Akademi audit negaraKhamis lalu saya berada di Akademi Audit Negara yang terletak tidak berapa jauh daripada lapangan terbang KLIA. Kali ini, saya berpeluang mengendalikan program bertajuk seperti di atas. Program ini ialah program bagaimana hendak berucap atau membuat ‘presentation’ di hadapan khalayak ramai.

Peserta program ini terdiri daripada para pegawai Jabatan Audit Negara. Hmmm… boleh saya katakan mereka semua mempunyai latar belakang yang sama dengan sama iaitu bidang perakaunan. Malah, dulu juga saya berpengalaman bekerja di dalam bidang audit selama hampir tiga tahun. Maka, banyaklah perkara yang saya akademi audit negarafaham tentang mereka berdasarkan apa yang saya faham tentang kerjaya juru audit. Satu yang jelas, juru audit bukanlah orang yang dianggap pandai bercakap di depan khalayak ramai. Mengapa? Kerana kerja mereka selalunya di belakang komputer atau di sebalik timbunan kertas-kertas resit, inbois dan buku-buku catatan perakaunan.

akadmei audit negaraTerima kasih saya ucapkan kepada consultant ESQ Booster yang diterajui oleh En Syahriman dan Puan Shahrina kerana menjemput saya untuk mengendalikan program ini. Saya diberitahu oleh Puan Shahrina bahawa syarikatnya menemui perkhidmatan saya melalui ebook 21 Tips Microsoft PowerPoint. Ebook ini sangat bersesuaian dengan kursus yang sedang dijalankan kerana selain saya berkongsi tips dan teknik untuk bercakap dikhalayak ramai, saya juga berkongsi tips menggunakan perisian Microsoft PowerPoint supaya persembahan kelihatan professional dan menarik. (ebook ini anda boleh download percuma dengan mengisi nama dan email anda di bahagian tepi (sidebar) blog ini. akademi audit negaraSetakat ini, sudah lebih 200 download dilakukan sejak saya lancarkan ebook ini lebih kurang 4 minggu lalu. Terima kasih atas sokongan anda)

akademi auditDi dalam program bersama Akademi Audit Negara ini, saya berpeluang berkongsi tips-tips terbaru untuk berucap dan membuat persembahan di hadapan khalayak ramai. Program ini sangat menyeronokkan buat saya terutamanya apabila semua peserta sangat ’sporting’ dan bersungguh-sungguh semasa mengambil bahagian dalam aktiviti yang saya jalankan. Terima kasih dan tahniah kepada semua peserta! :)