Fri 21 Aug 2009
Dimana saya parking kereta tadi?
Posted by Osman Affan under Fikir
[2] Comments

Hari ini saya ada satu soalan untuk anda. Pernahkah anda terlupa di mana anda parking kereta anda? Maksud saya, anda masuk ke mana-mana pusat membeli-belah yang besar, anda parking dan beberapa jam kemudian, semasa hendak ambil kereta semula, anda terlupa beberapa perkara tentang parking seperti
- Tingkat berapa
- Tiang nombor berapa
- Tangga mana
- Jalan keluar mana yang membawa ke tempat kereta tersebut (ada banyak pusat membeli belah yang besar yang mempunyai banyak jalan keluar. Salah pilih, anda akan hilang punca di mana arah kereta anda berada).
- Kereta apa yang anda bawa (ini masalah kepada orang yang terlampau banyak kereta. Mungkin jarang berlaku
- Selepas pintu keluar, mahu ke kiri atau ke kanan.
Saya percaya ini semua sangat biasa berlaku. Jarang saya dengar orang yang tidak ada pengalaman terlupa di mana parking kereta sendiri. Saya sendiri juga selalu alaminya satu ketika dahulu. Soalan seterusnya, adakah masalah lupa parking ini menunjukkan kita
- ada masalah mudah lupa?
- lemah daya ingatan?
- kurang fokus?
- sudah tua?
- ada penyakit yang menyebabkan lemah ingatan?
- sudah hampir hendak nyanyuk?
Soalan terakhir saya, bolehkah ia diatasi? Bolehkah kita sentiasa ingat di mana kita parking walaupun tempat itu pertama kali kita kunjungi dan kita pula tidak menulis apa-apa semasa meninggalkan tempat parking? Jika boleh, bagaimanakah caranya?
Fikirkan seketika……..
Saya akan berikan jawapan dan pandangan saya esok, Sabtu, 22 Ogos 2009. Selamat berfikir.























August 21st, 2009 at 5:16 am
Mmg saya pun sering lupa kt mana park kete kalo tempat tu besar.. Misalnya megamall mid valley ataupun lowyat plaza..
Saya amalkan 2 petua ni.
1. Snap picture gambar tiang parking dgn hp camera.
2. Kalo xde hp camera, sy cuba memorize no tiang parking dan landmark yg ada sekitarnya..
itu yg biasa sy buatlah.. mungkin org lain ada cara tersendiri..
August 21st, 2009 at 12:15 pm
Tuan Code7,
terima kasih kerana berkongsi tips di sini. Teknik gunakan handphone kamera tu menarik juga. Tidak pernah saya terfikir selama ni. Mungkin sebab dulu handphone saya tidak ada kamera.