Sat 1 May 2010
Jawapan – Masalah Bahasa Inggeris.
Posted by Osman Affan under Jawapan
[3] Comments
Soalan 1:
salam 1 malaysia encik osman affan..sya N berasal dari sabah masih bersekolah d tgkatan 5 ..masalah utama saya d sini adalah sya lemah dalam subjek bahasa english..sdh banyak cara saya pratikkan untuk belajar bahasa english namun masih juga gagal dalam setiap ujian ataupun peperiksaan….jadi d sini sya harap enck osman dapat membantu dan memberi petua ataupun panduan bagi saya bagaimana untk menguasai bahasa english..kerana sya benar2 mahu lulus dalam subjek ini tambahan pula tahun ini saya akan mengambil peperiksaan spm……….masalah utama saya (lemah dalam menulis karangan dalam bahasa english,sebutan)……………..
Soalan 2:
askum…en osman boleh en tlong sy untk improve my english…
Salam untuk semua. Kebelakangan ini saya semakin kerap mendapat soalan berkenaan cara, tips dan teknik bagi memajukan penguasaan Bahasa Inggeris. Terima kasih buat anda semua yang menghantar soalan kepada saya. Walaupun soalan yang tiba ada bermacam-macam bentuk dan gaya, mesejnya adalah sangat serupa. Mesej itu ialah bagaimana untuk saya memajukan penguasaan Bahasa Inggeris saya?
Sebagai langkah permulaan, saya ingin cadangkan anda baca satu kompilasi petua yang telah saya tulis beberapa ketika dulu. Kompilasi itu bertajuk 7 petua pandai Bahasa Inggeris. Ia tidak menceritakan dengan terperinci tentang isi kandungan yang perlu dikuasai di dalam subjek Bahasa
Inggeris. Namun ia memuatkan beberapa tips dan petua bagi sesiapa yang rasa benar-benar lemah dalam Bahasa Inggeris. Ia boleh dijadikan panduan dan digunakan sebagai langkah permulaan. Kompilasi itu boleh dibaca di www.OsmanAffan.com/kompilasi.htm.
Insyaallah, kompilasi itu sedang saya tukarkan ke dalam bentuk ebook. Akan saya tambahkan lagi beberapa penerangan ke dalam kompilasi tersebut agar ebook ini jadi lebih lengkap dan berkesan. Cuma saya mohon kesabaran daripada anda semua dalam menunggu kehadiran ebook ini memandangkan kesibukan dan juga beberapa perkara teknikal yang membuat penerbitannya masih tertangguh.
Jika sudah siap ebook ini dan anda mahu dapatkannya, berapakah harga yang perlu anda bayar? Hmmm….. RM0.00 sahaja.























May 6th, 2010 at 3:03 pm
Salam N…saya juga berasal dari Sabah dan terus terang saya mendapat Bahasa Inggeris 7 dalam SRP (kini PMR) dan 7 juga dalam SPM. tetapi sebaik berada di Universiti saya mula mempelajari English kerana cita-cita saya untuk belajar di luar negara. Alhamdulillah, saya ke UK dan lulus dengan cemerlang di sana. Kini saya menjawat jawatan eksekutif kanan di sebuah syarikat konglomerat. yang penting usaha…tips saya dulu mudah – saya minat dalam alat muzik dan motosikal. Jadi saya cari buku atau majalah muzik dan motosikal dalam bahasa Inggeris. Kerana minat pada dua benda tu, nak tak nak saya kena belajar Bahasa Inggeris sekali. Tapi Sdra Osman Affan mungkin ada tips lebih baik…dapatkan buku yang beliau syorkan tersebut….
June 15th, 2010 at 9:07 pm
salam N, sye ni seorang yg resultnya tak lah seberapa, mksd sye okay laa.. mcm ade result yg bgus ade yg ta sgt..tp mesejnya skrg, english sye adalah salah satu subjek bonus yg m’bleykn sye utk score A.. sye seorang calon SPM dan english sye sjak skola rendah lg mantain sbb sye sgt terdedah dgn bahan yg berbahasa english.. mcm surat khabar star, cerita org inggeris, game (sye seorang yg gila game hehe), buku cerita, internet.. klau tgk kt sekeliling kte skrang ni sumenye majoritinya berorientasikn english.. so, btol la kata anakkubijak.com mmg nnti smpi satu thp yg N kene ‘nak tak nak kene blaja english jgk’.. tp tntulah osman affan ade tips yg lbih berkesan.. sye cume nak share sahaja.. salam
August 14th, 2010 at 2:43 pm
asslamualaikum ckg,nma sy zahrith sofea..masalah sy skg tdk thu nk menulis karangan bahasa inggeris yg terbaik..ckg,sy cemburu dgn kawan2 sy sbb mereka pandai menulis krgn BI…tp sy masih belajar…sy berasa cemas sikit..sbb kptsn SPM taun ini kurang 1subjek…sy taget semua A..1subjek inilh sy sgt risau…ckg,bagaimana sy nk menulis kgn BI??