Fri 31 Oct 2008
![]()
Pagi tadi saya dijemput menjadi tetamu undangan Selamat Pagi Malaysia bagi membicarakan isu gejala PengKid di Malaysia. Ketika saya mula-mula mendengar tajuk slot ini, saya terimbas kembali perkataan PengKid yang saya sudah dengar sejak dulu lagi. Apa yang menarik perhatian saya ialah ada kekeliruan tentang apa yang dimaksudkan dengan PengKid. Adakah PengKid ini budak-budak perempuan yang berambut pendek dan berpakaian seperti lelaki? Apakah pula beza mereka berbanding dengan ‘Tomboy’ dan ‘Lesbian’.
Menurut sedikit kajian yang saya lakukan, beza antara PengKid dan Tomboy ialah
- Tomboy ialah budak perempuan yang selesa berpakaian seperti gaya seorang lelaki. Namun naluri dan keinginan mereka masih lagi seperti seorang perempuan.
- PengKid pula ialah budak perempuan yang berpakaian seperti lelaki dan mempunyai minat pula kepada kaum sejenis iaitu kaum wanita. Mereka ini pula selalunya memainkan peranan sebagai orang lelaki dalam hubungan dengan pasangan mereka.
Apa yang mahu dibincangkan sebenarnya ialah adakah PengKid ini disebabkan genetik (lahir dalam keadaan yang berbeza dan mempunyai naluri yang berbeza sejak lahir) atau ia disebabkan oleh pengaruh. Sebelum saya berikan pendapat saya, bolehkah anda berikan pendapat anda sendiri atau apa yang anda percaya selama ini?
Hasil kajian saya, tidak ada kajian Sains yang dapat membuktikan sepenuhnya bahawa gejala ini disebabkan oleh genetik atau terjadi secara semula jadi semasa lahir. Satu kajian yang paling hampir pun mengenai perkara ini ialah satu kajian mengenai otak lelaki ‘gay’. Kajian ini mengatakan bahawa satu bahagian dalam hypothalamus lelaki gay lebih kecil daripada lelaki biasa. Namun kajian ini tidak dapat menentukan sama ada perkara ini berlaku sejak lahir atau terbentuk perlahan-lahan sepanjang hidup lelaki gay.

Semasa temubual, saya tegaskan tentang satu perkara. Tidak kira PengKid, lesbian, gay atau lelaki lembut, mereka sebenarnya ada pilihan. Banyak kajian Sains dan kajian Psikologi yang membuktikan perkara ini. Mereka boleh pilih untuk tidak bertindak dengan apa yang mereka rasa. Malah pakar psikologi mengatakan bahawa tabiat atau gejala ini sebenarya boleh dihentikan jika mereka memilih untuk melakukan begitu.
Daripada sudut agama pula, seperti kita semua tahu, mempunyai niat untuk melakukan sesuatu yang salah itu tidak berdosa. Namun jika kita bertindak ke atas niat itu, itu yang menyebabkan dosa. Ustaz Razali, pengarah bahagian penyelidikan JAKIM yang turut menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia ini menerangkan kepada kami bahawa Majlis Fatwa Malaysia telah mengumumkan bahawa gejala PengKid ini ialah sesuatu yang jelas HARAM. Agak menarik juga apabila saya baca mengenai satu kajian barat yang mengatakan bahawa, salah satu faktor mengapa gejala sebegini boleh berlaku ialah kurangnya didikan agama di rumah. Saya percaya anda boleh lihat dan fikirkan sendiri tentang kebenaran kajian ini.
Semasa membuat kajian, saya mendapat bantuan daripada Tuan Abdul Razak mengenai kedudukan gejala PengKid ini menurut pandangan Islam. Ini adalah sumbangan beliau mengenai perkara ini.
Daripada Ibn Abbas, Nabi saw bersabda bermaksud: “Allah melaknat golongan perempuan yg menyerupai lelaki, dan lelaki yg menyerupai perempuan”. (Hadis riwayat al-Bukhari, Abu Daud, al-tirmizi, Ibn Majah, & Ahmad)
daripada Abu Hurairah, bermaksud: ((Rasulullah saw melaknat lelaki yg memakai pakaian perempuan, dan perempuan yg memakai pakaian lelaki)). (hadis sahih, riwayat Ahmad, Abu Daud)
Rasulullah saw bersabda bermaksud: ((Tiga golongan yg tidak akan masuk syurga….(antaranya): perempuan yang meniru dan berkelakuan seperti lelaki)) (Riwayat Ahmad).
