Ebook Jaga KesihatanTahniah saya ucapkan kepada Jimieray kerana telah berjaya menghasilkan ebook Jaga Kesihatan. Saya percaya ramai pembaca dan pengguna laman web memerlukan tips-tips kesihatan ini termasuklah saya sendiri. :)   Walaupun saya ni tubuhnya nampak ‘sihat dan bersemangat’ tetapi daripada aspek kesihatan dan kecergasan, masih kurang lagi. Hmmm… nampaknya saya kena tambah satu lagi azam baru untuk tahun ni, azam untuk kecergasan dan kesihatan. Mungkin juga boleh letak azam untuk lebih slim….. (hehe… nanti slim, makin hensem, susah hati pula isteri saya nanti). :)

Di dalam ebook ini, Jimieray kongsikan mengenai tips-tips menjaga kesihatan termasuk tips pemakanan dan perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam usaha menjaga kesihatan. Jika anda muat turun ebook ini, anda juga boleh dapatkan tips-tips berterusan dengan melawat laman web beliau. Untuk muat turun ebook tersebut, klik disini.

Sekali lagi Jimie, terima kasih kerana memberi saya satu salinan ebook yang amat bermakna buat diri saya ini. Semoga usaha Jimie dalam berkongsi maklumat berguna akan memberi seribu rahmat, keberkatan dan kejayaan dalam hidup Jimie. Tahniah sekali lagi. :)