Dr DanialSabtu lalu saya bersama Fadzli Yusof, Dr. Asmadi dan beberapa lagi tokoh hebat yang saya kagumi duduk bermesyuarat bagi menubuhkan satu pertubuhan untuk Trainer Islam Malaysia. Mesyuarat ini adalah sesuatu yang agak luar biasa bagi saya kerana saya berpeluang duduk semeja dan berbincang dengan orang-orang yang saya kagumi selama ini. Antara tokoh yang saya sangat berbesar hati dapat bertemu ialah Dr. Danial Zainal Abidin.

Buku Dr DanialKali pertama saya bertemu Dr. Danial ialah semasa pesta buku 2007. Ketika itu saya tidak berapa cam beliau kerana belum membeli buku beliau. Selepas itu, saya terus membeli 2 buku beliau, 7 formula individu cemerlang dan tip-tip cemerlang daripada Al-Quran. Bagi saya, buku-buku tersebut sangat hebat. Jika anda belum membacanya, saya Buku Dr Danialcadangkan anda rebut peluang membacanya sekarang.

Melalui buku-buku tersebut, banyak saya dapat kaitkan teori-teori psikologi yang saya gunakan selama ini dengan ayat-ayat Al-Quran.  Alhamdulillah, tip-tip tersebut dapat juga saya kongsikan bersama pelajar atau peserta yang mengikuti program saya. Terima kasih Dr. Danial!  :)