Terima kasih Tuan Abdul Razak.
























December 27th, 2008 at 4:49 pm
pengkid mungkin petanda akhir zaman,dan kita tidak boleh menidakkan alasan ini.justeru,apa yng berlaku adalah kehendak yang-diatas.
December 27th, 2008 at 4:53 pm
Salam Pensil,
terima kasih kerana sudi singgah. Terima kasih juga atas pendapat yang diberikan.
February 27th, 2009 at 11:03 pm
pengkid sbnarnya mang bley brubah tp ego dan prasaan tunjuk bgos xdpt nk elak..so sb 2 la dowg jd cmnie…lme2 jd lbey slesa…yg jd awek pgkid lak lbey ske d mnjekan ngan org2 yg cmnie..mne x hncor…
March 3rd, 2009 at 12:07 pm
isu iti tidak perlu dibincangkan lagi sbb makin dibincang, makin menjadi2 gejala ini..yang perlu bagi semua pihak adalah untuk mengatasinya dan bukannya untuk dibincangkan lagi..bincang2..tapi tak der penyelesaian…makin banyak lagi ada..mcmana?
April 25th, 2009 at 7:39 am
Assalamualaikum en.Osman Affan, terdapat kajian mengatakan gejala perempuan menyerupai lelaki disebabkan oleh ‘genetic disorder’ cthnya CAH(congenital adrenal hyperplasia) yang disebabkan oleh mutasi genes. CAH dikategorikan sebagai salah satu autosamal recessive disease. Saya ada terbaca oleh Berenbaum 1999 -’girl with CAH a genetic condition characterized by overproduction of prenatal androgen have shown increased aggresivity & interest of male-typical activities’. CAH tak semestinya hermafrodit ,symptom CAH berlaku semasa bayi iaitu ‘classical type’ kebanyakan meningal dunia, atau semasa dewasa iaitu ‘non-classical type’ symtoms ditunjukan cthnya virilization due to overproduction of male hormone.’. Terdapat beberapa kajian yang telah dan sedang dijalankan, cthnya Ellis & Cole-2001 mengatakan ‘prenatal nicotine expose was associated with lesbianism in females’. Pada pendapat saya mungkin terdapat golongan ini mengidap CAH atau berlaku mutasi dan tak keseimbangan chemicals dan hormone dlm badan.Adalah tidak bijak untuk kita menuduh mereka yg benar-benar bermasaalah.Mutasi genes berlaku atas byk sebab dan ini semua adalah kejadian dan ciptaan Tuhan. thanks
April 25th, 2009 at 1:06 pm
hmmm…
tak kira la apa pun pendapat atau kajian…
but one more thing yang perlu semua sedar n fahami…
kalu Al-Quran dah kata haram..maka haramla..
hukum tetap hukum…
yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari kita sendiri…
May 22nd, 2009 at 1:34 pm
sy sokong pe yg di katekan oleh peace,tetapi e2 dari sudut sains la tapi mcm mcm ms ena ckp hukum ttp hukum..kt org islam idup berpandu pd Al-Quran..golongan yg byk jd pengkid nie lbh byk melayu…mgkin tol didikan bermula dari umah tapi bla meke dah bekeja atau blaja faktor sekeliling mengubah meke….
June 18th, 2009 at 1:15 am
sy rase sume nya brgntung pd diri sndri
parents da bg didikan agama,kt sek pun de blaja agama,kt tv,buku, majalah sume da bg tau.jadi..
bak kata Nabil lu pk la sendiri..
June 19th, 2009 at 1:51 pm
Apa-apa je lah..tak betul juga kalau cakap tak cukup didikan agama. ada mak bapak diaorg tu ketatkan ajaran agama, then diaorg sendiri belajar agama. diaorg macam tuuu juga. laaa.. byk lagi masalah lain yg lbh patut diselesaikan. masalah-masalah yg memporak poranda keamanan, buang bayi, mualaf yg kembali kpd agama asal, murtad(didikan agama tinggi apa).
