Tue 12 Aug 2008
7 tanda anda akan GAGAL di universiti - Tanda 2
Posted by Osman Affan under Fikir, Universiti
Tanda kedua yang perlu anda perhatikan ialah ‘Takut salah, tidak mahu mencuba.’
Ada satu perangai pelajar di universiti yang turut membimbangkan saya dan beberapa rakan saya yang bekerja sebagai pensyarah. Kebanyakan mereka terlalu takut buat salah hingga langsung tidak mahu mencuba. Contohnya, jika di dalam program, saya akan minta pelajar teka jawapan kepada satu soalan sama ada A atau B. Ada yang mengangkat tangan untuk A dan ada yang mengangkat tangan untuk B.
Namun, begitu ramai sekali yang langsung tidak mengangkat tangan. Kata mereka mereka tidak pasti. Bagi saya, masalahnya ialah mereka ini tidak boleh membuat keputusan dan takut salah. Daripada salah, lebih baik mereka tidak mengangkat tangan. Bukankah ini satu tabiat yang merugikan?
Siapa yang tidak pernah salah di dunia ini? Jika tidak ada salah, tentu juga tidak ada yang betul. Ada juga pelajar-pelajar ini yang bimbang jika mereka dianggap tunjuk pandai jika menjawab atau mengangkat tangan apabila disoal. Pelik sungguh cara mereka berfikir. Apakah akibat takut buat salah ini?
Apa yang pasti takut buat salah akan membuat pelajar ini tidak akan berani mencuba. Jika mereka pandai melukis, mereka tidak akan berani masuk pertandingan kerana takut kalah. Jika mereka pandai menulis, mereka tidak akan berani menulis kerana bimbang orang tidak suka hasil tulisan mereka. Jika mereka banyak idea, mereka tidak akan berani luahkan kerana takut orang tidak bersetuju dengan idea mereka.
Ini bermakna, tidak berani mencuba sama dengan tidak berani berjaya (Tidak berani cuba = tidak berani berjaya). Jika hendak berjaya pun tidak berani, apakah mereka akan kecapi kejayaan? Jauh sekali.
Sejarah telah banyak membuktikan kejayaan datangnya daripada kebijaksanaan. Kebijaksanaan datangnya daripada pengalaman. Dan pengalaman pula datangnya daripada kegagalan. Jadi, mengapa anda harus takut GAGAL? Mengapa anda harus takut kalau ‘terbuat’ salah??
























August 12th, 2008 at 9:24 am
Sifu,
post ini juga menarik perhatian saya..
sewaktu belajar di kolej dulu saya selalu mendengar luahan rakan pelajar lbh kurang beginilah “aku datang sini nak belajar, aku nak belajar saja”. Ini luahan ketika mereka dlm keadaan tertekan bila kena blame/tindas/cabar dlm jawatan kelab/persatuan/aktiviti/program. Disebabkan kecewa mereka tidak mahu melibatkan diri dlm aktiviti selain kurikulum yang terikat di dlm bilik kuliah. Saya tidak bersetuju dengan pandangan mereka kerana saya melihat sebenarnya mereka memilikki potensi besar, akhirnya kemahiran itu tidak dapat digilap dan berkubur. akhirnya cabaran serta tekanan mereka lebih hebat di sektor pekerjaan kerana tidak biasa dengan hiruk-pikuk di peringkat insitusi yang berkapasiti kecil (IPT).Berbeza bagi mereka yang aktif kerana mereka lebih bersedia, mereka dah lali dan mereka suka dengan sesuatu yang bakal muncul dihadapannya..
August 12th, 2008 at 4:29 pm
ruangan ini memeng menarik untuk cerita kan masalah untuk belajar or berjaya. di sebabkan masalah kita mudah berputus asa,saya tahu masalah dan kegagalan adalah tangga kejayaan,tapi bagaimana nak menanganinya?macam2 buku dah saya baca untuk menaikan semangat dalam pelajaran tapi semua buku sama sahaja isinya..rajin.rajin,rajin dan jgn berputus asa. saya harap sangat isi ruangan ini akan menambahkn lagi semangat saya untuk meneruskan perjuangan ini..
August 12th, 2008 at 10:32 pm
Cg,
Pada pendapat saya,ramai pelajar yang berani mencuba, tetapi disebabkan apabila ada segelintir pelajar lain yang mentertawakan mereka ini yang menyebabkan usaha mereka untuk memberi pandangan ataupun jawapan terhenti. kadang-kadang pelajar yang ingin menanyakan soalan juga takut ditertawakan, jika dikatakan menanyakan “soalan bodoh”.Jadi mentaliti pelajar yang suka mentertawakan pelajar lain haruslah diubah terlebih dahulu.Tetapi pelajar yang baik tidak akan malu untuk ditertawakan.pelik.
August 12th, 2008 at 11:53 pm
Fasiha, terima kasih atas input yang diberi. Ia benar-benar dapat memberi gambaran lebih jelas tentang apa yang cuba saya sampaikan.
Rahima, saya setuju dengan keluhan tu. Baca semua buku lebih kurang sama je isinya. Namun, perlu difikirkan juga, adakah isi-isi yang sama telah dipraktikkan. Teruskan membaca Rahima. Insyaallah apa yang dicari akan ditemui.
Naim, tidak perlu cuba hentikan hujan untuk mengelakkan diri daripada basah. Itu kerja sia-sia. Sama juga, jangan cuba ubah mentaliti orang, membuang masa namanya. Ubah cara kita terima kritikan dan ejekan orang. Orang yang suka mengejek, buat baik atau buruk akan diejeknya juga. Pesan orang tua saya, biarkan mereka mengejek. Dah lenguh mulut mereka berhentilah nanti….
August 13th, 2008 at 5:30 pm
sejak saya masuk ke universiti attitude saya banyak berubah.Saya kurang study dan kadang kala saya ambil mudah.Keputusan pada sem lepas mengecewakan saya walaupun saya tahu saya boleh lakukan dengan cemerlang.Parents saya banyak blame tentang relationship saya yang jadikan saya begini but yang pasti saya tahu its not about my relationship but its all about my attitude yang kurang semangat untuk belajar.In this situation what do you think i suppose to do untuk menaikkan semagat untuk study macam saya di sekolah dulu?
August 13th, 2008 at 6:07 pm
salam en.osman, saya pelajar universiti malaysia kelantan.boleh tak en.osman turut memberi motivasi di u saya?