Mon 9 Feb 2009
Soalan oleh NFS, pelajar perubatan di India
Posted by Osman Affan under Jawapan
Assalamualaikum En.Osman..
Pertama sekali,eloklah saya memperkenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya NFS (diringkaskan oleh motivasibelajar.com), saya merupakan seorang pelajar perubatan di India. saya ada beberapa masalah yang jikalau boleh ingin mendapatkan pandangan dari en.osman. Mungkin lebih mudah kalau saya nyatakan masalah saya dalam bentuk point, agar tak banyak melalut.
1. sekarang saya berada dalam tahun 3, sejak dari tahun 2,saya mula merasakan hilang fokus,sentiasa mengantuk dalam kelas walaupun tidur cukup, rasa tidak bersemangat. saya tidak dapat mengenalpasti apakah masalah saya sebenarnya. dan untuk pengetahuan en.osman keputusan peperiksaan saya pada tahun kedua adalah cukup makan je berbanding tahun pertama yang mana saya dapat distinction. Hal ini membuatkan saya rasa down.
2. saya juga mempunyai masalah untuk mengulangkaji pelajaran. saya tercari-cari strategi yang membolehkan saya dapat menghafal n mengulangkaji suma subjek pada hari ia diajarkan.tapi sumanya gagal. kadang-kadang saya menyalahkan keadaan cuaca disini yang sejuk menyebabkan saya kerap mengantuk.tapi itu tidak benar.
3. saya mula merasakan daya ingatan saya menjadi lemah dengan peningkatan usia. walaupun saya baru berusia 22 tahun. ada sahabat saya memberi tahu,mungkin nikmat kecergasan akal yang Allah berikan selama ni ditarik balik sedikit demi sedikit. kerana sebelum ini saya tidak perlu bersusah payah untuk study atau menghafal pun saya akan boleh skor dalam exam n saya boleh menghafal suma nota untuk exam esok dalam satu ari saja.tapi kini saya rasa kelam-kabut dan tidak tahu ape yang perlu dilakukan.
4. maaf jika ada ayat-ayat saya yang sukar difahami dan email ini terlalu panjang. saya berharap masalah saya ni mendapat perhatian dari en.osman. saya ucapkan ribuan terima kasih.
Waalaikumsalam warahmatullah.
NFS, terima kasih kerana menghantar email dan terima kasih kerana memperkenalkan diri. Agak letih juga selama ini saya baca begitu banyak email yang saya terima daripada orang yang langsung tidak memperkenalkan diri mereka. Ini adalah maklumbalas daripada saya.
1. Rasa mengantuk boleh disebabkan cara dan masa tidur yang tidak betul. Walaupun tidur cukup, kualiti tidur perlu diambil kira. Orang yang tidur pada pukul 12 tengah malam ke atas, selalunya masih rasa letih dan penat walaupun mereka tidur selama 6 jam atau lebih. Jadi dicadangkan untuk tidur antara pukul 10 - 11 malam dan bangun awal untuk sembahyang subuh. Ini lebih menyegarkan badan. Jika boleh juga, tidur dalam keadaan yang gelap. Orang yang tidur dalam keadaan sangat gelap rasa tidurnya lebih lama. Gelap bagaimana? Gelap sampai hendak tengok tangan depan mata pun tidak nampak.
Rasa tidak bersemangat pula menunjukkan NFS sudah lupa tujuan mengapa ada di sana. Mungkin ingatan sudah semakin pudar tentang apa yang ingin dicapai setelah tamat pengajian di sana. Tuliskan semula di atas kertas apa yang NFS hendak capai dalam 5 ke 10 tahun akan datang. Bayangkan apa rasanya kalau semua yang diidamkan tercapai satu persatu. Bila dan rasa bersemangat semula, bayangkan betapa belajar dengan bersungguh-sungguh boleh membantu mencapai semua matlamat tersebut.
2. Teknik dan strategi belajar berkesan memang ada. NFS perlu cari dan baca buku berkenaan teknik memori dan pengurusan masa. Saya percaya buku-buku ini ada disediakan di perpustakaan atau boleh beli di kedai-kedai buku. Selalunya tidak cukup dengan baca satu buku sahaja. Baca 5 hingga 10 buku tentang teknik belajar dan NFS akan dapat gambaran jelas bagaimana mahu ingat dan faham dengan cepat apa yang telah dipelajari. Jangan risau tentang masa yang perlu diambil untuk membaca buku ini kerana ia umpama kita berhenti mengasah pisau. Pisau yang tumpul hanya akan melambatkan kerja.
Benar juga, tidak boleh salahkan cuaca sejuk. Jika cuaca sejuk penyebab tidak boleh fokus dan tidak boleh belajar, orang-orang Eropah pasti semua gagal dalam pendidikan.
