Wed 6 Aug 2008
7 tanda anda akan GAGAL di universiti - Tanda 1
Posted by Osman Affan under Fikir, Universiti
Mari kita mulakan dengan tanda yang pertama. Anda berkemungkinan besar akan gagal di universiti jika anda ’susah tidur malam dan susah bangun pagi.‘
Semasa pelajar tinggal bersama ibu bapa di rumah, mereka mengikut jadual rumah di mana selepas pukul 10, 11 atau 12 semua ahli keluarga akan masuk tidur. Namun di universiti, tidak ada sesiapa yang mahu menjaga waktu tidur anda. Jika anda mahu menonton televisyen sampai pukul 3 pagi, tidak ada siapa pun ambil peduli. Jika anda mahu memetik gitar hingga subuh, mungkin semua orang hanya akan memekakkan telinga masing-masing.
Apa akibat jika anda susah tidur malam? Ya, sudah tentu anda akan susah bangun pagi. Satu komen paling banyak saya terima mengenai masalah hidup di universiti ialah kelas bermula terlalu awal. Awal? Pukul berapa? 8 pagi…. Hmm… bukan sahaja pelajar lelaki yang merungut, pelajar perempuan turut sama merungut. Mereka tidak suka kelas pada awal pagi kerana mereka masih seronok tidur ketika itu. (Mereka lupa semasa di sekolah rendah dan menengah dulu, mereka berada di sekolah seawal 7 hingga 7.30 pagi)
Saya selalu tanya, kalau pukul 8 pagi tu terlalu awal, pukul berapa anda bangun? Ramai yang dengan nada serba salah berkata mereka bangun lebih kurang pukul 6.30 pagi, sembahyang subuh dan tidur semula. Sayang sekali, saya percaya itu tidak benar. Kalau pukul 8 dianggap awal, kebanyakan pelajar sebenarnya tidak dapat bangun untuk sembahyang subuh setiap hari. Dalam erti kata lain, satu ungkapan yang selalu digunakan untuk keadaan ini ialah ‘Subuh Gajah’. Malah ada yang ‘upgrade’ ungkapan itu kepada ‘Subuh Dinosor’. Mengapa saya kata begitu?
Bayangkan, jika anda bangun pukul 6.30 pagi, pergi ke bilik air, ambil sembahyang, sembahyang dengan baik, bukankah rasa mengantuk itu akan hilang? Gagal bangun untuk Subuh adalah lebih dahsyat daripada gagal atau lewat menghadiri kelas. Sembahyang Subuh adalah penguji kekuatan disiplin dan ketaatan umat Islam. Jika ini sudah gagal, banyak perkara lain yang boleh dijangka gagal juga.
Satu perkara yang agak jelas bagi saya, jika saya jalankan program untuk pelajar yang ketinggalan dari segi akademik (terutamanya pelajar lelaki), program itu juga dihadiri dalam keadaan mengantuk. Dari air muka mereka yang sedikit pucat dan tidak bermaya boleh memberi gambaran yang mereka tidur sangat lewat sebelumnya. Adakah tidur lewat kerana belajar? Jauh sekali. Jika aset yang paling penting untuk belajar (iaitu otak) tidak dapat berfungsi dengan baik untuk belajar disebabkan tidur lewat dan mengantuk, apakah peluangnya untuk pelajar mendapat sesuatu daripada sesi pembelajaran? Kemungkinannya menghampiri sifar.
Jadi untuk permulaan, mari tanya diri kita, adakah kita susah untuk tidur malam dan susah untuk bangun pagi? Jika anda ada tanda ini, fikirkan mengapa anda susah tidur malam. Kita sambung perbincangan ini dalam posting seterusnya.




