Sat 1 Dec 2007
Sidang Akhbar Dr Irfan sebagai duta MIBO
Posted by Osman Affan under Internet, Motivasi, Soft Skills
[2] Comments
Selasa lalu saya berpeluang menghadiri satu sidang akhbar di hotel JW Marriot. Sidang akhbar ini adalah majlis untuk merasmikan sahabat saya Dr Irfan sebagai duta MIBO (Malaysian Independent Business Ownership). MIBO merupakan satu program bagi mewujudkan usahawan yang meletakkan sasaran 1000 usahawan baru dalam tahun 2008.
Majlis ini dipengerusikan oleh Abang Nizal Mohd. Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa usahawan internet Malaysia.
Apa yang dapat saya perhatikan di majlis ini ialah terdapat banyak usaha untuk melahirkan usahawan-usahawan baru di Malaysia. Usahawan bukan sahaja dikatakan bebas dari segi menguruskan masa malah mereka mempunyai potensi untuk mempunyai pendapatan yang tinggi. Sebagaimana ucapan pembukaan Dr Irfan ’9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan’, lebih banyak lagi usahawan perlu dihasilkan.
Bagi saya, menjadi usahawan melibatkan proses pembelajaran. Kita perlu belajar untuk jadi usahawan. Kita perlu belajar menguruskan masa, menguruskan wang, menguruskan tekanan perasaan dan sebagainya. Sebab itulah saya percaya ramai usahawan dan bakal usahawan yang singgah dan membaca isi kandungan blog ini.
Saya sendiri sebagai usahawan sentiasa cuba memajukan diri saya melalui proses pembelajaran. Terlalu banyak perkara yang saya pelajari di dalam dunia usahawan yang tidak dapat saya pelajari semasa di universiti dulu. Jadi, ucapan dan harapan saya untuk usahawan dan bakal usahawan, tingkatkan kebolehan untuk mempelajari sesuatu yang baru dan kemungkinan untuk menjadi usahawan berjaya akan pasti turut sama meningkat. Selamat berjaya!























December 2nd, 2007 at 12:09 pm
Hi semua.
saya amat berbangga mempunyai Sifu seperti Sifu Osman Affan dan Sifu Irfan Khairi. moga-moga usaha anda untuk memajukan lagi rakyat Malaysia, tak kira dalam penumpuan apa sekali pun, agar dirahmati NYA. insyaALLAH, aminnn…
saya telah mengikuti sesi JejakJutawan khamis lalu. ia adalah berkenaan info-info hebat bersama jutawan Malaysia, Sifu Azman Ching dan Sifu Allen Lee. saya memang amat tertarik akan misi dan visi mibo (lagi-lagi setelah membuat sedikit research melalui laman webnya, http://www.mibo.com.my).
yang paling menarik pada sesi JejakJutawan itu ialah, Sifu Allen Lee mengatakan bahawa, sesiapa yang berminat untuk menjadi usahawan, hanya datang ke pejabat urusan mibo, bawa kad pengenalan dan katakan yang anda mahu jadi usahawan. terus approve! no question ask! confirm, saya takkan lepaskan peluang ini!
saya amat bersetuju dengan Sifu Osman. sebelum menjadi usahawan, belajarlah dulu. ingat, amal tanpa ilmu, bagaikan ada lampu tetapi tidak dipasang di dalam kegelapan. ilmu tanpa amal pula, bagaikan ada lampu dan tahu lampu boleh memberi cahaya dalam kegelapan, tetapi tidak menyalakannya. jadilah mereka yang berilmu dan beramal. ini yang tepat. ini yang terbaik!
= http://www.AzamWahid.wordpress.com =
December 2nd, 2007 at 5:16 pm
Azam…kalau macam tu..sama-sama la kita terus cari dan tuntut ilmu……