Mon 5 Nov 2007
Ebook 21 Tips Microsoft PowerPoint
Posted by Osman Affan under Khas, PowerPoint
Alhamdulillah, saya telah selesai menyiapkan ebook 21 tips microsoft PowerPoint yang saya pernah paparkan sebelum ini. Ebook ini sebenarnya adalah kompilasi petua ‘21 Tips Microsoft PowerPoint’ yang pernah saya paparkan dalam blog saya. Anda juga boleh membacanya di www.osmanaffan.com/kompilasi.htm.
Di dalam ebook ini, anda boleh pelajari 21 tips yang terbahagi kepada 3 bahagian:
- # 7 perkara yang perlu dielakkan
- # Perkara yang perlu dipelajari
- # 7 petua untuk lebih maju
Tips-tips ini semua adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri mengendalikan program-program kemahiran belajar dan motivasi di peringkat sekolah, kolej dan universiti. Ia juga berdasarkan kesilapan-kesilapan yang pernah saya sendiri lakukan dan kesilapan utama yang dilakukan terutamanya oleh pelajar.
Anda boleh memuat turun ebook tersebut secara percuma. Anda cuma perlu isikan nama dan email anda di bahagian tepi kanan blog ini (sidebar yang mengandungi maklumat mengenai muat turun ebook ini) dan pautan kepada ebook ini akan dihantar ke email anda.
Selamat membaca. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














November 5th, 2007 at 7:48 pm
Salam,
Saya dah pun muat turun EBook ini. Dan dah separuh jalan membacanya. Banyak manfaat dari EBOok ini. Saya secara peribadi lebih suka baca buku seperti ini, mungkin sebab saya selalu perlu menggunakan power point?
satu Ebook yang baik
November 5th, 2007 at 11:17 pm
DikMal,
terima kasih kerana sudi memuat turun ebook ini. Jika rasa ebook ini sesuai untuk pelajar, bolehlah tolong sebar-sebarkan berita ini ye. Terima kasih.
November 5th, 2007 at 11:27 pm
Hi semua.
thanks Sifu, saya amat ternanti-nanti berita ‘gumbira’ ni. dah pun download. insyaALLAH saya akan aplikasikannya sebaik mungkin.
again, thanks Sifu.
p/s: saya telah pun ajak rakan-rakan wealth summit saya. harap-harap blog Sifu lebih ‘panas’.
= AzamWahid@yahoo.com =
November 7th, 2007 at 9:38 pm
Assalamualaikum
Thanks saudara Osman Affan atas ebook ini. Memang cukup byk manfaatnya dari ebook ini. Sebelum ni saya merangkak2 dalam bab powerpoint. Saya mohon kebenaran untuk edarkan ebook ini kpd kwn2 tanpa ubah apa2.
November 8th, 2007 at 10:52 am
Azam, terima kasih.
Jimie, suka saya dengar ebook ni dapat membantu. Kalau nak edarkan, silakan, tidak ada masalah, memang itu tujuan saya buat ebook ni pun.