Sun 24 Dec 2006
Bersama program Nizal Talk
Posted by Osman Affan under Keyakinan Diri, Khas, Motivasi
Hari ini saya berehat sekejap. Selalunya saya buat program dan bercakap sepanjang hari. Tetapi hari ini, saya sendiri menjadi peserta untuk menambahkan pengetahuan saya dalam teknik berkomunikasi.
Eh… dah banyak kali buat presentation, banyak kali bercakap, kena belajar lagi ke….? ![]()
Sudah tentu! Ilmu takkan habis untuk dipelajari. Saya juga belum terlalu lama dalam bidang ‘training’ ini. Tambahan pula, saya akan pelajari teknik berkomunikasi daripada seseorang yang sangat berpengalaman, Abang Nizal sendiri.
Sebenarnya, lebih kurang 10 tahun lalu, saya pernah jumpa Abang Nizal ni. Masa tu, saya menjadi pelajar jemputan di program ‘Bijak Belajar’ di TV3. Tajuk yang dibincangkan ialah cabaran dan tekanan perasaan para pelajar di universiti.
Hari ini, saya ikuti program Nizal Talk yang akan mengajar peserta bagaimana cara menggunakan teknik berkomunikasi yang berkesan. Ini termasuk menggunakan teknik komunikasi efektif yang boleh meningkatkan keyakinan diri.
Insyaallah, saya akan kongsikan juga apa yang saya pelajari hari ini di dalam program ini bersama anda di dalam tips dan petua saya yang akan datang. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













