sampaikan sejak mula-mula saya menceburi bidang Motivasi & Teknik Belajar Berkesan ini.

Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Tim PTS Millenia, Tim PTS Pro dan juga warga kerja PTS keseluruhannya. Moga Allah membalas budi baik Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian di dunia dan di akhirat.

Terima kasih.

7 Tips Pengurusan Masa & Produktiviti daripada Brian Tracy - Tip 4
Tips yang keempat ialah ‘Do things you are better at’. Maksudnya lakukan sesuatu atau aktiviti yang kena dengan kemahiran dan kekuatan diri kita.

Begini. Banyak ketikanya, kita cuba lakukan sesuatu yang di luar kemahiran dan pengetahuan kita. Sebagai contoh, jika kita bercita-cita hendak berniaga burger, kita dengan semangat waja dan kental cuba membina gerai burger kita sendiri. Disebabkan kita tidak ada kemahiran dan kepakaran membina gerai tersebut, kerja itu memakan masa yang lebih lama. Malah hasilnya juga amat menyedihkan kerana gerai itu mungkin asyik bergoyang ke kanan dan ke kiri.

Menurut tip ini, jika kita mahu berniaga burger, tumpukan perhatian kepada perkara penting dalam perniagaan ini iaitu proses menjual burger tersebut, bukan membina gerai. Pembinaan gerai ini boleh diserahkan kepada seseorang yang lebih pakar dan mahir. Sudah tentulah ada kos yang terlibat dalam mengupah seseorang membina gerai. Namun jika kononnya kita hendak berjimat dengan membina sendiri, kosnya akan menjadi lebih tinggi apabila gerai yang dibina tidak menjadi malah rupanya menjatuhkan imej perniagaan burger yang bakal kita bina.

Konsep ini sama seperti seseorang yang mahu memulakan perniagaan internet. Katakan ada seorang usahawan yang mahu memulakan perkhidmatan menguruskan program-program motivasi untuk pelajar. Disebabkan bersemangat, beliau cuba membina laman web sendiri. Beliau langsung tidak pernah membina laman web sebelum ini jadi beliau terpaksa membaca buku, hadiri kursus dan cuba sedikit demi sedikit untuk membina laman web tersebut. Proses ini memakan masa selama mungkin 3 bulan. Setelah banyak belajar, dia mula membina laman web tersebut. Hasilnya tidaklah begitu teruk namun tidak juga kelihatan begitu professional. Laman web itu tidak mampu memberi gambaran bahawa perkhidmatan yang diberikan itu berkualiti dan menarik. Adakah berbaloi usaha tadi?

Mungkin ada yang akan tersalah faham tentang apa yang saya cuba maksudkan di sini. Adakah maksud saya ‘tidak perlu belajar perkara baru dan berikan kepada orang lain? TIDAK SAMA SEKALI!’

Maksud saya, berdasarkan tip keempat ini, kita perlu lebih tumpukan perhatian kepada kemahiran dan kekuatan kita. Apabila kita lakukan sesuatu yang kita mahir, hasilnya lebih baik dan jangka masa yang diambil lebih pendek. Usahawan yang mahu memulakan khidmat program motivasi ini mungkin terpaksa luangkan lebih 3 bulan untuk siapkan laman web. Jadi perniagaannya juga mungkin tertangguh. Padahal laman web itu adalah sebahagian kecil sahaja perniagaan tersebut. Adalah lebih baik dia fokuskan masa dan tenaganya kepada proses promosi, penghasilan modul, pengurusan penceramah dan sebagainya.

Untuk pelajar contohnya, tidak semua pelajar pandai melukis. Jadi apabila mahu menghasilkan nota bergambar, pelajar yang tidak pandai melukis hadapi kesukaran dan mungkin jadi lemah semangat. Ini kerana dia cuba lakukan sesuatu yang dia tidak mahir. Kemahiran utamanya ialah membaca dengan pantas dan mencari isi penting. Apa kata kalau dia mencari seorang kawan yang pandai melukis dan bekerjasama dalam menghasilkan nota bergambar. Pelajar yang pandai melukis ini pula mungkin tidak berapa pandai membaca pantas dan mencari isi penting. Jadi apabila 2 kemahiran ini digabungkan, hasilnya akan jadi lebih baik dan proses pembelajaran jadi lebih menyeronokkan.

Jadi, selamat menguruskan masa dan produktiviti berdasarkan kemahiran, kepakaran dan objektif yang ingin dicapai.