August 10th, 2009 at 4:55 am
Apa yang saya nyatakan dari sudut saintifik berdasarkan pembacaan saya yg tak seberapa (perlu baca dulu sebelum bercakap dan cakap apa yg kita tahu saja ini penting!). Jika di luar negara mereka ada metodologi tersendiri untuk tangani masalah ini ikut cara mereka la. Jadi apa yg nak di utarakan disini ialah bagaimana kita tangani masalah ini dengan lebih khusus berdasarkan kajian yg ada mengikut metodologi dan norma kita sebagai orang islam cthnya perlu bagi para ahli agama , pakar genetic, ahli akademik, pakar motivasi, endocrinologist, pakar sosiologi dan siapa2 berkenaan org2 yg terlibat termasuk ahli keluarga mereka (pengkid) duduk berbincang apakah cara paling sesuai utk kes mcm ni.Boleh juga dibuat statistic study sebab musabab kes ini makin menonjol dan ramai terlibat tak kira kaum bukan main teka sahaja atau rumus berdasarkan satu dua kes. Mcm ena kata haram tetap haram , betul, tapi tak akan setakat itu shaja. Kita ada ramai cerdik pandai yg tentu boleh bagi idea yg terbaik kalau cara kita berjaya tentu org2 putih pun boleh tiru. Ini bukan setakat masalah sosial, tetapi libatkan agama dan terbukti ia juga melibatkan masalah genetic. Jadi this is an alarm to those experts to take part and start to do something yg lebih munasabah!Kalau kita selalu menghukum tak akan selesai.Islam itu bukan hukuman,ISLAM ADALAH SATU AGAMA YANG MULIA yg perlu disampaikan dgn lemah lembut, bersopan, dan yg penting touch the heart than only they can accept and think.
August 31st, 2009 at 12:09 pm
salam..sy pun skg tengah m’kaji dan cuba menyelesaikan masalah ini…pendapat saya(setakat yang di kaji),mereka ini terpengaruh dgn rakan sejenis yg alami masalah sama..ada yg rasa mereka blh hidup tanpa laki.dan lbh hebat dr laki.ini memberikan satu kekuatan pada mereka.ini m’jadikan mereka rasa bagus,bangga.ini terbukti dgn mereka berani menunjukkan gf/bf mereka di khalayak..kita tidak membenci golongan ini,kita mesti tolong mereka pilih jln terbaik..peranan khalayak amat penting.bkn pada pihak berkenaan shj…
setakat ni Allhamdulillah,tunggu dn lihat….salam
November 22nd, 2009 at 1:29 am
salam..
sebenarnya sye ada seorang kawan yang juga bergelar pengkid..
saya agak baik dengan kawan saya tersebut..
namun perhubungan itu telah disalah anggap olehnya..
tetapi sya tetap terus berkawan dengan nya dengan niat saya hendak mengubahnya kepada dirinya yang asal..
suatu hari saya ada memberitahu ibu saya tentang hal ini,lalu dia terus memarahi sya kerana terus berkwan dengan pengkid tersebut iaitu kwan saya.Setelah itu saya berasa serba salah adakah salah jika sya berkwan dengannya kerana mahu mengubah diri title kawan sya yang bergelar pengkid itu kepada perempuan normal..minta nasihat dan pandangan semua…
December 22nd, 2009 at 2:43 pm
salam..
boleh jelaskan ap faktor yg mempengaruhi tingkahlaku bilazim golongan pengkid??
February 5th, 2010 at 1:53 pm
kite sepatutnye tnye knp pengkid jd mc tuu dan bukan mempersoalkn knp mrk jd begini..jika ini berterusan,bnyk mslh akn timbul…mungkin mereka berubah mnjdi pengkid ats alasan mereke sendiri yg melibatkn keluarga dan kehidupan..kita sepatutnya membimbing mereka ke jalan yg benar bukan mengetepikan mereka..
February 9th, 2010 at 11:38 am
ada sesiapa yang nak bagi pandangan tentang gay dan lesbian?pendapat dialu-alukan..nak buat assigment ni.
February 14th, 2010 at 1:30 am
mcm ni sebenarnya pengkid ni bia la diye nt kalo dye rase na brubah diye brubah la…dye da besa kite swuh diye smayang jek..briye kang sian ke diye sakit telinga kene bebel……………………
March 9th, 2010 at 4:59 am
Saya pun bersetuju bahawa ianya ada kaitan dengan hormon atau ‘genetic disorder’. Saya rasa perlu dilihat juga dr sudut perubatan. Saya telah 10 tahun tiada anak. Walaupun saya bukanlah tomboy tapi dari sudut perubatan saya mempunyai lebihan hormon lelaki. Sebab itu, masalah tomboy dlln ialah ada kaitan dengan ciptaan Allah. Hanya sekadar berkongsi pengalaman.