3. Jika kita percaya ingatan semakin lemah, ia akan jadi kenyataan. Ingatan tidak jadi lemah mengikut usia, ia jadi lemah jika ia semakin tidak digunakan. Ingatan sama seperti otot badan. Jarang digunakan dan jarang dilatih, semakin lemah jadinya. Jadi perlu hentikan kepercayaan ini. Satu perkara lagi, strategi lama tidak boleh digunakan untuk mencapai objektif baru. Strategi lama adalah strategi untuk skor di sekolah, bukan skor di universiti. Jadi, hentikan juga strategi lama menghafal di saat akhir itu.
4. Tidak ada masalah. Saya cuma berikan pendapat dan pandangan saya sendiri. Jika berkesempatan, dapatkan khidmat nasihat kaunselor di sana.
p/s NFS perlu latih untuk menulis dengan ejaan dan tanda baca yang betul (huruf besar selepas noktah, huruf besar untuk kata nama khas). Walaupun ini hanya email, tabiat menulis dengan tanda baca tidak betul selalunya terbawa-bawa ke dalam diri. Dibimbangi satu hari nanti sukar untuk maju dalam kerjaya disebabkan perkara remeh ini.
Selamat berjaya NFS.
























February 10th, 2009 at 4:45 am
Assalamualaikum. Nasihat yang sangat berguna Insyallah. Syukran jazilan khairon kathira.
June 29th, 2009 at 3:54 pm
aku stuju dgn cadangan bro usman tentang kepentingan tidur utk atasi masalah lentuk. kualiti sgt penting. haha. ingat cita2 pun sgt membantu tuk elak ilang semangat.
bro nfs, aku penah gak ikut psl ‘accelerated learning’ dari sorang mamat ni kat upm. dia kata dulu die wat phd part time. so masa mmg x cukup.. sume nak kena cepat.
antara cadangan yg mamat nie beri utk elak rasa ngantuk ialah tuko paradigma blajo kat kelas.
skang nie?
kelas = tempat ilmu disuap, kita menelan
“aku xde selera makan la.. rasa ngantok..”
baru?
kelas = tempat spot soklan n mencari jawapan bagi peperiksaan. tempat menimba pengalaman untuk pekerjaan.
“uih, bleh blaja spot soklan kat kelas, leh skor exam insyaAllah.”
“uih, kalo aku doktor, camne agaknya leh guna ilmu nie tuk diagnose penyakit..”
untuk mengubah persepsi minda supaya x lentuk dan aktif ketika kuliah?
setiap isi penting ditukarkan kepada tema dan soklan. tema nie cam nuklues ilmu.. soklan nie plak cam pembuka minda, bahan asas tuk kejut diri dari tido. hehe
contoh?
nie aku amik keratan dari subjek immunology yg budak med mungkin blajo…
“The body’s capability to react to antigen depends according to age (of the person), antigen type, maternal factors and the area where the antigen is presented.”
tema: body’s capability to react to antigen
bentuk soklan daripada isi penting kat atas tu. ape agaknya soklan yg timbul?
1. what are the factors that determine the body’s capability to react to antigen?
2. among the factors, which one is most crucial?
3. how does antigen type affect the body’s capacity to react to antigen?
kalo nak cepat masa kuliah, x perlu tulis soklan penuh, bagi point2 pun jadik la.. guna singkatan atau acronym bila perlu. cam kat bwh nie aku guna ATRTA.
theme : ability to react to antigen (ATRTA)
1. factors?
2. most important factor?
3. antigen type -> ATRTA : how?
jadik lepas wat soklan nie, minda ko cam x ngantuk la sbb akan sibuk carik jawapan masa kuliah.
lagi best bila amik exam, soklan yg kuar ade iras2 yg ko spot masa kuliah. haha
menurut mamat tu ini penting untuk..
1. idupkan memori lama yg duk diam x wat pape kat minda.
2. cari kaitan antara maklumat baru dgn memori lama untuk ‘bina’ memori baru.
3. tau ‘guna’ setiap maklumat supaya minda cam air(responsif) dan bukan batu (pasif). tul gak die kata, rasa cam buang boreh je blajo satu2 bende kalo x tau gunanya.
seingat aku, bende nie ade teorinya. org panggil ‘generative effect’ x silap.
okeh, stakat tu je. harap nie membantu.
June 30th, 2009 at 1:14 am
Tuan Pemikir,
terima kasih di atas maklumbalas dan input-input berguna yang telah diberikan.
May 25th, 2010 at 12:43 pm
Salam,
Sebagai bekas guru, saya dapati murid-murid yang mengantuk kebanyakannya kekurangan zat…so saya cadangkan pemakanan tambahan spt multivitamins…and kalau boleh amalkan antioksidan seperti garlic pills, green tea…wallahullam…