Sat 7 Jun 2008
Hampir sebulan
Posted by Osman Affan under Khas
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hmm… sudah hampir sebulan saya menyepi tanpa sebarang posting di sini. Nak kata tak masuk blog, tidak juga. Nak kata tidak ada idea, tidak juga. Saya sebenarnya 3-4 minggu kebelakangan ini agak sibuk dengan program dan sibuk dengan pembinaan modul terbaru saya untuk teknik memori.
Sekadar berkongsi, kali pertama saya membeli buku berkenaan teknik memori ialah pada tahun 2000. Ketika itu saya masih lagi bekerja sebagai sales executive di sebuah syarikat alat pencegah kebakaran di Kelana Jaya. Walaupun buku itu tidak ada kena mengena dengan kerjaya saya, ia benar-benar menarik minat saya kerana itulah minat sebenar yang ada dalam diri saya. Daripada buku itu, saya praktikkan beberapa teknik untuk menghafal. Daripada buku itu juga, saya bina modul teknik asas menghafal untuk SmartStudy (anda boleh baca teknik asas memori di dalam ruangan kompilasi tips dan petua).
Namun, untuk lebih maju, kita tidak boleh bergantung kepada satu buku atau satu seminar sahaja. Saya pernah jumpa beberapa orang dewasa yang terlalu berbangga kerana pernah pergi beberapa kursus atau baca beberapa buah buku. Saya percaya itu belum mencukupi dan kita tidak patut berbangga dengan kursus atau buku yang pernah kita hadiri dan baca. Ini kerana perasaan bangga boleh menyebabkan kita lupa diri, tidak terbuka kepada idea baru dan mula tidak mendengar nasihat dan pandangan orang lain.
Dipendekkan cerita, bulan lepas saya terjumpa dan terbeli
beberapa buku baru tentang teknik memori. Selama ini saya sangka buku teknik memori lebih kurang sama sahaja isi kandungannya tetapi ternyata saya salah. Buku yang baru saya baca itu membuka minda saya dengan lebih luas. Malah ia memberi saya idea baru bagaimana saya boleh majukan lagi modul teknik memori saya agar dapat membantu pelajar mengingati apa yang mereka pelajari. Inilah sebab utama mengapa saya menyepi dalam masa 4 minggu sebenarnya. Terlalu seronok membina dan mempraktikkan teknik-teknik memori baru bagi saya.
Kepada sahabat-sahabat yang menghantar sms bertanyakan khabar, saya ucapkan terima kasih. Mereka ini semua agak prihatin dan tertanya-tanya mengapa lama blog ini tidak dikemaskini dengan maklumat terbaru.
Kepada pengunjung setia blog ini yang menghantar email bertanya khabar dan bertanya soalan juga saya ucapkan terima kasih. Ucapan itu semua sentiasa membantu meningkatkan motivasi dalaman diri saya untuk terus berusaha dan berjaya.
Terima kasih.









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













