Sat 16 Feb 2008
Hari lahir yang ke 32…
Posted by Osman Affan under Khas
[12] Comments
Alhamdulillah. Hari ini genaplah umur saya 23 tahun…… hehe… macam ada yang tak kena….. alangkah indahnya kalau usia kita kekal muda kan? Hari genap umur saya 32 tahun. Ketika menulis ini, saya sedang menjalankan program dengan para pelajar daripada Universiti Tun Hussein Onn di Savannah Hill, Johor. Seronok dapat sambut hari lahir sambil buat sesuatu yang saya suka.
Saya amat bersyukur dengan nikmat dan kurniaan yang saya perolehi selama ini. Saya bersyukur di atas kasih sayang yang tidak pernah putus oleh ibu bapa saya, En. Affan dan Puan Anna di Terengganu. Saya juga bersyukur diatas kasih sayang daripada ‘jantung’ hidup saya iaitu isteri saya Elly dan anakanda saya Darwish dan Danish. Juga untuk kasih sayang dan kemesraan yang saya perolehi daripada kawan-kawan, saudara mara, peserta yang mengikuti program-program saya selama ini dan para pembaca setia blog ini. Semoga kasih sayang dan kemesraan ini akan berterusan selamanya.
Kepada yang menghantar sms dan email mengucapkan selamat hari lahir kepada sejak semalam, saya ucapkan terima kasih. Semoga semua doa untuk saya dimakbulkan dan saya mampu mengharungi cabaran-cabaran hidup dengan lebih bersemangat dan bertenaga.























February 16th, 2008 at 9:00 am
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-32 kepada tuan.
Semoga panjang umur, murah rezeki, hepi, bahagia dan ceria sokmo disamping keluarga tercinta.
Semoga mendapat perlindungan dan rahmat daripada ALLAH sokmo2. Amin.
February 16th, 2008 at 12:21 pm
Semoga Allah melimpahi rahmat sepanjang masa kepada tuan sekeluarga dan mengurniakan lebih banyak peluang dan rezeki sepanjang masa. Amin.
February 16th, 2008 at 6:36 pm
En Pakar, terima kasih. Semoga doa dimakbulkan.
Tuan Sham, terima kasih.
February 16th, 2008 at 11:39 pm
salam juara… saya ucapkan selamat hari ulang tahu kelahiran yang ke 32 kepada Maulana Osman, semoga melimpah rezki, sihat dan bahagia berbakti kepada generasi pewaris negara tanah air bertuah.
February 17th, 2008 at 8:58 am
En Zaiful, terima kasih.
February 17th, 2008 at 11:56 am
alahai tiba – tiba terasa diripun semuda anda
-> 23 hee..he..he…
bagi saya ,untuk mengumpul bekalan akhirat , 32/64 atau 32/70 atau 32/35 atau 32/x
itu harus diingati selalu , tapi untuk harta dan bekalan dunia ?
23 ? pun boleh… he..he.hee
lagipun banyak lagi ilmu dan kemahiran hidup yang boleh kita pelajarikan ?
apapun , Happy Birthday Bro
February 18th, 2008 at 9:11 am
Fida, ada orang kata, biar umur di kalendar semakin tua asalkan umur dalam hati kekal muda….
Apa yang 32/64, 32/70 semua tu? Dah semakin meningkat usia ni, makin susah pula nak faham….
Apa-apa pun, thanks Fida.
February 18th, 2008 at 1:34 pm
ehem… 32/64 tu untuk mewakili umur kita dalam bentuk pecahan , katakan kita ditakdirkan untuk hidup sehingga 64 tahun sahaja , maknanya sekarang ni kita dah habiskan separuh dari hayat kita… itu kalau 64 tahun , kalau 32/33 ? cukup tak bekalan kita untuk akhirat nanti ?
Allah sahaja yang Maha Mengetahui
February 18th, 2008 at 5:32 pm
Ooohhh…. gitu pulak…. saya ingat formula apa la tu…
February 18th, 2008 at 10:54 pm
Ehh..ehh…Selamat Pengantin Baru.
Oooopppsss! Selamat Menyambut Hari Jadi yang ke 32 Osman. Semuga di panjangkan umur & di murahkan rezeki.
Wah…baru 32 ekk, saya ni dah masuk 40 tahun ni tapi rasa macam mudo lagi…Hahaa..
February 19th, 2008 at 9:49 am
Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-32 Tuan Osman! Mentor saya ni tak nampak seperti 32tahun. Muka kekal berseri-seri. Senyuman manis tanpa sebarang kedutan. Apa rahsia awet muda? kalau tak bagitahu umur tadi, agak-agaknya saya teka Tuan berumur 27-29tahun.
February 19th, 2008 at 3:09 pm
Tuan Jimie…terima kasih…. hehe…ok la, 40 rasa muda, berbanding 30 tapi rasa tua… saya dalam hati memang muda sentiasa.
Tuan Abu, aduhai, sayang saya tak ada duit kecil, kalau ada mesti semua dah bagi kat Tuan Abu.
Terima kasih atas pujian… tak ada rahsia sebab rasanya tak nampak muda pun…