Mon 26 Nov 2007
MotivasiBelajar.com berfungsi sepenuhnya.
Posted by Osman Affan under Khas
No Comments
Hari ini merupakan hari yang sangat menggembirakan buat saya. Blog motivasibelajar.com ini sudah berfungsi sepenuhnya. Apa maksud saya? Begini.
Sebenarnya, walaupun blog ini baru lebih kurang sebulan beroperasi, ia sebenarnya adalah sambungan kepada hasil tulisan saya di blog osmanaffan.com/petua yang telah saya mulakan tahun lalu. Disebabkan beberapa rancangan yang bakal saya laksanakan pada tahun 2008, saya buat keputusan untuk meletakkan blog lama itu ke satu blog baru. Untuk itu juga, saya buat keputusan untuk menggunakan nama blog baru supaya hasil tulisan saya itu lebih jelas kepada siapa ia ditujukan.

Setelah berfikir beberapa ketika mengenai nama baru, saya teringat dua perkataan yang sering dicari di enjin pencari. Saya selalu memeriksa dari mana datangnya pelawat ke laman web saya, osmanaffan.com dan saya dapati kebanyakannya datang daripada enjin pencari dan perkataan yang digunakan ialah ‘Motivasi Belajar’. Ia masih lagi kekal begitu hingga ke hari (sampai suatu masa ada sesiapa buat keputusan untuk memiliki perkataan ini di enjin pencari).
Jadi, disitulah bermulanya nama blog ini. Namun, setiap perkara yang diingini tidak datang tanpa cabaran dan halangannya. Seperti yang anda mungkin sudah tahu, latar belakang saya bukanlah dalam bidang IT. Jadi saya tidak cekap dalam soal teknikal terutamanya dalam usaha memindahkan blog lama ke blog baru. Alhamdulillah, saya mendapat pertolongan daripada dua sahabat karib saya iaitu Dino dan SmartZul.
Dino ( www.moneyclicking.net )banyak membantu dari segi nasihat dan panduan tentang cara menguruskan blog saya ini.Beliau juga membantu dari segi design dan programming. SmartZul (http://blog.smartusaha.com ) pula telah bertungkus-lumus membantu saya memindahkan semua hasil tulisan saya di blog lama ke blog ini. Malah, saya juga belajar banyak perkara daripada ebook ‘Blogger Kit’ yang ditulis oleh SmartZul. Terima kasih kepada kedua-dua sahabat saya ini di atas bantuan yang sangat bernilai ini.
Setelah SmartZul membantu saya mengalihkan blog lama, kini dengan hosting, www.OsmanAffan.com.my juga sudah mula beroperasi. Laman web dot com dot my saya ini sebenarnya sama sahaja dengan laman web dot com, cuma saya kadang-kadang ada yang bertanya jika osmanaffan tu dot com atau dot com dot my. Sekarang, dua-dua boleh!
Saya ucapkan selamat membaca. Semoga segala ilmu yang dikongsikan di blog ini dapat membantu kita mencapai apa sahaja hajat dan impian kita selama ini.
p/s Laman web osmanaffan.com/petua mungkin tidak dapat dimasuki untuk beberapa hari ini kerana masih ada proses teknikal.






















