Wed 18 Oct 2006
Ilmu menemukan semula
Posted by Osman Affan under Khas
Satu keindahan dalam menuntut ilmu ialah anda dapat meramaikan jumlah sahabat anda. Pada waktu anda belajar, anda mungkin tidak sedar apa kepentingan mempunyai kawan ini, tetapi setelah anda memasuki alam pekerjaan dan berumahtangga, anda akan tahu betapa indahnya jika anda mempunyai ramai kawan sewaktu anda belajar.
Beberapa hari lalu saya berpeluang bertemu dengan beberapa sahabat sekelas saya semasa saya di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Sahabat saya itu dari kiri, Shahdan, Alang, (saya), Jamal dan Suhaili.

Shahdan kini adalah seorang peguam, Alang seorang Eksekutif Kanan sebuah syarikat Berhad, Jamal adalah pegawai di Bank Negara Malaysia dan Suhaili pula adalah seorang pensyarah bahagian Syariah dan Perniagaan Islam di Universiti Malaya.
Punya la seronok bertemu dengan sahabat lama ini sampai tak sedar sudah beberapa jam kami berbual, bercerita tentang kisah lama dan kerjaya masing-masing. Ada antara sahabat saya ini yang tidak jumpa selama 13 tahun! Lama sungguh.
Apa yang ingin saya sampaikan hari ini ialah, hargai sahabat-sahabat yang ada disekeliling anda. Anda tidak tahu apa peranan mereka kepada anda suatu hari nanti dan apa peranan anda kepada mereka juga suatu hari nanti. Yang pasti, anda pasti tidak akan menyesal jika anda mempunyai ramai kawan. ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 













