Fri 4 Jan 2008
Buku Menjual Perkhidmatan Di Internet di Radio 24
Posted by Osman Affan under Internet, Khas
[4] Comments
2 hari lalu saya mendapat panggilan daripada Abang Syed Munawar, pengacara slot Resensi, Selamat Pagi Malaysia RTM1. Beliau menjemput saya ke rancangan kendalian beliau di siaran radio 24 bagi membincangkan mengenai buku tulisan saya ‘Menjual perkhidmatan di internet’.
Buku ini telah diterbitkan pada pertengahan tahun 2007 oleh syarikat milik Azizi Ali, True Wealth Sdn Bhd.. Buku ini adalah hasil pengalaman saya menimba ilmu dengan Dr Irfan Khairi dan juga pengalaman mengendalikan program keusahawanan internet 3dalam1.com. Kini program keusahawanan tersebut dihentikan seketika berikutan beberapa halangan termasuk kesibukan saya sendiri menjalankan program-program motivasi dan kemahiran belajar.
Bagi saya, sesiapa yang mampu mahu menceburi bidang perniagaan, ‘perkhidmatan‘ adalah sesuatu yang patut diambil kira. Sepanjang pengalaman saya yang mungkin tidak berapa banyak dalam perniagaan menjual produk dan perkhidmatan, saya dapati perniagaan perkhidmatan memberikan lebih kepuasan dan pulangan yang lebih baik. Ini mungkin benar untuk diri saya namun jika anda baru bercadang memasuki bidang perniagaan, anda mungkin patut ambil kira menjalankan perniagaan perkhidmatan.
Setakat ini, saya mendapat maklum balas yang agak baik untuk buku ini. Klik di sini jika anda mahu membaca ulasan mengenai buku ini.
Jika anda berkesempatan dan ada radio
apa kata sertai saya malam ini (Jumaat, 4 Januari 2007) pukul 8 – 10 malam untuk membincangkan isi kandungan buku ini.























January 4th, 2008 at 8:51 am
Assalamualaikum Tuan Osman,
Saya akan bersedia pada malam ini bagi mendengar amanat dari pakar pemasaran.
January 4th, 2008 at 10:25 am
Waalaikumsalam.
Tuan Sham…. terima kasih atas sokongan.
January 4th, 2008 at 12:26 pm
tahniah, saya percaya anda, anda orang yang luar biasa hebat, anda menariknya ke dalam hidup anda. selamat tahun baru 2008.
WE LOVE YOU.
January 5th, 2008 at 8:16 am
Mizan, terima kasih.