Sat 18 Nov 2006
Keputusan Peperiksaan UPSR
Posted by Osman Affan under Khas
[9] Comments
Pada 1 November lalu, saya ada menulis tentang adik bongsu saya yang mengambil peperiksaan UPSR dalam bulan September yang lalu. Saya ada katakan bahawa adik saya tu mungkin tertekan sedikit akibat diperbandingkan dengan keputusan peperiksaan semasa zaman persekolahan saya dahulu. Namun, saya jga katakan yang adik saya ni nampak rileks jer…. nampak macam tak ada pressure…. kat rumah memang tak nampak pun dia belajar ke apa….. sibuk nak bermain je…..
Beberapa hari yang lepas, keputusan peperiksaan UPSR telah diumumkan. Mungkin ramai pelajar tahun 6 berdebar pada hari tersebut. Yang peliknya, saya pun turut berdebar….. mungkin inilah yang ibu bapa saya rasakan semasa saya di zaman persekolahan dulu. lebih kurang pukul 11 pagi, saya dapat satu sms daripada adik bongsu saya…….mesejnya berbunyi…
“Arif dapat 5A”
Ringkas sahaja mesej Arif. Tetapi kegembiraan saya dan keluarga saya tidak seringkas itu. Kami sangat gembira….sangat gembira dan bersyukur…! Cuma sayangnya saya berada di Kuala Lumpur dan ibu bapa saya di Terengganu. Tak dapat dan raikan bersama-sama……
Ada dua perkara yang ingin saya kongsikan mengenai kejayaan ini. Pertama, adik saya Arif ni tidak pun disenaraikan oleh guru beliau sebagai calon 5A untuk peperiksaan UPSR ini. Namun, beliau tetap berjaya. Jadi, anda perlu ingat, kejayaan anda tidak terletak pada ramalan atau jangkaan sesiapa sahaja. Anda sendiri yang menentukan kejayaan anda. Jangan lemah semangat jika anda bukan dalam kelas ‘A’ atau anda bukan dianggap bijak di sekolah anda.
Kedua, kejayaan anda akan membuat anda lupa betapa penatnya anda berusaha dulu. Mungkin anda rasa tertekan, pening, sakit dan bermacam-macam lagi semasa berusaha…. tetapi, semua kesukaran itu akan menjadi sesuatu yang manis apabila anda mengecapi kejayaan…….jadi, jangan takut untuk berusaha keras…..
Tahniah Arif…..!
Tahniah kepada semua pelajar UPSR yang berjaya mencapai matlamat masing-masing….
Tahniah kepada semua pelajar yang telah berusaha sepenuh hati ……























December 1st, 2006 at 11:22 am
Congrats to Arif!
Sama kes cam adik bongsu saya juga, setiap hari main je, cikgu pun tak target dia dapat 5A tapi alhamdulillah, dapat gak dia 5A.
December 14th, 2006 at 9:11 pm
Hai Bitol.
Tahniah untuk adik Bitol. Hmm… ada budak, asyik main je tak bermaksud dia tak tumou pada pelajaran eh…. mungkin bila main, dia main betul-betul…. bila belajar, dia belajar betul-betul jugak….
August 17th, 2008 at 11:34 am
hi…sya waktu peperiksaan percubaan hanya dapa 1a 4b..tapi bila upsr sy dapat keputusan 3a 2b..tapi sy rasa itu belum cukup…sy rasa sy masih boleh dapat 5 a…..tapi mengapa keputusan sy x la berapa baik…tapi yg penting sy lulus upsr…
October 20th, 2008 at 6:01 pm
saya sentiasa berharap keputusan upsr yang bakal saya peroleh akan mengalirkan air mata gembira daripada seluruh ahli keluarga saya.namun saya akan teta redha dengan apapun keputusan saya nanti kerana saya tahu ada hikmah di sebalik semua kejadian.
November 11th, 2008 at 5:30 pm
Result upsr kluar ari khamis nih!
November 11th, 2008 at 9:30 pm
oh shoot… habis la ak kalu xdapat 5A khamis nieh… aduss… getar, getar nk dpat result..
March 14th, 2009 at 4:46 am
tahun nie aq nk UPSR nie…hrp2 dpt 5A…doakan ar sye ye….dah ar lum ready tul2 lagi..aduih..susah nie…
November 8th, 2009 at 8:09 pm
saya harap dapat 5@ dalam upsr…..
January 22nd, 2010 at 8:14 pm
yea, aku dpt 5a