UTHMAssalamualaikum dan selamat sejahtera. Hmmm… rasanya sudah hampir tiga minggu saya tangguhkan aktiviti menulis di blog ini. Ini kerana ‘SmartStudy Adventure’ saya untuk bulan Mac baru sahaja berakhir semalam dengan program bersama 400 pelajar UPSR di Universiti Kolej Teknologi BestariTun Hussein Onn Johor. ketika menulis ini pula, saya sedang berada di Mydin Mall, Kuala Terengganu, menulis sambil memerhatikan orang yang lalu lalang di sekitar food court ini. Hehe. Saya baru sahaja selesai menjalankan program ringkas bersama para pelajar di Kolej Teknologi Bestari, Setiu Terengganu. Untuk melihat program-program saya yang terbaru, boleh lawati www.OsmanAffan.com dan lihat gambar-gambar program terbaru di bahagian bawah.

ebook 7 petua skor AInsyaallah minggu ini saya akan mulakan semula tips-tips keyakinan diri. Tips-tips ini sangat popular di kalangan pelajar. Ini kerana ketika membuat program SmartStudy, kebanyakan pelajar bertanyakan mengenai teknik untuk meningkatkan keyakinan diri mereka. Ada yang tidak yakin untuk belajar subjek susah, ada yang tidak yakin bercakap di khalayak ramai dan ada yang tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Mengenai ebook 7 Petua Skor A, saya masih dalam proses menyiapkannya. Saya masih belum berkesempatan untuk duduk dan fokus kepada ebook ini berikutan progran yang agak penuh sejak awal bulan Mac. Saya akan umumkan di sini apabila ia siap nanti.

Hmmm… di mana harus saya mulakan ye… soalan pun dah banyak yang tidak berjawab. Tidak mengapa, saya mulakan sedikit demi sedikit. Saya akan mulakan dengan jawapan kepada soalan-soalan di chatbox dulu. :)