Mon 25 Feb 2008
Bersama Coach Ridz & Coach Sha
Posted by Osman Affan under Bahasa Inggeris, Cerita, Khas
Semalam seharian saya berada di SLEU, UIA Gombak bagi menghadiri kursus yang dikendalikan oleh Coach Ridz & Sha. Kursus ini bertajuk “English SureBoleh!”. Daripada tajuk berkenaan tentu anda boleh teka apa isi kandungan kursusnya.
Semasa tiba di UIA lebih kurang pukul 9.10 pagi, badan saya agak letih sebenarnya kerana saya keluar rumah seawal 5 pagi dan balik pada pukul 9 malam untuk ke Kuantan hari sebelumnya. Namun saya masih dapat cari sedikit tenaga dan semangat untuk menghadiri kursus yang dijalankan oleh dua Coach hebat ini. Saya mengenali mereka buat pertama kali ialah semasa di kursus training of trainers yang saya anjurkan untuk penulis pts. Mereka hadir sebagai peserta walaupun tahap kepakaran mereka ini sudah tidak perlu menghadiri kursus asas training yang saya anjurkan itu.
Saya juga ada menjemput mereka untuk menyertai program saya bersama pelajar UTHM minggu lalu.
Dalam kursus ini, banyak perkara yang telah saya pelajari. Walaupun selama ini saya banyak buat program untuk pelajar, Coach Ridz & Coach Sha banyak memberi idea baru dalam penyampaian mesej mengenai cara belajar Bahasa Inggeris dengan berkesan. Saya percaya apa yang telah disampaikan itu semua sangat hebat dan berkesan untuk membuat kita menguasai Bahasa Inggeris dengan cepat dan dalam suasana yang menyeronokkan.
Terima kasih dan tahniah kepada Coach Ridz & Coach Sha. Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai mereka di laman web mereka www.EnglishGuru.com.my









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














February 25th, 2008 at 11:21 pm
Ruginya tak pegi…
Lain kali kalau ada program bersama kedua-dua coach BI yang hebat2 tu… jgn lupa ajak saya yer
February 26th, 2008 at 9:00 am
Aiseh… memang lupa nak inform Amin… lagipun tak tau Amin ada program ke tidak masa tu.
Insyaallah nanti ada peluang lagi.