Menara Twin TowerSelasa lalu sekali lagi saya berada di bangunan Petronas Twin Tower. Kali ini, saya perlu membentangkan sekali lagi apa yang bakal saya persembahkan di hadapan lebih kurang 300 staff Petronas dalam satu sesi ‘Motivational Talk dan Teambuilding’. Alhamdulillah, consultant yang menggunakan khidmat saya untuk program ini telah terpilih untuk menjalankan program tersebut. Mungkin apa yang kami persembahkan 2 minggu lalu ( http://www.motivasibelajar.com/khas/indahnya-petronas-twin-tower.html ) bersesuaian dengan kehendak pihak pengurusan latihan Petronas. Jadi, esok saya akan bertolak ke Pulau Pinang bagi menghadiri sesi persediaan kerana program sebenar akan berlangsung pada hari Isnin ini.

Menara Twin TowerMenara Twin TowerKali ini saya tidak lupa mengambil gambar setelah selesai urusan saya di bangunan ini. Sempat jugalah ambil beberapa keping gambar sebagai tanda saya pernah berada di sini. Hmmm… macam tu lah. Selalunya, kalau kita tinggal di satu tempat yang banyak kawasan dan tempat yang menarik untuk dilawati, kita akan jadi leka dan tidak hirau sangat sama ada kita pernah pergi ke tempat tersebut atau tidak. Pernah saya diketawakan oleh saudara mara yang datang daripada luar Kuala Lumpur kerana tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat seperti Menara Kuala Lumpur, KL Monorail dan Berjaya TimeSquare. Ini kerana mereka yang tinggal jauh daripada KL pun pernah ke sana.

Tidak mengapa, Insyaallah satu hari nanti saya akan sampai ke semua tempat yang menarik di KL ni.  :)