Wed 5 Nov 2008
7 Tanda anda akan gagal di universiti – Kesimpulan
Posted by Osman Affan under Fikir, Universiti
[2] Comments
Alhamdulillah, berjaya juga saya akhirnya menulis kesemua 7 tanda seorang pelajar bakal gagal di universiti. Untuk pengetahuan anda, kesemua tujuh tanda ini adalah menurut pendapat dan pemerhatian saya selama menjalankan program dan berhadapan dengan mahasiswa dan mahasiswi di seluruh Malaysia.
Satu perkara penting yang perlu saya utarakan ialah melalui posting ini, anda tidak perlu membuang masa untuk berdebat sama ada benarkah tanda-tanda ini boleh menyebabkan pelajar di universiti gagal. Masa anda yang berharga lebih baik digunakan untuk mengkaji apakah yang bakal anda perolehi di masa akan datang jika anda dapat atasi kesemua tujuh tanda yang telah saya terangkan. Apakah kelebihan anda berbanding pelajar lain jika anda berjaya atasi semua masalah dan perkara tidak baik yang dinyatakan melalui 7 tanda ini.
Mahasiswa dan mahasiswi di IPTA dan IPTS seluruh negara adalah harapan bangsa kita untuk menjadi pemimpin yang berkaliber dan disegani. Saya percaya ia dapat dicapai jika 7 tanda ini dapat dihindari mulai hari ini. Selamat berjaya!
p/s Anda boleh membaca kompilasi 7 tanda ini di ruangan kompilasi tips dan petua. Klik di sini.























October 20th, 2009 at 11:03 am
Assalamualaikum saudara, Pertama kali saya menjenguk di sini terus saya tertarik dengan kandungan artikel ini. Pandangan saya kandungannya turut boleh dishare dengan anak2 yang tinggal di asrama (bakal mahasiswa/i di universiti dalam 2-3 tahun lagi), yang perlu mengatur kehidupan harian tanpa pengawasan ibubapa. Mohon izin untuk saya share/forward artikel ini kepada anak dan rakan2 sebaya yang kini tinggal di sekolah berasrama.
Wassalam.
October 21st, 2009 at 12:32 pm
Waalaikumsalam.
Puan Salwa, terima kasih kerana sudi singgah di sini.
Benar, ia sangat sesuai untuk pelajar yang Puan sebutkan. Tidak menjadi masalah untuk forwardkan artikel ini. Silakan.