Apabila ramadhan menjelma, saya selalu terkenangkan zaman persekolahan saya. Banyak kenangan manis di bulan Ramadhan yang berlaku.

Satu contoh yang saya ingat semasa di sekolah rendah ialah, bulan ramadhan dikaitkan dengan ‘bulan meludah’. Pelik juga, apabila mula bulan ramadhan, pelajar menjadi kuat meludah. Alasannya, tidak mahu batal puasa kerana menelan air liur. Kelakar pula bila diingatkan kembali. Puas guru besar dan guru-guru kanan menerangkan di perhimpunan tentang keburukan banyak meludah ini. Sayangnya, sukar pelajar mendengar nasihat ini dan masih terus meludah.

Namun, aktiviti begini cuma hebat di dalam minggu pertama puasa sahaja sebenarnya. Selepas itu, pelajar sudah dapat membiasakan diri dan berhenti meludah. Mereka pun sudah jadi penat meludah agaknya. :)