Osman Affanummiadam: Saudara Osman Affan, anak saya amat lemah dlm matapelajaran matematik, bagaimana saya nak membantu anak saya dll subjek matematik ini?

Osman Affan: Puan Ummi, anak Puan sekolah rendah ke menengah?

ummiadam: Salam, anak saya di sekolah rendah, tahun 5 & tahun 4. Harap saudara ada tip & cara2 bagi saya membantu anak-anak saya. Dalam matapelajaran lain di orang agak bagus.Cuma matematik sahaja.

Puan Ummi, mengikut pengalaman saya, pelajar tahun 4 & 5 yang lemah matematik selalunya disebabkan 2 perkara utama.

  1. Belum cekap operasi asas matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Maksud saya, kalau kita beri latihan mudah operasi ini semua, mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikannya berbanding pelajar biasa.
  2. Lemah sifir. Kalau sifir tidak boleh dibaca dengan lancar dan yakin, banyak masalah akan timbul. Hafal sifir yang saya maksudkan ialah apabila tanya sahaja 7 x 8, mereka terus tahu jawapannya 56. Tidak perlu termenung, mengira dengan jari atau mengira menggunakan pensil dan kertas. Mereka perlu cekap sifir 1 hingga 12.

Cadangan saya,

  1. Bantu anak Puan hafal sifir dulu. Setiap hari pun tidak mengapa. Biar mereka benar-benar cekap dan yakin bila berdepan dengan soalan sifir. Suruh mereka baca sifir dan puan dengar. Kemudian, Puan tanya soalan secara rambang. 6 x 4 berapa? 7 x 11 berapa? 9 x 9 berapa?
  2. Matematik adalah subjek yang patut dikuasai dengan latihan. Jika anak-anak puan masih lemah dalam operasi asas, apa kata dapatkan buku-buku latihan matematik tahun 1,2 atau 3 dan suruh mereka buat latihan sebanyak mungkin. Apa yang perlu dicapai ialah mereka perlu berjaya membuat latihan operasi asas dalam masa yang singkat. Jadi, lihat berapa lama masa yang mereka ambil untuk setiap soalan. Jika masa yangdiambil semakin singkat, maknanya mereka sudah semakin maju.

Harapnya mereka dapat kuasai 2 perkara ini sebelum memasuki tahun 6. Ini kerana tanpa dua asas ini, Matematik tahun 6 akan menjadi sangat sukar bagi mereka nanti. Selamat mencuba Puan. :)