Untuk membacanya 


Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














August 7th, 2008 at 9:40 am
Salam sifu,
sudah terlalu lama rasanya saya tak leave comment dlm byk post sifu. Dan pagi ni saya sgt2 tertarik utk leave comment bg post ini.
Ya, saya sgt setuju jika dikatakan gagal pelajar bergelar mahasiswa/siswi ini kerana gagal mendisiplinkan diri diawal subuh. Kalau Subuh gajah, kira bernasib baik kerana dapat bersolat yang malangnya masih ramai yang tak bersubuh gajah pun (x solat langsung)… bangun tidur terus ke bilik air marah2 sbb kena beratur panjang, pergi kelas dengan niat yang tak sempurna. Oh! lagi malang tak sempat nak berniat langsung…
Dari pemerhatian melihat adik-adik rakan siswa/siswi (masa belajar tu umur saya paling senior melebihi pensyarah)saya berdoa semoa generasi ini akan kembali kepada fitrah untuk menjadi umat yang kuat suatu hari.
August 7th, 2008 at 5:21 pm
assalamualaikum tuan osman..
memang benar mostly student di IPTA/IPTS bukan sahaja tak menjaga waktu solat malah ada yang tinggal terus terutamanya waktu subuh.. yang hairannya kebanyakkan mereka tahu tentang hukum-hakam dalam agama, tapi disebabkan jauh dari ibu-bapa yang menjadi jam penggera mereka jika dirumah; mereka seolah-olah berada dalam dunia sendiri.. yang saya nampak mereka ini sukar untuk sebatikan diri dengan disiplin, saya sendiri pernah laluinya… bagi mereka yang sedar Alhamdulillah… tapi yang tak perasan akan terus hanyut dalam dunia mereka…
August 7th, 2008 at 11:54 pm
Salam.
Saya juga terkejut apabila rata-rata rakan saya memilih kelas yg tidak bermula pada pukul 8pg. Honestly, mereka memang bangun utk solat Subuh kemudian tidur kembali. Namun, saya agak kecewa apabila mereka mengatakan yg jam 8pg adalah masa yg terlalu awal utk ke kelas. Sy berpendapat waktu pagi lah kita akan menjadi lebih cergas dan mudah mengikuti pelajaran.
August 8th, 2008 at 7:12 pm
Salam Fasiha, lama betul tak nampak.
Betul juga tu, dahlah bangun lambat, sembahyang lambat, tidak pasang niat yang baik pula bila pergi ke kelas… Hasilnya mesti tidak memuaskan.
Waalaikumsalam Puan Ika,
Kita memang bimbangkan yang hanyut tu. Kadang-kadang ada antara mereka yang sempat sedar lalu berubah. Tetapi sayangnya ramai yang sedar bila dah terlalu terlambat.
Salam…Fira..
memang ada yang bangun sembahyang dan tidur kembali. Namun kebanyakannya tidak berkesempatan melakukan begitu. Betul, pagi memang lebih segar jika pelajar dapat tidur awal dan berehat dengan cukup.
August 10th, 2008 at 1:33 pm
assalamualaikum cg,
memang benar apa yang dikatakan cg, ramai pelajar ipta/ipts yang tidur lewat dengan pelbagai-bagai alasan diberi ada yang bermain game, chating dan ada yang memberi alasan menyiapkan assignment yang diberi.tentunya kita ini akan lewat bangun apabila lewat tidur dan pastinya akan terlepas solat subuh.apa yang menghairankan kenapa apabila di bangku persekolah kita dapat bangun awal ye.pelik tapi benar.
August 11th, 2008 at 2:14 am
Waalaikumsalam.
Naim… hehe…pelik tapi benar… lama tak dengar ayat tu.
Masa di bangku sekolah mungkin ada orang tolong kejutkan agaknya. Di universiti semua kena buat sendiri, tu yang susah bangun.
August 11th, 2008 at 6:04 pm
assalamuaikum..
dulu masa sy kat form 6 sy dapat uruskan masa sy dengan betul namun apabila dah belajar di universiti sy susah untuk mengikut jadual masa sy dengan betul. ini kerana beban masa belajar yang tak menentu sehingga kadang2 sy sering tido lewat bagi menyiapkan beban asiments yang banyak..
August 13th, 2008 at 12:04 am
Waalaikumsalam.
Terima kasih kerana menyumbang pendapat Zamri.
Zamri, saya setuju yang beban kerja di universiti agak berat. Namun beban yang sebenarnya ialah pelajar tidak dapat membuat kerja mengikut kepentingan. Akibatnya, kerja ditangguhkan ke saat akhir hingga menyebabkan perlu tidur lambat.
Tidak mengapa. Ia masih boleh diselesaikan. Boleh minta nasihat kaunselor universiti dalam teknik menguruskan masa di universiti kerana ia sangat berbeza dengan pengurusan masa semasa di tingkatan 6 dulu.