Tue 23 Oct 2007
Kalau hendak seribu daya.
Posted by Osman Affan under Khas
Beberapa hari ini saya bersengkang mata menguruskan satu laman web baru saya. Sebenarnya, laman web ini adalah untuk blog saya ini. Sudah lama saya bercadang untuk mengalihkan blog ini ke satu laman web lain agar tidak bercampur aduk dengan osmanaffan.com. Nanti saya akan umumkan masanya saya hentikan posting di sini dan berpindah ke laman web baru pula.
Laman web baru saya itu nanti ialah www.motivasibelajar.com. Ia adalah blog kemahiran belajar dan saya bercadang untuk menjadikannya satu sumber rujukan untuk bahan-bahan motivasi di Malaysia ini. Jika anda ke sana, masih banyak lagi perkara yang tidak berfungsi sepenuhnya.
Seperti yang anda mungkin sudah tahu, saya tidak mempunyai latar belakang dalam bidang IT, perisian komputer apatah lagi programming. Jadi untuk menguruskan blog baru saya ini, saya terpaksa banyak gunakan trial and error. Pening juga mata saya melihat kepada kod-kod php yang langsung saya tak faham. Tetapi yang peliknya, setelah digodek beberapa kali, saya mula faham beberapa perkara. Jadi saya dapat mengubah beberapa rekabentuk daripada rekabentuk asal yang saya download.
Itulah yang dikatakan tentang kalau hendak seribu daya. Kalau saya betul-betul hendak belajar sesuatu, saya akan fokuskan sepenuh perhatian saya agar saya dapat menguasainya dengan cepat. Mana-mana bahagian yang saya masih lagi tidak boleh kuasai, saya boleh gunakan satu teknik belajar yang paling berkuasa iaitu, “Tanya kepada orang yang lebih tahu.” ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














October 24th, 2007 at 11:37 am
Samalah dengan saya juga. Kesian rasanya bila fikir balik macam manalah agaknya tuan punya hosting yang saya beli tu menjawab semua soalan-soalan saya.
“Saya mahu buat sendiri, saya pun nak belajar.” Itu kata saya kepadanya bila dia mengesyorkan supaya dia yang buat semuanya untuk saya. =)
October 25th, 2007 at 11:03 am
“Sekiranya kita mahu sesuatu, kita sebenarnya ada seribu jalan. Tetapi sekiranya kita tak hendak sesuatu, kita ada sejuta alasan.”
Pada pendapat saya, kita selalunya lebih mudah memberikan alasan daripada mencari jalan penyelesaian.
October 25th, 2007 at 11:11 am
Azree, memang betul, kalau kita harapkan semuanya dibuat oleh orang lain, kita akan sentiasa bergantung kepada mereka. Lain kali kita tidak mampukan laksanakan sendiri. Saya rasa tuan punya hosting tak ada masalah nak menjawab, itu dah business dia.

Muliyadi, terima kasih, saya setuju dengan pendapat Muliyadi itu.
November 6th, 2007 at 3:48 pm
Sama sama.