Fri 16 Feb 2007
Mengenang hari-hari yang sudah berlalu…..
Posted by Osman Affan under Khas
Alhamdulillah… syukur kehadrat Allah….. hari ini umur saya genap mencecah 13 tahun……. hehe…. kalau la masa boleh berpusing kembali kan…….
bukan 13…….. 31….. Umur saya genap 31 hari ini.
Hari ini, saya bersyukur dengan segala nikmat yang saya perolehi…. bersyukur dengan kasih sayang yang tidak pernah putus daripada kedua ibu bapa saya di Terengganu…. kasih sayang daripada ‘jantung’ hidup saya iaitu isteri kesayangan saya Elly dan anakanda saya yang saya manjakan Darwish……. juga kasih sayang dan kemesraan daripada adik beradik, saudara mara, sahabat handai dan para pelajar yang sentiasa menyokong kejayaan saya….. saya rasa sangat bersyukur….
Dah banyak rasanya dugaan yang saya lalui selama 31 tahun ini… tetapi mungkin masih belum cukup untuk saya capai cita-cita saya yang utama….. apa yang penting, seperti yang selalu saya ceritakan dalam program-program saya, rasa syukur akan menambahkan lagi nikmat yang bakal kita perolehi walaupun kesyukuran kita itu adalah untuk seteguk air yang kita minum.
Kepada pembaca setia blog ini, terima kasih saya ucapkan di atas sokongan dan dorongan anda semua selama ini sama ada melalui komen anda atau melalui email anda kepada saya…… ![]()
p/s hari ini saya baru habiskan program saya di Kuantan bersama TUDM dan akan terus bertolak balik ke Terengganu selepas Solat Jumaat nanti…. dah lebih 4 bulan tak jejak kaki ke kampung… ![]()









Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik
Untuk maklumat lanjut, klik 














February 16th, 2007 at 9:06 pm
Selamat Hari Lahir Yang ke 13, eh, 31 en. Osman!
Semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur hendaknya, insyaAllah.
“Zum Geburstag viel Glueck,
zum Geburstag viel Glueck,
zum Geburstag liebe Osman,
zum Geburstag viel Glueck!”
Hehe, lagu ‘happy birthday’ versi Jerman.:)
February 16th, 2007 at 11:30 pm
Thanks Amirul….
Tengahari tadi saya baru habis buat training dengan TUDM di Kuantan. Di akhir program, entah macam mana, sorang peserta dapat tau hari jadi saya…. jadi semua peserta nyanyikan lagu harijadi untuk saya….. seronok jugak bila dinyanyikan lagu hari jadi ni ye….