Fri 7 Dec 2007
Ebook 21 Tips Microsoft PowerPoint
Posted by Osman Affan under Khas, Motivasi, PowerPoint
Alhamdulillah. Ebook 21 Tips Microsoft PowerPoint mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Pada mulanya saya sangka hanya pelajar di peringkat universiti sahaja yang mungkin berminat untuk mendapatkannya. Tapi saya lupa tentang pembaca-pembaca daripada kalangan pegawai-pegawai di jabatan kerajaan dan juga swasta. Mereka juga boleh mendapat manfaat melalui ebook ini. Malah ada juga beberapa muat turun oleh sahabat-sahabat daripada negara jiran kita, Indonesia. Terima kasih atas sokongan anda semua.
Jika anda masih belum mendapatkannya, anda boleh memuat turun ebook ini (secara percuma) dengan meletakkan nama dan email anda di ruang tepi (side bar) blog ini dan pautan untuk muat turun ebook ini akan dihantar ke email anda.
Jika anda sudah membacanya, apa kata anda berikan komen mengenai ebook ini kepada saya. Saya berminat untuk tahu jika ebook ini benar-benar membantu anda memahami sedikit sebanyak tentang cara menggunakan perisian ini. Saya amat berminat untuk tahu tentang 2 perkara:
- Bahagian mana ebook ini yang anda paling suka?
- Apakah maklumat tambahan yang anda rasa anda mahu tahu dengan lebih lanjut.
Dengan maklumat yang anda berikan ini nanti, saya akan dapat lebih banyak idea bagaimana saya bolehkan tambahkan lagi maklumat berguna di dalam ebook ini. Anda boleh menulis komen itu di sini atau hantarkan email kepada saya menggunakan alamat email info@osmanaffan.com
Terima kasih di atas sokongan anda semua.
p/s Anda dibenarkan untuk mengedarkan ebook ini secara percuma juga. ![]()
























December 3rd, 2007 at 1:45 pm
Email daripada IND-Indra Jaya (indrajaya.pdg@pnm.co.id)
Waalaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Sebelumnya saya mengucapkan terimakasih atas bersedianya Bpk. Osman
untuk mengirim ebook 21 Tips MPP, hal ini tentu sangat bermanfaat untuk
menambah ilmu pengetahuan terutama sekali untuk Motivasi Belajar.
Disamping untuk diri sendiri, tentunya akan bermanfaat bagi orang lain yang
membutuhkan sehingga apa yang menjadi kendala saat ini dalam proses
belajar akan jadi termotivasi.
Disisi lain, yang lebih penting, tentunya Allah SWT, akan memberikan
pahala yang besar kepada Bapak karena ilmu yang diberikan ini tidak akan
mengurangi ilmu yang ada pada Bapak, bahkan malah akan menambah.
Sekian saja, sekali lagi terima kasih.
Wassalam,
Indra Jaya
Osman Affan : Terima kasih Indra
December 3rd, 2007 at 1:47 pm
Email daripada Firadila.
Assalammualaikum en osman,
semoga sentiasa dimurahkan rezeki selalu.Firadila adalah seorang tenaga pengajar kemahiran.
satu hari firadila dikehendaki mengajar student mengenai basic powerpoint.Jadi tanpa berlengah lagi firadila cuba mempraktikan segala yang terdapat di dalam ebooks 21 tips microsoft powerpoint dari en osman…alhamdulillah…semua pelajar firadila boleh memahami dengan cepat segala tips itu dengan mudah dan mereka kelihatan lebih professional apabila membuat presentation.
Tetapi oleh sebab mereka ini sudah professional (tahu guna) microsoft powerpoint ini, ada perkara-perkara yang firadila sendiri tidak tahu mengenai powerpoint ini.Antaranya ialah :
1. setiap slide mereka mahu muzik yang sama.Contohnya : mereka sudah membuat 10 slide.tetapi merek mahu muzik yang sama bermula dari slide pertama sehingga slide terakhir.
2. Setiap slide mereka mahukan background yang berlainan tetapi dalam dokumen yang sama..
3. Bagaimana nak masukkan dokumen dari microsoft excel ke powerpoint.
Maaf, firadila akui mungkin firadila tidak bersedia semasa hendak mengajar tetapi sekiranya en osman sediakan dengan lengkap mengenai masalah diatas, mungkin firadila boleh mengajar dengan lebih baik lagi walaupun tidak bersedia untuk mengajar dengan panduan yang diberi oleh en osman.terima kasih sekali lagi dan senyum selalu…
Osman Affan: Terima kasih Firadila, saya akan usahakan penyelesaian masalah itu semua.
March 2nd, 2010 at 1:13 pm
ass. wah bagus juga buku ini, boleh ngak kami download