Mon 14 Jan 2008
Adab menuntut ilmu online - Adab 3
Posted by Osman Affan under Fikir, Khas, Motivasi, Petua, Soft Skills, Teknik Belajar
Apabila sudah berada di dalam rumah seseorang dan apabila kita bergelar tetamu, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan seperti jangan letak kaki atas meja, jangan terlalu meminta itu dan ini hingga menyusahkan tuan rumah dan jaga bahasa yang digunakan. Di dalam adab menuntut online pula, ketika menulis email atau komen di laman web, elakkan daripada
MENGGUNAKAN HURUF BESAR UNTUK SEMUA HURUF! Menggunakan huruf besar memberi gambaran seolah-olah kita sedang meninggikan suara. Ia tidak sepatutnya dilakukan. Tambahan pula, semasa kita belajar di sekolah bermula di tadika dulu, kita sudah diajar di mana patut digunakan huruf besar dan huruf kecil bukan? Jadi, kita perlu aplikasikannya.- menggunakan ayat perintah. Ayat perintah maksudnya menyuruh tuan rumah berbuat sesuatu dengan menggunakan ayat perintah. Contohnya, “emailkan saya ini.”, “Berikan saya itu.” atau “sila jawab segera.”
- Menulis dengan tulisan ringkas walaupun alasan kita sudah terbiasa atau tidak sempat menulis dengan penuh. Ini boleh menjadi tabiat yang sukar dihapuskan.
Tips:
Jika kita bertanya soalan melalui email, biarlah kita harap mendapat jawapan melalui email juga. Janganlah hantar email dan suruh seseorang itu membalas menggunakan sms atau pos laju pula. Sama juga kalau kita bertanya melalui laman web, biarlah kita mendapat jawapan melalui laman web juga, bukan dihantar secara peribadi ke email kita.
- Jika seseorang itu lebih tua daripada kita, eloklah menggunakan gelaran abang, kakak, Tuan, Puan, cikgu atau sekurang-kurangnya encik atau cik. Ini adalah amalan mudah untuk membuat seseorang itu rasa kita hormat kepada mereka. Bayangkan kalau kita jumpa seseorang di alam nyata, adakah kita akan panggil namanya begitu sahaja walaupun dia lebih tua daripada kita? Saya percaya tentu tidak. Jadi, di dalam email dan laman web pun begitu juga.









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














January 17th, 2008 at 11:30 pm
Salam Encik Osman..
Betul tu.. Penggunaan huruf besar sebenarnya menunjukkan 1 emosi yang kasar (pada pandangan saya la)..
Pernah sekali, terima sms org yg bayar beli ebook.. Dia bantai semua huruf besar.. Huhu.. First Impression saya, ish orang ni marah saya ke.. Rasa tak sedap hati pun datang.. Umpama kita tak tau apa2 tiba-tiba macam kena jerit..
January 18th, 2008 at 1:00 am
Fai… terima kasih kerana sudi singgah.
Itu la dia. Saya rasa ramai pernah alami kena macam ni terutamanya usahawan internet dan orang-orang yang berkongsi ilmu online. Harapnya bila ramai dah baca posting ini,ada perubahan sikit.