Thu 20 Mar 2008
Saya masih lagi dalam adventure SmartStudy. Ketika menulis ini saya sedang bersedia untuk bertolak ke Terengganu kerana ada program bersama pelajar Univerisiti Darul Iman esok (Jumaat). Baru dua hari lepas saya balik dari Paka, Kemaman Terengganu kerana mengendalikan
program kepimpinan bijaksana bersama para eksekutif Vinyl Chloride (M), anak syarikat Petronas. Semalam pula saya berada di Kolej Astin, Puchong untuk program setengah hari.
Hmm… dalam dua minggu ini, hari ini dan esok adalah antara adventure paling mencabar. Setelah selesai program di Universiti Darul Iman esok (lebih kurang pukul 6 petang), saya perlu bergegas ke Universiti Teknologi Petronas, Perak. Oleh kerana saya memandu bersama seorang rakan (En Ihsan www.simplytranslate.net) kami dijangka sampai ke UTP dalam pukul 3 pagi. Fuh… bimbang juga bila memikirkan program bersama pelajar di UTP akan bermula pada awal pagi. Setelah selesai
program di UTP pula, kami perlu bergegas semula ke KL kerana ada program pada keesokan harinya (Ahad)di UPM. Jika anda berada di kawasan UPM, mungkin boleh turut serta program saya ini bersama pelajar UPM.
Tidak mengapalah. Inilah yang saya namakan adventure. Walaupun agak penat secara fizikal, minda saya rasa segar bila dapat bertemu dengan para pelajar yang bersemangat dan ’sporting’ sepanjang program yang saya kendalikan. Kepada pembaca blog ini, mungkin saya juga akan bertemu anda suatu hari nanti di dalam mana-mana program yang saya kendalikan. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














March 20th, 2008 at 12:17 pm
Salam, saya doakan sdra kekal didalam semangat juang (adventure) terbaik spt mana yg pernah ditunjukkan oleh baginda Rasul saw. Teringat saya masa muda2 dulu (masih muda maa..) kerap bertemu pelajar dlm prog Bina Insan sbg fasilitator (10-15yrs ago).Pastinya pelajar skrg berbeza dari yg dulu.salam,Syamsul.
March 20th, 2008 at 10:14 pm
En Syamsul, terima kasih. Pelajar sekarang dengan dulu lebih kurang sama je saya rasa, cuma cabaran mereka berbeza.
March 24th, 2008 at 11:41 am
assalamualaikum,
bagaimana saya boleh refer untuk program saudara di VCMSB?
March 25th, 2008 at 5:54 pm
Moga satu hari saya dapat ikut program kelolaan Osman Affan .. rasa tak sabar nak gi jenjalan ke semenanjung.
-Shueqry-
March 26th, 2008 at 9:39 pm
abah fateh, saya kurang faham. Refer bagaimana ye? Nak tahu siapa ‘person in charge’ ke?
Shueqry, insyaallah. Saya 14 - 16 April ada kat Kota Kinabalu. Bukan ada program, saja jalan-jalan bawa anak isteri ke sana.