Fri 27 Mar 2009
Sudah terbit - Buat duit dengan tuisyen
Posted by Osman Affan under Khas, Pengumuman
Alhamdulillah, setelah menulis selama lebih kurang 7 minggu dan menunggu beberapa bulan untuk proses editing dan printing, buku hasil tulisan terbaru saya sudah terbit dan akan masuk ke kedai-kedai buku dalam masa beberapa hari ini. Buku ini bertajuk Buat duit dengan tuisyen. Buku merupakan salah satu daripada rancangan penerbitan siri buku buat duit oleh PTS Professional. Ini juga merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan PTS Professional dalam menghasilkan buku. Sebelum ini saya menerbitkan buku dengan PTS Millenia, salah satu lagi anak syarikat utama PTS Publishing.
Buku ini adalah mengenai bagaimana mahu menjana wang atau menambah pendapatan dengan menceburi bidang tuisyen. Percaya atau tidak, mengajar tuisyen boleh menghasilkan pendapatan sebanyak RM1120 hingga RM2520 sebulan dengan hanya mengajar 2 jam sehari. Di dalam buku ini, saya ada terangkan dengan lebih lanjut bagaimana ia boleh berlaku.
Bayangkan, jika anda boleh mengajar tuisyen 2 jam sehari dan menjana RM2000 sebulan, bukankah ia seperti gaji seorang yang bekerja sepenuh masa dan mempunyai pengalaman kerja? Lebih menyeronokkan, ia cuma 2 jam sehari. Jadi anda ada banyak masa yang boleh digunakan untuk perkara-perkara lain.
Saya percaya ramai graduan atau suri rumah yang pernah bercita-cita hendak menceburi bidang tuisyen ini tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula. Melalui buku ini, anda akan pelajari apakah langkah demi langkah yang perlu diambil untuk anda mula menjana wang melalui tuisyen ini.
Di dalam buku ini, bagi saya, satu topik yang sangat penting yang telah saya bincangkan ialah bagaimana hendak mencari pelanggan dan bagaimana cara untuk membuat promosi. Ini adalah bahagian yang selalunya dibimbangkan oleh orang-orang yang mahu memulakan proses buat duit dengan tuisyen ini. Jadi anda tidak perlu risau, dapatkan buku ini dan pelajari beberapa teknik untuk memasarkan dan juga menghebahkan tentang khidmat tuisyen anda.
Di dalam buku ini juga saya ada ceritakan tentang etika dan prinsip untuk mengajar tuisyen. Jika etika dan prinsip-prinsip ini diamalkan, kita bukan sahaja boleh menjadi seorang guru tuisyen yang sangat berkesan, malah pendapatan kita juga akan meningkat berkali ganda akibat meningkatnya kadar bayaran sejam dan meningkatkan jumlah pelajar yang mahu menjadi pelajar kita.
Dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berdekatan terutamanya kedai-kedai buku Popular dan MPH.
Selamat buat duit dengan tuisyen! ![]()
























November 30th, 2009 at 12:44 am
Memang bestlah buku nie..tak rugi beli..panduan yang sangat berguna
November 30th, 2009 at 9:17 pm
Cik Puan Norhaizan,
terima kasih di atas maklumbalas tersebut. Semoga pengetahuan yang dikongsikan dapat memberi manfaat dan pulangan yang diinginkan.