Padang luasTanda kelima yang perlu anda perhatikan ialah apabila anda rasa ‘Bawah tempurung lebih  selesa daripada padang yang luas’. Begini.

Dua perkara yang membimbangkan mengenai pelajar di universiti ialah

  • Selesa dengan cara lama dan tidak mahu berubah.
  • Tidak berminat atau takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

Jika anda perhatikan betul-betul, sebilangan besar pelajar di universiti masih belajar Tempurungmenggunakan cara mereka belajar di sekolah rendah dan menengah. Mereka masih tidak mahu berubah. Mereka sangka jika cara dulu boleh berjaya, tentu ia boleh berjaya untuk sekarang juga. Ada kebenarannya tetapi ada juga yang tidak benar mengenai perkara ini.

Kata Albert Einstein (terjemahan), tahap pemikiran yang membawa anda kepada tempat anda berdiri sekarang tidak boleh membawa anda kepada tempat yang anda mahu pergi.

Maksudnya lebih kurang begini. Katakan anda hendak pergi ke pasar dan ia terletak lebih kurang 5 kilometer daripada rumah anda. Untuk pergi, apa yang perlu anda fikirkan…….? Tentu anda kena fikirkan kenderaan apa yang mahu digunakan, bila masa sesuai untuk pergi ke sana dan apakah barang keperluan yang anda perlu bawa (Duit? Bakul? Senarai barang hendak dibeli?). Ini adalah cara atau tahap pemikiran untuk sampai ke pasar. Dengan cara berfikir ini, tentu anda akan berjaya sampai dan berjaya membeli apa yang anda mahu bukan?

Kemudian, setelah selesai membeli di pasar, anda buat keputusan untuk pergi ke Muzium Negara. Saya mahu tanya anda, bolehkah anda gunakan cara pemikiran dan strategi untuk pergi ke pasar tadi…..? Tentu tidak bukan? Takkanlah anda mahu bawa bakul dan senarai beli barang untuk berjaya melawat Muzium Negara? Tentu pelik bunyinya.

Sama seperti di universiti. Untuk berjaya sampai ke universiti, anda telah gunakan strategi tersendiri semasa di peringkat Katak bawah tempurungsekolah rendah dan menengah. Apabila sampai di universiti, anda perlu gunakan strategi lain pula kerana apa yang hendak di capai ialah berbeza.

Cuba tanya diri anda, adakah anda sedang menggunakan strategi baru atau masih terperangkap dengan strategi lama? Adakah anda masih menulis nota atau membaca dengan cara lama dan tidak mahu mencuba cara yang lebih cepat dan berkesan? Tanda kelima ini berasal daripada kata pepatah seperti katak bawah tempurung. Katak di bawah tempurung hidup dalam dunia yang sempit. Jadi pandangannya pun sempit. Apa yang menyedihkan ialah apabila ia dapat keluar dan melihat padang yang luas, ia akan rasa tidak selesa buat seketika. Kadangkala, ia akan masuk semula ke bawah tempurung kerana ia lebih selesa dan dirasakan selamat buat mereka. Adakah anda juga rasa lakukan begini apabila berdepan dengan peluang untuk melakukan sesuatu yang baru…..?