Thu 19 Jun 2008
Jawapan
Posted by Osman Affan under Jawapan
[5] Comments
wani: bile bwt presentasi saya asyik b’peluh..cmne nak elakkan situasi ni??
Wani, itu perkara biasa terutamanya tempat kita buat presentation tu panas atau kita pakai baju terlalu tebal.
Susah nak elakkan tu.
khai: salam….mcm mane ah sy nak latih diri sy spaya rjin…saya duk kat asrama…time duk asrama rjin je buka buku…tp time duk umah nie len ah…mcm mane nak baiki tue…tlg erk..sape2 leh bg cdngan …
Khai, susah nak cerita tentang disiplin diri ni. Kalau ada sesuatu yang betul-betul nak dicapai, kesungguhan dan disiplin diri tu pasti datang sendiri. Persoalannya, apa yang nak dicapai?
najeehah: slm en. osman..sy suka sgt tlong kwn..tp kadang2 sy terlebih tlong sehinggakan memakan diri sndiri..apa yg patut sy lakukan?klaw x tlong mereka kcik hati pulak..
Najeehah, kalau jemput tetamu datang kerumah, ada batasnya. Tak boleh bagi tetamu masuk dalam bilik tidur dan pijak-pijak katil kita dengan kasut yang kotor. Nak tolong kawan pun sama juga, ada batasnya. Kalau menolong hingga menyusahkan diri, nanti jadi tak ikhlas pula. Boleh tolak dengan baik. Kalau kawan masih kecil hati, tak boleh dikategorikan sebagai kawan lah tu.
seha: salam encik osman.nk mintak pndpt ni..sy ni agk lemh dlm sbjk mt+.d’sbbkn sy lmh dlm sbjek ni,sy ambil kputusan utk join seminar math tmbah.tp sy rsau lh…sy risau nnt ble dh prgi..x berbaloi @ rse mmbzir je sbb sy x dpt kuasai spnuh ny ap y d’ajr pd mse 2..pd pndapt tn,ptut ke x sy prgi..??
Seha, mungkin jawapan saya ni dah terlambat. Tetapi masih boleh digunakan untuk masa akan datang. Kalau kita asyik rasa membazir untuk pergi ke majlis ilmu, kita akan kekal tidak berilmu hingga ke akhir hayat. Belajar di seminar atau kursus memnag ada banyak maklumat yang kita akan lupa tetapi apa yang kekal dalam ingatan akan membantu kita. Kena ingat, pergi kursus atau mana-mana majlis ilmu bukan macam buat kek, masukkan adunan ke dalam oven, keluar terus jadi kek. Maksudnya, bukan pergi satu kursus atau seminar terus jadi pandai. Masih banyak perlu diusahakan kalau jauh ketinggalan. Jadi harapan saya Seha tak berfikir tentang berbaloi atau tidak bila hendak menghadiri mana-mana majlis ilmu.
yati2708: nak tny bile lagi kursus motivasi utk bdk2 UPSR?
Maaf juga Yati, mungkin sudah terlambat jawapan ini. Buat masa ini belum ada tarikh lagi yang boleh saya berikan. Jadual saya agak ketat hingga bulan Ogos ini. Apabila sudah ada tarikh baru nanti saya akan umumkan.
arryani: Assalammualaikum. Saya perlukan sedikit pandangan.Anak saya secara tiba2 mnjadi hilang semangat untuk belajar selepas gagal memasuki kelas A.bagaimana untuk mengembalikan keyakinan dirinya.Terima ksih
Arryani, saya cadangkan luangkan masa berbual-bual dengannya dan selalu ungkit semula kejayaan dan kehebatannya pada waktu lepas. Ini sekadar untuk mengingatkan dia kembali akan kemampuan dirinya yang hebat. Disamping itu, beritahu dia bahawa kejayaan bukan datang daripada kelas A sahaja. Malah, pelajar kelas A bukan dijamin mencapai kejayaan. Yang lebih penting, dia mahu capai kejayaan atau tidak. Suruh dia bayangkan kalau dia berjaya dengan cemerlang. Kawan-kawan akan mengatakan ‘Wah…. tak duduk kelas A pun boleh cemerlang. Kalau duduk kelas agaknya macam mana dia punya cemerlang tu.’
