Tue 5 Aug 2008
7 tanda anda akan GAGAL di universiti
Posted by Osman Affan under Fikir, Universiti
Kali ini mesej tulisan saya mungkin agak berbeza. Saya sebenarnya tidak berapa suka bercerita tentang perkara dalam bentuk negatif kerana ia akan mempengaruhi cara saya berfikir nanti. Namun, kali ini cara bercerita begini adalah perlu memandangkan beberapa situasi yang saya kerap lihat di universiti.
Sejak tahun 2005, saya sudah aktif menjalankan program-program motivasi dan teknik belajar di peringkat universiti. Apa yang saya lihat ialah memang ada pelajar yang tergolong dalam pelajar yang berdisiplin, cemerlang dan bercita-cita tinggi. Namun realitinya, lebih ramai lagi sebenarnya pelajar di universiti yang berfikiran negatif, malas, tidak ada cita-cita, terlalu selesa, tidak yakin diri, tidak mahu mencuba, lemah semangat, takut gagal dan sebagainya lagi.
Situasi ini semua menimbulkan rasa bimbang dan tidak senang dalam hati saya. Generasi pelajar di universiti sekarang ini adalah generasi yang akan membentuk dan memimpin negara kita dalam 10 hingga 20 tahun akan datang, generasi yang bakal memimpin anak-anak saya. Tetapi layakkah mereka menerajui negara jika majoritinya masih sukar untuk bangun pagi jika tidak dikejut atau dipaksa? Layakkah mereka jika bila lihat buku tebal sedikit pun sudah lemah semangat? Lebih membimbangkan lagi, layakkah mereka jika mereka diberi cabaran lalu mengalah, menarik diri dan langsung tidak mahu mencuba?
Telah beberapa hari saya duduk seorang diri mengkaji semula semua pengalaman dan situasi yang saya temui ketika berhadapan dengan pelajar di universiti. Setelah saya senaraikan semua masalah yang pernah saya temui, saya senaraikan 7 tanda-tanda seseorang pelajar mungkin GAGAL di universiti.
GAGAL bukan hanya bermaksud gagal mendapat segulung ijazah. Jika anda ada tanda-tanda ini, anda mungkin masih boleh hadiri hari graduasi tetapi anda
- Gagal menjadi orang berilmu.
- Gagal menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi.
- Gagal menjadi seorang yang berkarisma dan boleh dihormati.
- Gagal menyerlah.
- Gagal memenuhi potensi sebenar diri sendiri.
- Gagal mencapai cita-cita sebenar.
- Gagal mencapai kejayaan dan kebahagiaan yang pernah diimpikan.
- Gagal mengejar kekayaan.
- Gagal dalam memenuhi impian dan harapan ibu bapa.
- Gagal menjadi contoh yang baik kepada orang-orang disekeliling.
Senarai kegagalan itu tidak akan habis agaknya jika difikirkan berterusan.
Jika anda sakit dan pergi berjumpa doktor, tentu doktor akan cuba mencari tanda-tanda atau simptom penyakit yang anda ada. Jika anda ada beberapa tanda sekaligus untuk penyakit demam denggi contohnya, sudah hampir pasti anda sedang mengidap penyakit tersebut.
Sama seperti tanda-tanda yang bakal saya kongsikan ini. Jika anda ada lebih daripada 2 atau 3 anda, lebih anda lakukan sesuatu. Jika tidak, tentu orang lain akan dapat meneka apakah kesudahan anda di universiti iaitu……. GAGAL!
Kita akan mulakan dalam posting seterusnya. ![]()
6 Responses to “ 7 tanda anda akan GAGAL di universiti ”
Comments:
Leave a Reply
Trackbacks & Pingbacks:
-
Pingback from :: Magnet Diri :: » Blog Archive » 7 TANDA ANDA AKAN GAGAL DI UNIVERSITI
August 7th, 2008 at 2:22 pm[…] Universiti? Apa bezanya belajar di universiti jika kenyataan di atas sama dengan apa yang berlaku di universiti. Jadi, saya cukup tertarik dengan satu entri dari seorang sahabat yang seorang trainer yang sedang meningkat naik; Tuan Osman Affan. Di bawah saya paparkan entri beliau bertajuk ‘7 Tanda Anda akan Gagal di Universiti’ […]









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 












August 5th, 2008 at 10:36 pm
assalamualikum tuan osman, sy rasa isu ni sgt2 menarik untuk dikupas, memang ramai pelajar yg berada dalam situasi mcm ni terutamanya ank2 melayu…
August 6th, 2008 at 9:21 pm
Waalaikumsalam warahmatullah.
Cik/Puan Ika,terima kasih. Nanti boleh turut sama berikan maklumbalas mengenai apa yang saya kongsikan ya.
August 7th, 2008 at 11:46 pm
Salam Tuan Osman.
Saya setuju dgn tuan. Saya merupakan mahasiswa tahun pertama(sem 1) di sebuah IPTA di Bangi. Saya perlu akui segelintir pelajar di sini kelihatan kabur akan matlamat mereka berada di universiti. Saya harap tuan dpt ulas lanjut mengenai permasalahan yg pada saya merupakan isu yg wajar diberi perhatian.
August 8th, 2008 at 7:09 pm
Fira, terima kasih kerana sudi beri pendapat. Topik pertama yang selalu saya utarakan apabila berada di hadapan pelajar ialah mengenai matlamat. Ramai juga pelajar yang terkejut bila sedar selama ini mereka tidak ada apa-apa matlamat yang hendak dikejar.
October 19th, 2008 at 5:55 am
salam..saya pelajar sem1,,ya,,saya bersetuju dengan apa yang tuan tulis ini..saya seolah-olah masih di awangan lagi..mungkin suasana pembelajaran di sini “terlalu selesa”menyebabkan kurangnya struggle
apa nak jadi dengan sya?