Sudahkah anda menjawab soalan saya Sabtu lepas? Ini soalannya,

Jadi, saya ada satu soalan lagi untuk anda. Kebanyakan orang yang lupa di mana mereka parking kereta, langkah manakah (antara Register, Retention dan Recall) yang mereka lemah dan tidak lakukan dengan sebaik-baiknya? Langkah manakah yang mereka selalu tidak lakukan hingga mereka langsung tidak ingat di mana mereka letakkan kereta mereka?

Kebanyakan jawapan yang saya terima ialah ‘Retention’. Ramai yang meneka jika kita terlupa di mana kita parking, masalahnya ialah semasa kita hendak simpan maklumat tersebut di dalam minda kita. Namun, percaya atau tidak, jawapan saya ialah ‘Register‘.

Nombor parkingMaksud saya, kebanyakan pemandu yang terlupa di mana mereka parking kereta mereka ialah kerana mereka terlupa untuk simpan dahulu (daftar masuk) maklumat di mana mereka parking kereta tersebut. Apabila mereka sampai di tempat parking, mereka sama ada

  • tidak melihat langsung ke arah nombor tiang atau dinding parking tersebut.
  • mereka lihat ke arah nombor tersebut tetapi tidak lihat dengan betul. Mereka hanya lihat sepintas lalu dan maklumat itu langsung tidak didaftar masukkan ke dalam minda mereka.
  • atau mereka lihat nombor parking tetapi minda mereka sedang sibuk memikirkan tentang perkara lain.

Ada yang mungkin bertanya, bagaimana pula boleh terjadi, kita lihat nombor tiang parking tetapi tidak daftar masuk dalam minda………? Mudah sahaja.

Pernahkah kita mencari sesuatu di dapur kemudian gagal mencarinya? Puas kita lihat atas, bawah, kiri dan kanan tetapi masih juga tidak berjumpa. Kita merungut, “mana benda ni!” sambil terus mencari. Sayangnya benda yang dicari tetap tidak kelihatan. Kemudian kita minta tolong seseorang untuk mencarinya. Apabila orang itu masuk sahaja ke dapur, terus dia berjaya mencarinya. Benda itu kelihatan begitu jelas tergantung di satu sudut dapur. Orang ini kemudian menyindir anda dengan berkata, “kalau benda ni ular, dah lama kau kena patuk.”

Apabila anda lihat benda tersebut, anda rasa hairan. Sudah berulang-ulang kali anda mundar mandir di kawasan benda tersebut tergantung tetapi kenapa anda tidak nampak?

Ini disebabkan apa yang anda lihat tidak didaftar masuk ke dalam minda. Ia bermaksud, anda hanya melihat sepintas lalu tanpa fokus dan mengambil berat kepada apa yang dilihat.

Disebabkan kita tidak daftar masuk (register), sudah pasti maklumat yang hendak kita simpan (retention) dan maklumat yang hendak kita cari semula (recall) tidak ada. Akibatnya, kita rasa begitu kosong (blank) semasa hendak ingat semula. Kita rasa seolah-olah langsung tidak ingat dan langsung hilang ingatan tentang apa yang berlaku semasa kita mula-mula masuk ke tempat parking tadi.

Hilang kunciMasalah tidak register ini sama seperti masalah orang yang kehilangan kunci. Pernahkah anda hilang kunci rumah, kunci kereta atau kunci apa-apa sahaja? Apabila hilang, anda cuba bersungguh-sungguh untuk mencarinya tetapi gagal. Anda cuba teknik duduk diam seketika dan ingat semula di mana anda simpan, tetap gagal juga. Akhirnya setelah lama mencari, anda jumpa juga kunci tersebut secara tidak sengaja. Anda tidak sengaja tertinggal kunci tersebut di dalam peti ais. :)

Apa yang berlaku ialah semasa anda hendak menyimpan kunci tersebut, minda anda sedang berada di tempat lain. Mata anda lihat kunci yang sedang diletakkan tetapi minda anda sedang sibuk dengan perkara lain. Akibatnya, maklumat tempat kunci disimpan (apa yang anda lihat)  itu langsung tidak didaftar masuk ke dalam minda.

Hilang kunciJadi masalah lupa di mana kita parking boleh diselesaikan dengan menyempurnakan langkah pertama kita mengingat sesuatu. Walaupun ramai yang mungkin beri cadangan supaya kita tulis atau ambil gambar tempat kita parking, realitinya, apabila sudah lupa, hendak tulis dan ambil gambar pun kita akan lupa.

Insyaallah esok, Selasa 25 Ogos 2009,  saya akan kongsikan beberapa tips untuk mudah ingat di mana kita parking. Ia lebih melibatkan disiplin dan latihan. Saya juga akan terangkan tentang peranan ‘Retention’ juga dalam mengingat sesuatu dengan lebih baik.