(Sekadar cadangan sahaja)
mawarputeri: saya inginkan teknik-teknik menjawab solan matematik kertas 2 untuk sekolah rendah dan menengah.boleh bantu saya?
Mawar, maaf, saya tidak boleh bantu.
kudin: Akum! saya ingin bertanya kepada tuan bagaimanakah caranya saya hendak menguasai matematik dengan mudah. Dan menjadikan matematik sebagai subjek kegemaran saya.
Kudin, menguasai boleh, dengan mudah saya tidak pasti. Apa kata mulakan dengan buat 30 soalan sehari. Bila dah buat 30 soalan sehari, kecekapan akan meningkat dan gred akan jadi lebih baik. Secara automatik subjek ini akan jadi subjek kegemaran.
yaya: macamane saye nak motivasikan diri saya untuk bsemangat belajar? mcmane nk elakkan dri pekare2 kecil ganggu konsentrasi saye?? Saye akan ambil SPM thun 2008 ni.. harap sgt tuan dpt bantu sy…..;(
Yaya, sebagai permulaan, apa kata download dan baca ebook 7 teknik motivasi diri menjelang peperiksaan. Selamat berjaya.
zulyunus: salam usman affan…saya turut teruja dan termotivasi daripada laman ini. teruskan menulis dan berusaha membina anak-anak bangsa dan agama. selamat bekerja!
Zulyunus, terima kasih.
asmaa: Salam. Cikgu …Terima kasih atas banyak ilmu yang cikgu berikan di poogram motivasi di UTHM..Alhamdullilah stlah gunakan teknik cikgu saya berasa yakin untuk mendapatkan 5A dalam UPSR ini..T.Q
Asmaa, apa khabar. Terima kasih kerana sudi singgah di sini. Cikgu juga doakan agar Asmaa akan capai 5A seperti yang diidam-idamkan.























July 14th, 2008 at 10:49 am
slam.. sya nak mnta pndgn.. sya msok kat stu u yg sya xplih.. pastu sya dpt cos software engeneering.. sya xmnt psl bnda ny agpon sya xpndai sgt dlm bab komp ny.. sya tkot sya xleh bwa jer
December 16th, 2009 at 11:39 am
saya sedang dalam praktikal.dan sekarang baru saja 3 hari.tapi dalam 3 hari sedikit je saya belajar.sy takot sy tak de ape nk cite vdalam report sy.sy penah ikot program en osmandi mayang sari resort tganu.staf masin2 buat keje sendiri.nk ty takot menggangu.sy siap kate ader tak keje pape tok sy.phostat ke.elaun die bg byk tp keje tak de.sy jenis ske wat keje dari duduk tak wat pe.kami dibekalkan notenook.tp tak taw nk wat ape.boleh tak tolong sy…menghadapi situasi ini
January 24th, 2010 at 1:41 pm
en.osman,semenjak saya masuk darjah 4 saya selalu gagal dalam pelajaran matematik.saya tak faham apa soalan tu nak.bolah tak tolong saya cara2 atau teknik untuk menjawab soalan.sebab saya akan menjalani upsr pada tahun ini saya ingin lulus dalam subjek ini.saya akan berusaha setakat mana saya boleh lakukan.doa kan saya supaya saya dapat menjawab soaln yang diberi.
February 21st, 2010 at 12:41 pm
saya nak belajar ……apa saye kena buat
July 9th, 2010 at 10:45 pm
salam,
maaf sy nie seorg yg x pndai nk berkata2 so klo ad trsalh bahasa maafkn..
so,
sy pada thun nk amik spm but sy makn malas x seperty time sy nk amik pmr dulu sgt rajin.bagy sy maybe faktor guru yg mmbosan kn atau sy yg semakin malas..sy di sekolag lgsung x ad energy msty nk tido kje pon buat separuh jalan jerk… cam mne nie x kn sy nk terus kn cam ni kn…sy takut ngn mase dpan sy ni ..sy amik aliran sain teknikal