Wed 13 Feb 2008
Korban ombak pantai Kelulut
Posted by Osman Affan under Cerita, Khas
[2] Comments
Hari ini saya sudah sampai ke Kuala Lumpur semula. Saya cuma sempat berada di Terengganu selama lebih kurang 2 hari penuh bagi menghadiri majlis tahlil anak saudara saya (sebelah isteri) yang meninggal minggu lepas. Pada kejadian Khamis lepas di mana 3 mangsa lemas di Pantai Kelulut, mangsa pertama (Allahyarham En Khalid) dijumpai pada hari yang sama.
Mangsa kedua (Allahyarham Azren) ditemui pada keesokan harinya (Jumaat) manakala anak saudara saya (Syaifuddin) ditemui lebih pada hari ketiga (Sabtu) lebih kurang 5km daripada tempat kejadian.
Secara umumnya, siapa yang tidak bersedih dengan kejadian sebegini. Namun, saya dan isteri percaya bahawa Allah lebih sayangkan mereka. Pemergian anak saudara saya ini meninggalkan memori manis tentang kebaikan hati dan budi pekertinya sepanjang hidupnya. Moga Allah mencucuri rahmat keatas roh-roh mereka. Al-Fatihah……























February 21st, 2008 at 3:46 pm
Assalamualaikum,
malam ini kami mengadakan kenduri arwah abang ipar saya Mohd Khalid Che Kamarudin yang mati lemas di Pantai Kelulut.sudah tertulis ajalnya telah sampai disitu, namun apa yang terkilan ialah.. tiada siapa yang datang membantu ketika arwah bertarung dengan ombak bagi meyelamatkan dua remaja..puas ketiga2 anak saudara saya menjerit meminta pertolongan namun tiada siapa mengendahkan mereka, kakak saya telah menelefon bomba dan penyelamat namun tidak datang juga…
Alfatihah untuk abg ipar saya merupakan seorang yang peramah dan suka menolong orang. kehilanganmu sangat kami rasai…moga termasuk di kalangan orang yang beriman..Aamin
February 22nd, 2008 at 12:11 am
Waalaikumsalam.
Aleeya, terima kasih kerana sudi singgah di sini. Saya tidak sangka boleh dapat dengar cerita di pihak Allahyarham En Khalid kerana asyik dengar kisah mengenai anak saudara saya itu sahaja. Saya percaya usaha beliau itu pasti akan menempatkan beliau ditempat istimewa dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.