Fri 23 Nov 2007
Indahnya Petronas Twin Tower…
Posted by Osman Affan under Khas
[3] Comments
Pertama sekali, saya ucapkan terima kasih kepada Cik Fasiha kerana menyumbangkan banyak info untuk teknik menghafal. Saya percaya maklumat itu semua dapat membantu kita untuk menguatkan kemampuan minda kita untuk mengingat sesuatu.
Semalam saya berada di KLCC untuk membentangkan cadangan program untuk kakitangan teknikal Petronas. Mungkin agak pelik bunyinya, semalamlah kali pertama saya menjejakkan kaki ke bangunan twin tower hingga ke tingkat 44. Selama ini kalau ke Petronas Tower, saya hanya ke shopping complex KLCC sahaja. Entah dah berapa tahun di Kuala Lmpur, baru nak merasa pengalaman naik bangunan yang pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia.
Sampai di tingkat 44, saya agak terpegun melihat kecantikan permandangan Kuala Lumpur daripada bangunan Twin Tower ini. Sungguh jelas dan sungguh cantik. Saya jadi macam rusa masuk kampung sekejap. Tetapi, kena juga ‘cover’ supaya tak nampak sangat keseronokan tu sebab saya perlu berhadapan dengan beberapa pegawai senior Petronas.
Setelah hampir dua jam membentangkan cadangan dan berbincang mengenai program yang bakal dijalankan, saya pun meminta diri kerana ada seorang kenalan yang menunggu. Dalam kelam kabut hendak turun, terlupa nak ambil gambar permandangan yang cantik tadi padahal masa sampai dah rancang nak ambil. Rugi pulak rasanya. Akhirnya, bergambar je lah dalam dan luar KLCC sebagai kenang-kenangan kali pertama menjejakkan kaki ke bangunan Petronas Twin Tower.
3 Responses to “ Indahnya Petronas Twin Tower… ”
Comments:
Leave a Reply
Trackbacks & Pingbacks:
-
Pingback from Indahnya Petronas Twin Tower » Motivasi Belajar Osman Affan
December 8th, 2007 at 12:04 am[...] terpilih untuk menjalankan program tersebut. Mungkin apa yang kami persembahkan 2 minggu lalu ( http://www.motivasibelajar.com/khas/indahnya-petronas-twin-tower.html ) bersesuaian dengan kehendak pihak pengurusan latihan Petronas. Jadi, esok saya akan bertolak [...]























November 23rd, 2007 at 3:18 pm
Nawaitu saya untuk bangsa,agama dan negara kita.Semoga Allah membantu setiap usaha kita.
November 23rd, 2007 at 3:35 pm
Insyaallah Fasiha.