Wed 31 Jan 2007
Di Realiti TV, Kolej Tun Sri Lanang, RTM 1
Posted by Osman Affan under Khas, Motivasi, Soft Skills
[5] Comments
27/1/2007 (sabtu lalu), selepas saya membantu Dr Irfan Khairi dalam worksyop Jutawan Internet beliau, dan juga setelah selesai sesi bersama pelajar UKM (kenali potensi diri), saya bergegas ke Melaka untuk satu penggambaran rancangan realiti tv yang bertajuk, Tun Sri Lanang.
Rancangan ini adalah berkenaan membentuk bakal pemimpin di masa depan di kalangan remaja. Peserta untuk rancangan ini adalah dipilih daripada para pengakap terbaik di seluruh Malaysia.
Menarik sungguh cara rancangan ini dijalankan. Rancangan 13 episod ini akan memberi latihan kepada peserta dalam aspek kepimpinan, kerjasama kumpulan, kreativiti dan juga keterampilan diri. Peserta jga akan disingkirkan satu persatu selepas mereka diberi beberapa jenis ujian. Tujuannya adalah untuk memilih peserta yang paling berkaliber dan mempunyai tokoh kepimpinan di kalangan mereka.
Saya dijemput untuk menjadi juri dan juga menyampaikan ceramah dalam satu sesi yang bertajuk IT dan Global. Saya berpeluang menerangkan kepada para peserta apakah perkara-perkara yang boleh mereka lakukan dengan internet dan bagaimana internet boleh menghasilkan pendapatan. Disamping itu, saya berikan mereka beberapa tips perniagaan internet yang ada berkait rapat dengan sifat-sifat hebat seorang pemimpin.
Untuk maklumat lanjut, boleh lawati http://www.osmanaffan.com/srilanang.htm























April 17th, 2007 at 2:24 pm
terima kasih abang usman sebab sanggup datang ke ceramah kami sebelum ini. banyak say telah pelajari tentang internet, cuma belum ada domain aja.. terima kasih ada masa berjumpa lagi.
assalamualaikum
October 6th, 2007 at 1:52 pm
hello abg osman saya willy peserta kolej tun sri lanang.internet saya mmg mahu belajar lagi tapi saya tidak tahu macam mana mahu memula kan?
December 10th, 2007 at 4:39 am
salam,
trima kasih abg usman.
BTW bgmana saya mahu mndptkn mklumat lanjut mgnai perniagaan d internet lagi?
December 11th, 2007 at 11:42 am
Azree, Willy & Ahmad,
terima kasih kerana sudi singgah di sini. Untuk perniagaan internet, boleh mula baca blog-blog perniagaan internet yang ditulis oleh bloggers usahawan internet Malaysia. Contohnya, cari wangcyber.com.
Kalau tak jumpa, boleh taip perniagaan internet di enjin carian dan nanti akan jumpa beberapa blog yang membincangkan bagaimana hendak memulakan perniagaan internet.
Saya tak sempat tengok tayangan realiti tv ni beberapa minggu lepas. Rugi pulak rasanya.
All the best!
June 1st, 2010 at 1:37 pm
tq..
saya dh lame terputus hubungan ngan geng2 kolej